Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BOLEHKAH ANDA MENJADI JUTAWAN?

Salam pembaca blog PemikirKaya dot com!

Ramai orang bertanya kepada saya,

” Bolehkah saya menjadi Jutawan….?”

“Oh, Sudah tentu!”, jawab saya dengan penuh berkeyakinan!

 Namun ianya hanya menjadi kenyataan jika anda benar-benar komited untuk memperolehinya.

Anda harus ingat dan berpegang pada prinsip ini,

 

 

“Apa sahaja yang pernah dicapai dan berjaya dilakukan  oleh orang lain sebelum ini, ianya juga boleh dilakukan oleh ANDA juga…”

 

Cuba anda lihat kepada kejayaan manusia menakluki Gunung Everest, kejayaan manusia menakluki ruang angkasa, kejayaan manusia memecahkan rekod demi rekod sukan yang dipertandingkan dan pelbagai lagi….semuanya diulangi dan dilakukan lagi oleh orang lain dari hari kehari, tahun berganti tahun dan senarainyaadalah berterusan!

 

Lihat suatu ketika dahulu negara kita, ramai yang tidak berapa yakin dengan keupayaan negara kita Malaysia mengeluarkan kereta sendiri tetapi kini Malaysia telah mampu mengeluarkan kenderaan sendiri.

 

Bermula dengan PROTON, diikuti oleh PERODUA, MODENAS dan senarainya juga berterusan….

 

Begitu juga dengan pembinaan menara dan bangunan pencakar langit di mana negara-negara berlumba-lumba membina pencakar langit dan masing-masing terus cuba mengatasi ketinggian daripada rekod ketinggian sebelumnya. Dan Malaysia juga pernah memegang rekod dalam hal ini baut beberapa ketika.

 

Lihat pula kepada rekod manusia terpantas dalam perlumbaan larian olahraga 100 Meter, dan bagi yang mengikuti perkembangan Olimpik Beijing baru-baru ini, semua tentu kenal dengan nama Usain Bolt yang dinobatkan sebagai manusia terpantas di dunia ketika ini.

 

Lihatlah bagaimana Usain Bolt mengatasi kejayaan -kejayaan yang pernah dicapai oleh pelari pecut dan pemegang rekod sebelum ini seperti Carl Lewis, kemudian Donovan Bailey, dipecahkan lagi rekod oleh Maurice Greene, kemudian Asafa Powell sebelum rekod tersebut dipegang oleh beliau.

 

Percayalah rekod ini akan terus cuba dipecahkan oleh manusia yang terus didorong dan dimotivasikan oleh keinginan dan kemahuan yang kuat disertakan dengan semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh.

 

Mereka tidak bertanya, “Bolehkah…?” tetapi sebaliknya mereka bertanya “Bagaimanakah…”

 

Untuk berjaya mencapai apa sahaja impian anda, seharusnya anda bertanya BAGAIMANA? daripada BOLEHKAH?

 

Ini kerana kedua persoalan tersebut jelas menunjukkan perbezaan ketara. Bolehkah? memperlihatkan ketidakyakinan dan rasa rendah diri tetapai Bagaimanakah? jelas menunjukkan keinginan dan kesungguhan untuk mencuba…

 

Jadi jika anda ingin berjaya dalam apa jua matlamat dan impian anda, tanya lah pada diri anda BAGAIMANAKAH? dan setelah mendapat jawapan maka BERUSAHALAH…

 

Pengetahuan tanpa TINDAKAN tidak akan memberi sebarang makna.

 

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “BOLEHKAH ANDA MENJADI JUTAWAN?”

  1. bagi saya, untuk menjadi jutawan kena ada minda jutawan dulu. Then pelan tindakan jutawan. then bertindak!..
    hehehe.. itu pendapat saya lah :)

    rgds
    Syukor Hashim
    http://www.jutawanemas.com

  2. Thinkerich says:

    Syukor,

    Ya, benar tu…perlu ada minda jutawan, tetapi dalam masa yang sama mesti ada tindakan dan sikap sebagaimana seorang Jutawan juga! :)

  3. Saya percaya jika ada keazaman, tekad dan usaha pasti akan akan berjaya jadi jutawan tapi perlu ada ilmu dan tidak mengenal putus asa macam Kolonel Sanders (KFC), Bill Gates, Roberts Kiyosaki, Azizi Ali, Irfan Khairi dan ramai lagi. Insyallah saya pun kearah itu.

  4. Thinkerich says:

    Abu Dhairaz Razali..

    Semoga saudara berjaya mencapai impian anda..Good Luck :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm