Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

7 Perkara Penting Untuk Ubah Hidup Kaya & Berjaya!

Nak tak saya kongsikan 7 perkara penting yang boleh ubah hidup anda  dalam masa yang singkat bagi mencapai apa jua impian hidup anda?

#1- Berkeinginan yang sangat-sangat tinggi

Saya kira ini faktor penting yang merubah diri sesiapa sahaja untuk berjaya mencapai apa jua impian dan kejayaan. Apabila kita punya keinginan yang sangat-sangat tinggi, maka kita akan sanggup bertindak luar biasa untuk capai impian kita.

#2- Berkeyakinan tinggi

Mereka yang berjaya, bukanlah tahu sangat asalnya bagaimana untuk ubah hidup, bisnes dan tahap kewangan, tetapi mereka berkeyakinan tinggi yang mereka mesti ubah hidup mereka segera. Bahasa Inggerisnya adalah Blind Faith. Berkeyakinan tinggi bahawa mereka mesti ubah nasib keluarga mereka walaupun pada asalnya mereka pun susah macam orang lain.

#3- Bertindak luar biasa

Bertindak secara biasa-biasa hanya akan bawa anda ke tahap yang biasa-biasa sahaja. Saya minta anda cuba sekali untuk buat keputusan bertindak di luar kebiasaan anda. Bila anda dah rasa manisnya, saya pasti anda takkan berpatah balik lagi.

#4- Berani

Ramai orang berani cakap tapi tak ramai yang berani buat. Berani tak diukur dengan perkataan sebaliknya dengan tindakan. Kalau tak berani nak bertindak, tak perlu berangan nasib nak berubah.

#5- Berguru

Orang yang berjaya kebanyakannya mesti ada guru di sebaliknya. Guru ni sajalah yang mampu didik dan tegur kalau kita salah. Orang lain jangan harap. Hanya guru yang boleh bukakan jalan bagi kita nampak, boleh buat kita fikir sebelum buat keputusan dan doa guru sangat mustajab. Jadi jangan terkejut, ini memang benar. Pergi berguru kalau nak perjalanan anda lebih jelas, diyakini dan terbukti.

#6- Berterusan

Saya selalu perhatikan mereka yang berjaya  bila dah dapat momentum untuk buat sesuatu, bila mereka buat sikit pun, memang Boom! Tapi ada yang buat sekejap sahaja. Lepas teruja dengan kesenangan, ada yang berhenti bertindak. Takpun, momentum dah ada tapi bila diduga dengan cabaran dan halangan, ada yang cepat mengalah. Tak istiqomah. Tak bertindak berterusan. Buat sesuatu kena konsisten. Biar nampak dan hasilnya pun dapat secara berterusan juga.

#7- Beri komitmen

Orang berjaya adalah orang yang berjaya berikan komitmen mereka 100%. Bukan setakat tu sahaja, mereka boleh beri malah lebih lagi. Apa pun yang mereka lakukan, mereka sentiasa buat yang terbaik, How you do anything, is how you do everything.

Semoga anda Kaya & Berjaya!

KJ

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm