Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

2 CARA UNTUK MENJADI KAYA

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Bersua lagi kita pada hari ini dan yang menariknya kali ini saya ingin dedahkan 2 cara yang membolehkan sesiapa sahaja beroleh kekayaan…dan yang pasti Ianya juga mampu anda lakukan!

Anda boleh memilih salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali..

Untuk menjadi kaya, jalan dan langkah yang paling banyak diambil oleh orang disekeliling kita adalah dengan menjadi usahawan. Namun begitu, ianya bukanlah tiket yang mudah jika tidak kena pada jalan dan caranya…anda perlu mempunyai perancangan, kekuatan dan semangat yang tinggi untuk berjuang dan terus berjuang dalam dunia perniagaan yang penuh dengan asam garamnya, turun naik serta untung rugi…itulah risiko yang perlu anda hadapi dan uruskannya.

Namun jika anda merasakan diri anda bukanlah dalam kategori usahawan dan bisnes bukan pilihan anda, usah risau…anda masih ada peluang untuk menjadi kaya iaitu tidak lain tidak bukan melalui SIMPANAN..

Ya, hanya melalui simpananlah sahaja yang mampu membuatkan anda menjadi bertambah kaya.

Jika anda inginĀ  kaya, anda perlu membuat simpanan lebih banyak daripada apa yang anda belanjakan! Sebab utamanya, dengan menyimpan anda akan sentiasa memiliki wang…

Sebaliknya, jika anda asyik berbelanja dan terus berbelanja sehinggakan lupa untuk menyimpan anda sebenarnya meletakkan diri anda dalam jerangkap masalah! Ya, Masalah hutang…

Ramai orang lebih suka merancang perbelanjaan tetapi agak kurang orang merancang untuk menyimpan…

Saranan saya jika anda ingin menjadi Kaya, tingkatkan simpanan anda dan kurangkan perbelanjaan anda, rancanglah untuk masa depan yang kukuh dari segi kewangan dan bukannya merancang perbelanjaan dengan membuat hutang dan liabiliti sepanjang masa…!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “2 CARA UNTUK MENJADI KAYA”

  1. ZulBM says:

    Betul tu…..utk menjadi usahawan kita kena berusaha kuat dan sebelum terjun ke bidang ini banyak perkara yg perlu di fikirkan dan kertas kerja yang perlu di buat.

    Simpanan pun salah satu caranya utk kita menjadi kaya. Ketahuilah cara compounding return utk penambahan simpanan.

    Good luck!!!!

    http://www.asasteguh.com

  2. Fazrul says:

    Assalamualaikum,
    saya setuju dengan pandangan saudara, cume bolehkah anda sarankan saluran terbaik untuk menyimpan wang. Seperti melabur dalam tabung haji atau unit trust.

    Fuzzy
    http://bijakexcel.blogspot.com

  3. Thinkerich says:

    Fazrul,

    Simpanan Wang di Unit trust adalah untuk jangkamasa sederhana atau panjang iaitu antara 5 hingga 10 tahun. Amat sesuai untuk persediaan pelan persaraan dan pelan simpanan untuk pendidikan anak-anak..

    Bagi Tabung Haji adalah sebaiknya disimpan untuk matlamat utamanya iaitu simpanan untuk mengerjakan haji dan sekiranya jumlah telah mencukupi dan berpeluang mengerjakan haji, tunaikanlah ibadat haji terlebih dahulu..selepas itu tabung haji juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk dikumpulkan dana kecemasan, anda juga boleh menyimpan di ASB untuk persediaan dana kecemasan anda..

  4. ZulBM says:

    Adalah lebih baik kiranya kita dapat meyimpan utk keperluan kecemasan sekiranya kita suatu hari nanti hilang pekerjaan atau apa2 musibah….nauzubillahiminzalik.

    Bagi yg bekerja sendiri, simpanlah at least 6 bulan keperluan kecemasan (bersamaan 6 kali gaji/liabiliti).Kalau dapat lebih lagi baik memandangkan dengan keadaan ekonomi sekarang. Di manakah nak simpan? Simpanlah di ASB…..may be 70% ASB 30% lagi kat UT ke, LUTH ke. Sebaik2nya penuhkan dulu ASB tu.

    Bagi yg berniaga, sebaik2nya 24 bulan.

    http://www.asasteguh.com

  5. saya sukakan kedua2nya,, bagi saya berniaga tanpa buat simpanan adalah bahaya, tapi simpan tanpa berniaga pun tak ok gak

  6. Thinkerich says:

    malaysiancareer,

    Tidak semua orang minat berniaga dan tak semua orang berniaga itu boleh jadi kaya jika tak tahu menguruskan kewangan dengan betul..simpan tanpa berniaga amat sesuai untuk mereka yang makan gaji…percayalah hanya dengan membuat simpanan mereka yang makan gaji ini mampu menjadi kaya jika tahu melaburkan simpanan mereka di tempat yang betul..untuk mengetahui di mana untuk melaburkan simpanan anda, boleh dapatkan panduan daripada http://www.bajetwang.com

  7. jamian sarif says:

    assalamualaikum fazrul,
    jika u nak mula menyimpan u boleh menyimpan/ melabur di unit trust ….

  8. juruukur says:

    Bagi aku.. aku setuju menyimpan bole jadi kaya. Tapi proses dia agak lambat sikit.

    Yang terbaik.. melabur.. melabur.. dan terus melabur. Simpan hanya 25% jee dalam bentuk cash. Yang lain invest. Betul kee macam tuu??

  9. Thinkerich says:

    juruukur,

    Tepat sekali…simpan dan labur, untuk ketahui pecahan yang sesuai untuk uruskan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan , anda boleh dapat jawapannya dalam Buku Bajet Wang “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” dari http://www.bajetwang.com

    Penjelasan, teknik & huraian cara-cara yang terbaik dalam menguruskan kewangan ada dibongkarkan di dalam eBook Panduan Wang Gaji di http://www.wanggaji.com …Selamat Membaca!

  10. azrich says:

    Saya setuju dengan pendapat anda…Tetapi, kita tidak boleh seterus2nya berserah tanpa usaha…Usaha mesti diteruskan dalam menjadi insan yang syumul…Tetapi niat seseorang untuk menjadi kaya itu adalah katakunci di sini..Untuk apa kita kaya???untuk bermegah2 atau sememangnya untuk menolong orang susah di dunia ini sambil meningkatkan martabat agama bangsa dan negara….

    InsyaAllah..dengan niat yang betul serta usaha yang jitu anda akan berjaya…Amin..

  11. haiqal says:

    assalamualaikum..
    saya seorang pelajar ipta..sudah lama sebenarnye saye igin melabur..tapi tidak tahu dimana tempat yang betul dan sesuai..antara tabung haji dan ASB..mana yang lebih baik..mintak tolong tunjuk ajar..

  12. Thinkerich says:

    Salam kembali haiqal,

    Saya cadangkan simpan kedua-duanya sekali…masing-masing mempunyai pulangan yang baik…

  13. haiqal says:

    terima kasih..tapi antara ASB dan ASN 1,mana yang lebih menguntungkan..

  14. Shahizul says:

    salam…

    nak minta sedikit pendangan..
    1. apa beza antara ASB & ASN
    2. pelaburan mana lebih menguntungkan di antara 2 skim tersebut..

    Terima kasih

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm