Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APA ITU RISIKO TERKIRA?

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Siapa yang tak kenal dengan Billi PS Lim, pencetus dan pembakar semangat dari gagal kepada kejayaan dan amat terkenal dengan idea dan prinsip BERANI GAGAL! atau DARE TO FAIL!

Saya percaya ramai yang telah diinspirasikanoleh buku terlaris beliau Dare To Fail!

Bukan setakat di Malaysia tetapi hingga keperingkat asia & global!

Namun begitu, apakah mungkin semua orang yang ingin berjaya hanya menerima idea dan prinsip ini secara membuta tuli!

Apa yang ingin disampaikan oleh Billi Lim sebenarnya adalah untuk menyatakan bahawa perjalanan ke arah sesuatu kejayaan itu perlu diikuti dengan prinsip sebenar iaitu JANGAN BERPUTUS ASA atau NEVER..NEVER..NEVER GIVE UP!

Ini bermakna apabila kita melakukan sesuatu kita perlulah telah bersedia atau sekurang-kurangnya telah membuat persediaan untuk mengambilkira risiko kegagalan yang bakal diterima!

Bagaimanakah caranya?

Jawapannya adalah dengan merancang lebih awal tindakan seterusnya yang boleh diambil jika kiranya tindakan yang bakal diambil itu gagal atau tidak berjaya!

Saya tahu adanya prinsip kejayaan yang dipanggil ‘Teknik Membakar Jambatan” iaitu prinsip ‘Kamikaze’ yang memberikan tekanan kepada seseorang untuk bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

Tetapi tahukah kita bahawa teknik tersebut sebelum diaplikasikanoleh mereka ketika berperang telah dipenuhi dengan perancangan dan strategi yang bakal menguntungkan mereka!

Bukannya dengan bertindak dengan membuta tuli!

Mereka mengambil risiko tetapi dengan membuat perkiraan terlebih dahulu! Sebab itulah mereka berjaya!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “APA ITU RISIKO TERKIRA?”

  1. SENSASI HOT RM says:

    selamat berpuasa buat semua umat islam.

  2. azezul says:

    Selamat berpuasa

    Saya dah baca buku Dare To Fail tu, tapi kdg2 susah jugak nak faham. Skrg ni kat pasaran, dah banyak da buku Berani Gagal yang mudah difahami.

    Saya cukup tertarik dengan artikel yang saudara tulis :

    Teknik Membakar Jambatan” iaitu prinsip ‘Kamikaze’ yang memberikan tekanan kepada seseorang untuk bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

    Memang betul sebenarnya, tapi kadang2 bila kita x toleh kebelakang, ramai orang dibelakang kita yang memerlukan kita untuk membantu mereka lagi.

  3. Thinkerich says:

    Azezul,

    Terima kasih :)

    Apa yang saya maksudkan ‘Tak toleh ke belakang’ adalah tidak berfikir untuk berpatah balik atau dengan maksud lain tak berputus asa…

    Orang dibelakang masih dan patut untuk dibantu juga..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm