Hayati lirik nasyid yang pernah dialunkan oleh Allahyarham Ustaz Asri dan Rabbani ..
Semoga kita semua dapat bermuhasabah diri…

**************************************************
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
************************************************
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, semoga rohnya dicucuri rahmat…Al-Fatihah..

Posted in 








Kepada sesiapa sahaja yang membaca post/artikel ini,
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah, dan juga roh ahli keluarga kita yang telah pulang menemui penciptanya…
Al-Fatihah
Semoga roh mereka yang pergi dahulu sebelum kita dicucuri rahmat…InsyaAllah.
Al-fatihah kita sama2 sedekahkan……