Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BANK RAKYAT BAYAR DIVIDEN 15% BAGI TAHUN 2008

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Akhirnya penantian para pemegang saham koperasi Bank Rakyat, (termasuk saya) mendapat khabar berita pembayaran dividen saham Bank Rakyat yang berakhir pada 31 Disember 2008 di bayar mulai hari ini…

Harapan untuk mendapat bayaran sekurang-kurangnya 20% macam tahun 2007 nampaknya tidak kesampaian biarpun menurut laporan,  Bank Rakyat pada tahun lalu (2008) telah mencatat prestasi keuntungan tertinggi dalam sejarah!

Apa pun kelebihan tambahan 5% diperolehi oleh ahli yang melabur lebih 10 tahun…Err saya kurang satu tahun je ..melepas :(

Namun, saya tetap bersyukur dengan apa yang diperolehi dan mengikut pelan perancangan bajet kewangan yang telah saya sediakan, insyaAllah saya  akan gunakan keuntungan tersebut untuk dilaburkan semula ke dalam diri saya untuk mendalami ilmu kewangan.

Jadi, saranan saya kepada semua yang mendapat keuntungan dividen, tidak kiralah dari sumber mana pun, peruntukanlah sebahagian daripadanya untuk dilaburkan dalam diri sendiri seperti membeli buku, menghadiri seminar atau bengkel atau menyambung pengajian di dalam bidang yang anda minati!

Semoga dengan usaha melabur berterusan dalam ilmu pengetahuan akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada kita semua.

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “BANK RAKYAT BAYAR DIVIDEN 15% BAGI TAHUN 2008”

  1. zairul says:

    macam mana nak inest dalam Koperasi Bank Rakyat ni huh?

  2. Thinkerich says:

    Zairul,

    Buat masa ini, pelaburan saham koperasi bank rakyat masih lagi ditutup….

  3. Nabhan says:

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

    Minta laluan pada blogger, En. Thinkerich (nama pun dah besar)hehehe…untuk berkongsi maklumat..untuk mukaddimah, tahniah kepada saudara kerana adanya hasil tulisan yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain. Terima kasih juga kerana anda mengajak orang lain untuk menjadi orang yg berjiwa besar. Saya ada baca tentang 999 juta unit saham yang habis dijual kpd bangsa cina..sy terfikir kenapa ramai orang hanya ingin melabur dlam ASB..sedangkan ada lagi saluran2 lain yg blh kita invest selain medapat faedah lain selain daripada hanya menerima dividen setiap tahun. Contohnya, KOPERASI GIAT SUKAN BERHAD (KGSB) yang semakin berkembang pesat. Saya yakin ramai juga yang belum kenal dgn KGSB ni kerana masih baru (1 tahun)…beza seorang manusia dengan manusia yang lain adlah dari segi kefahaman. Kefahaman seseorang tentang sesuatu perkara akan membuatkan nya bertindak dengan realistik beserta niat yg betul. Masing2 diantara kita berkata “aku ingin berjaya!!” tapi sayangnya, segelintir sahaja yang ingin bertindak dan yang lain lebih senang dengan terus berkata-kata. Adakah kita ingin terus hidup sebagaimana yg kita ada sekarang ATAU membuat sesuatu yang boleh mengubah masa depan kita…perlu diingatkan, INVESTMENT = MASA DEPAN + ANAK + CUCU….THERE IS NO SHORT CUT IN ORDER TO SUCCESS…Saya adalh salah seorang COUNCIL MEMBER KGSB ingin menjemput kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KGSB, bolehla emailkan pertanyaan anda kepada saya nabhanismil@yahoo.com

    NIAT KAMI DI KGSB ADALAH UNTUK MENOLONG ANDA2 YG BERASA DIRINYA PERLU DITOLONG…ANDA YANG PATUT MENOLONG DIRI ANDA DAHULU SEBELUM KAMI MENOLONG ANDA…..

    THERE ARE 3 TYPES OF PEOPLE:

    1) PEOPLE THAT WATCH THINGS HAPPEN
    2) PEOPLE THAT PONDER HOW THINGS HAPPEN
    3) PEOPLE THAT MAKE THINGS HAPPEN

    WHERE ARE WE???

    TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA EN. THINKERICH…Teruskanla dengan usaha anda!!

  4. Thinkerich says:

    Nabhan,

    Terima kasih kembali, Err..Kempen nampak :)
    Sesuatu yang baik teruskan, janji bukan Koperasi yang ala-ala Skim Cepat Kaya sudahlah…

    Sebenarnya, banyak kopersi yang boleh beri pulangan purata sekurang-kurangnya 10% setahun…tetapi sebelum menyertainya saya nasihatkan kepada semua pembaca untuk selidiki dan semak kewangan koperasi seperti prestasi bayaran dividen kepada ahli (perkara ini boleh dirujuk dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berdekatan dengan anda!)

  5. Nabhan says:

    Dear Mr. Pemikir Kaya,

    hehe..adela kempen skt2..betul nasihat anda, blh selidik dgn SKM utk mengetahui status koperasi ni..tiada yg salah atau betul, cume kt yg ade jawapan tu…wasalm..

  6. The Traveler says:

    kurang berbaloi la melabur kat sini..BR..better cari instrument lain..TAK CAYA??? sila baca sini…http://syah916.blogspot.com/2011/04/perlu-ke-syer-bank-rakyat.html

    Selamat melabur

    • Thinkerich says:

      The Traveler,

      Syer Bank Rakyat bagus untuk Cashflow tahunan dan bukannya untuk capital gain.
      Terutama bila ada jumlah simpanan yang besar dalam 5 angka. Goyang kaki je bleh dapat 4 angka setahun…
      Tahap keacairan yang rendah adalah bagus untuk kekalkan pegangan aset kita :D

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm