Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KEMATIAN MOTIVASI HIDUP TERBESAR

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya :)

Baiklah kali ini kita akan berbicara tentang satu topik yang saya kira tidak ramai yang sukakannya.

Apa tidaknya bila disebutkan soal mati,  ramai yang mula kecut perut, pelbagai alasan diberikan seperti “masih belum banyak amalan”, “belum bertaubat lagi”, “masih muda dan sihat” dan pelbagai lagi.

Walau apa pun alasan yang diberi,  soal hayat nyawa ini berada di luar kawalan kita, ia hanya menjadi rahsia Allah S.W.T.

Tiada siapa yang tahu bila tarikh akhir kehidupan mereka…

Oleh kerana itu, saya kira soal kematian ini patut dijadikan sebagai pendorong atau motivasi hidup kita yang terbesar.

Janganlah pula apabila saya katakan ianya sebagai pendorong, maka ada di antara kita selepas membaca artikel ini, akan terus meninggalkan pekerjaan duniawi dan terus menerus beribadat dengan mengerjakan solat dan zikir sepanjang hari, berada di masjid dan surau sepanjang masa dan meninggalkan semua tanggungjawab hidup di dunia.

Harus diingat, beribadat bukan sekadar bersolat dan berzikir bahkan skopnya cukup luas!

Bekerja juga suatu ibadat.

Belajar juga suatu ibadat.

Berzakat dan bersedekah juga suatu ibadah.

Membantu dan menolong orang, haiwan, tumbuhan juga merupakan suatu ibadat.

Hubungan suami isteri juga satu ibadah.

Bersukan dan berekreasi juga satu ibadah.

Pendek kata apa jua yang kita lakukan di dunia ini dengan niat kerana Allah S.W.T adalah merupakan suatu ibadah yang sangat dituntut.

Sebab itu, saya katakan untuk berjaya hidup di dunia dan di akhirat, soal mati ini boleh menjadi pendorong motivasi yang besar kerana kita harus tahu bahawa kehidupan di dunia ini adalah platform utama untuk bekalan hidup kita yang abadi di akhirat kelak.

Jika kita ingin berjaya di akhirat, sudah tentu kita perlu berjaya mengerjakan kewajipan kita di dunia terlebih dahulu.

Apabila kita ingin berjaya mengerjakan kewajipan dan ibadah kita di dunia, kematian sesuatu yang sering kita perlu ingati dalam fikiran kita.

Ini kerana saya percaya jika kita semua mengingati soal kematian, kita tidak akan sesekali meninggalkan tanggungjawab dan kewajiban kita sebagai seorang muslim.

Kita juga takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan perkara-perkara keji yang dilarang Allah S.W.T.

Kita akan lebih gemar dan suka serta redha untuk melaburkan hasil penat lelah kita untuk pelaburan di akhirat disamping mendapat sedikit manfaat di dunia.

Kita akan lebih banyak mengeluarkan zakat, bersedekah  dan infaq ke jalan Allah S.W.T. berbanding mengejar kesenangan dan kemewahan dunia semata-mata sehingga sanggup meleburkannya dalam pelbagai Skim Cepat Kaya.

Jadi rumusannya, kematian adalah sesuatu yang perlu sentiasa diingati dan bukannya ditakuti.

Ini kerana orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya.

Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.

Begitu juga soalnya dalam pengurusan kewangan, ramai di antara kita hari ini masih lagi hidup dibebani hutang piutang keliling pinggang. Sepanjang hidup hanya tahu untuk membuat hutang, jauh sekali berusaha untuk melangsaikannya.

Harus diingat bahawa mereka yang berhutang wajib melunaskan hutang mereka biarpun telah meninggal dunia.

Said ibn al-Athwa mengisahkan: “Ayah kami meninggal dunia dengan meninggalkan 300 dirham, juga keluarga dan hutang. Aku ingin memberikan nafkah kepada keluarganya”, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ayahmu tertahan oleh hutangnya (rohnya tertahan). Oleh kerena itu bayarlah hutangnya itu”. (riwayat Ahmad)

Hadis di atas pula jelas menyatakan kepentingan menjelaskan hutang dalam pengurusan kewangan dan hidup kita. Untuk itu kita perlu belajar (suatu ibadah) kaedah dan langkah untuk menghapuskan hutang. Sertai seminar, bengkel atau dapatkan khidmat nasihat Perancang Kewangan Bertauliah atau dapatkan buku-buku berkaitan dengannya atau pelajarinya dengan lebih mudah dan menjimatkan melalui ebook Panduan Bebas Hutang di sini! 

Walau apapun yang kita lakukan hari ini, sentiasalah ingatkan kematian kerana ianya adalah sesuatu yang pasti yang dirasai oleh setiap makhluk Allah S.W.T yang bernyawa.

Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan juga para pembaca sekalian, jadikanlah kematian sebagai motivasi terbesar untuk kita hidup di dunia dan di akhirat.

Waallahualam.

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “KEMATIAN MOTIVASI HIDUP TERBESAR”

  1. mr bean says:

    salam kpda saudara…untuk pengetahuan saudara…saudara irfan khairi memang buat kali pertama menyokong penuh program stormreaders…saya sendiri telah menyertai program ini bersama dr irfan dibawah naungan dr irfan sendiri….bersama group kami juga….kita ada jiran iaitu seorang tokoh ilmuan yang sgat saya hormati iaitu dato ismail kamus yang juga menyertai program ini…sekira saudara berminat menyertai program ini bersama naungan dr irfan and the geng…boleh hubungi saya sebagai downline ke-2 direct bersama dr irfan sendiri..

  2. Thinkerich says:

    Mr. Bean,

    Terima kasih atas jemputan tuan..

  3. azina bte azmi says:

    berminat untuk mendalami perkara tersebut

  4. Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm