ILMU Kunci Kejayaan Dunia Akhirat

ilmu-agama

Ilmu adalah kunci kehidupan yang baik untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Ilmu menuntut amal.

Islam menyuruh manusia untuk menuntut ilmu untuk diamalkan dan untuk kebaikan.

Islam melalui lidah Rasulullah (SAW) mengecam orang yang menuntut ilmu untuk menyombongkan diri dan merendahkan orang lain.

Islam juga menuntut manusia menggunakan pertimbangan akal dalam mengamalkan ilmu.

Ilmu yang diamalkan dan diajarkan pula kepada orang lain, boleh menjadi ‘harta yang dibawa mati’.

Bukankah ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain adalah amalan yang tidak putus hitungannya sehingga hari kiamat.

Sebagaimana potongan hadis;

“Apabila mati anak adam. Maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.”
(Hadith sahih riawayat Bukhari dan Muslim)

Ilmu sangat penting untuk kita mencapai kejayaan sama ada dunia mahu pun akhirat. Pentingnya ilmu ini sehinggakan Rasulullah S.A.W bersabda dalam sepotong hadis berikut;

“Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu”.
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Jadi mulai hari ini, jangan sesekali kita abaikan ilmu. Cari dan pelajari ilmu untuk apa jua yang kita kehendaki kerana sesungguhnya, ilmu Allah S.W.T itu amatlah luas.

KJ

14.02.2018

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply

Your email address will not be published.