Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BENARKAH MEREKA JUTAWAN?

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya sambung ulasan dan pandangan saya daripada ruangan komen Tuan Shamsuddin Kadir (SK) berkaitan Direct Selling Ohh Multi Level Marketing

Sebenarnya saya pernah menulis di blog ini berkaitan perkara ini hampir 2 tahun yang lalu dengan tajuk Jutawan MLM bukan Jutawan Sebenar..?

Saya bukanlah anti kepada direct selling dan MLM nih…bahkan saya sendiri pernah menyertainya dan terlibat secara aktif dalam perniagaan ini suatu ketika dahulu hingga sampai peringkat Pengurus Agensi…

Bahkan saya menimba banyak pengalaman dan ilmu tentang keusahawanan, skill menjual, perniagaan, jaringan persahabatan, setiakawan, kerjasama kumpulan, nilai kasih sayang dan kehidupan, serta semangat untuk berjaya dari industri MLM!

Dan saya akui, jika anda ingin mendapatkan latihan kejurujualan yang terbaik, latihan motivasi yang baik, saya amat sarankan anda mendapatkannya dengan menyertai MLM.

Banyak yang boleh anda belajar melaluinya..

Tak dinafikan dalam menceburkan diri dalam apa jua bidang perniagaan , sudah pasti ada yang berjaya dan ada yang gagal..tetapi jika seseorang itu gagal dalam sesuatu perniagaan yang diceburi, contohnya dalam MLM ini, apakah perniagaan dan syarikat MLM yang patut dipersalahkan???

Saya tak bersetuju (ini pendapat saya!) jika ada yang menyalahkan company dan sesuatu bidang perniagaan itu yang menjadi punca kepada kegagalan mereka!

Yang menjadi punca segala-galanya adalah diri sendiri dan sikap seseorang itu!

Ramai yang suka menggunakan ‘senjata kegagalan’ pada diri mereka sendiri iaitu ALASAN sebagai sebab utama kegagalan mereka!

Dan macam biasalah masyarakat kita suka mengamalkan budaya ‘bangau oh bangau’- tak mengaku kesilapan sendiri!

Berbalik kepada isu yang diutarakan oleh tetamu dari blog SK, dan pandangan SK sendiri, memang betul, ramai yang menyertai direct selling dan MLM ini adalah semata-mata untuk menambah pendapatan dan kemudiannya berimpian ingin menjadi kaya dan bergelar jutawan…

Malangnya, sebagaimana yang saya nyatakan di ruangan komen pada blog tuan SK, ramai yang berjaya mendapat komisyen yang besar dalam MLM hanya dapat bertahan sementara sahaja kerana mereka tak ada ilmu dan skill pengurusan kewangan yang betul!

Apa tidaknya, ramai teman saya yang telah berjaya mencapai pangkat tertinggi sebagai JUTAWAN (jutawan pada pangkat je) dalam syarikat MLM tersebut, pernah dapat RM20 – 30K sebulan, memandu Mercedes S320, dapat insentif Rumah Banglo bernilai RM1.2 juta, kini tak punyai apa-apa!

Bahkan seorang Jutawan MLM yang saya kenali pula melompat dari satu industri ke satu industri yang berbeza-beza…

Dari industri MLM, lompat ke Pelaburan Haram :( kemudian join pula industri insuran! Kenapa?

Sebab mereka dapati apa yang mereka telah capai itu tidak konsisten, tidak stabil atau mungkin juga mereka tamak di samping tidak memahami hal kewangan yang sebenar!

Jadi, benarkah mereka ini Jutawan?

Jawapannya, ada yang memang Jutawan, dan ada yang bukan jutawan sebenar!

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, mereka yang berjaya capai tahap jutawan dan kemudian nampak peluang dan memahami hal kewangan sebenar tidak lagi fokus pada bisnes MLM itu sahaja!

Mereka kembangkan perniagaan, dan gunakan nama dan kejayaan tersebut untuk menjual diri mereka untuk sertai perniagaan yang lain.

Contoh terbaik adalah Jutawan MLM tersohor yang juga merupakan Mentor Jutawan, Dato’ Dr. Azman Ching, beliau menjalankan perniagaan motivasi dalam masa yang sama selepas mencapai kejayaan dan menempa nama sebagai Jutawan CNI.

Beliau bijak menggunakan kesempatan, menggunakan network sedia adanya untuk pasaran buku dan karya tulisannya berkaitan motivasi dalam perniagaan MLM.

Beliau tidak lagi hanya tertumpu pada MLM sahaja tetapi bisnes motivasi pula!

Itulah Jutawan yang sebenarnya!

Jika anda sertai MLM dan kemudian bercita-cita untuk menjadi Jutawan MLM, sikap anda perlu betul, perlu ada asas dan ilmu kewangan, barulah anda boleh kekal menjadi Jutawan MLM yang sebenar!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “BENARKAH MEREKA JUTAWAN?”

  1. wan says:

    baru hampir 4 tahun aku tinggalkan labuan. dok sangka lasung mung dah jadi sehebak ning. apa pong, mung memang ada bakak. dan mung adalah contoh terbaik. kerana aku tahu benda apa yang mung karang dalang ning adalah apa yang mung lalui. sebenarnya mung sedang menulis perjalanang hidup mung sendiri yang mana mung dapat mencapai satu satu tahap dengang penuh perancangang yg cukup teliti dan memerlukan ketaatan untuk mematuhi.mung memang patut berjaya.. kejayaang memang hok mung. TAHNIAH….

  2. Thinkerich says:

    Wan,

    Terima kasih ..Sahabat..

  3. Tidak dinafikan MLM boleh dianggap sekolah kepada bussines dan saya sendiri masih lagi terlibat dgn MLM tp bukan kerana wang sahaja tetapi kerana produk yang berkualiti….Kita seharusnya menjadi seorang yang konsisten dalam berniaga dan mengambil peluang setelah perniagaan pertama berjaya

  4. Thinkerich says:

    peminatjutawan,

    Hmm..yang penting ‘mendalam dahulu, baru melebar’ dalam menjalankan perniagaan kita..

  5. Balkhis says:

    tapi en. thinkerich ade juga mereka yang telah menyertai perniagaan MLM kerana kasihan kawan dan bukan kerana untuk mengubah kehidupan yang lebih baik..so macam mana untuk melahirkan kemahuan kita supaya kita menyertai perniagaan MLM ini hanya untuk mengubah diri dan kehidupan kite ke arah yang lebih baik?

  6. Bakhis says:

    mudah2an en. thinkerich dapat memberikan jawapan dengan segera dan bernas..

  7. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Saya kira sesiapa yang melakukan sesuatu hanya untuk memenuhi kehendak orang lain adalah mereka yang baik hati..

    Ya, memang baik hati…jujur saya katakannya..

    Dalam apa sahaja yang kita lakukan kita perlu tanya diri kita …apa yang kita mahukan dan bukannya apa yang orang lain mahukan..

    Ubah cara berfikir kita untuk mencapai matlamat hidup kita!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm