Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

EMOSI KEKAYAAN!

Salam pembaca blog sekalian,

Anda mungkin pernah dengar ‘Law of Attraction’ (LOA) satu bentuk kuasa yang sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Bezanya ada yang tahu menggunakannya dan ada yang sebaliknya.

Baiklah kali saya tidak pula ingin bercerita tentang ‘Law Of Attraction’ sebaliknya saya ingin membicaraka tentang deria LOA.

Apa itu deria LOA? Menurut Blogger Motivasi : Shueqry, imotivasi.com deria LOA adalah EMOSI.

Manusia adalah makhluk yang dikurniakan emosi, maka apa sahaja perlakuan yang dilakukan adalah berkait rapat dengan emosi. Kuasa emosi ini amat besar dalam mempengaruhi hidup kita. Ianya juga boleh menjadikan kita bertambah baik atau pun berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Contohnya seseorang yang dikuasai oleh emosi sedih dan tertekan boleh mengakibatkan perilaku seseorang dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan ada yang sangggup untuk membunuh diri.

Seseorang usahawan yang berjaya mampu mengawal emosi dan mempengaruhi emosi orang lain bagi mendapatkan keuntungan bagi pihaknya dan juga para pelanggannya.

Jadi bagaimana anda ingin membentuk emosi kekayaan? Adakah dengan berbelanja mewah dan bertindak boros dengan wang anda?

Bukan begitu maksud saya disini. Emosi kekayaan di sini adalah satu bentuk yang perlu anda pupuk sesuai dengan matlamat dan keperluan kewangan anda.

Jika anda ingin menjadi kaya, perkara pertama ialah anda seharusnya mampu untuk mengawal emosi anda dalam menguruskan wang yang anda perolehi setiap masa. Wang perlu diurus dengan baik dan teratur sebelum anda mampu memiliki aset dan harta yang lain.

Jika tidak, anda tidak mampu untuk mengumpul aset yang lain kerana emosi anda selalu dipengaruhi oleh pujuk rayu iklan untuk membelanjakan wang anda.

Manusia juga begitu beremosi dengan wang. Cuba anda lihat apakah emosi seseorang yang memiliki wang yang banyak dengan emosi mereka yang tiada wang? Perhatikan dan buat perbandingan.

Lihat orang yang kaya sentiasa kelihatan gembira, tenang dan ceria manakala mereka yang kesempitan wang selalu berada dalam keadaan tertekan, gelisah dan susah hati.

Walaupun pada masa ini, anda masih belum menjadi kaya, seharusnya anda membayangkan dan menarik emosi kekayaan dalam diri anda. Ini kerana deria LOA adalah emosi. Apabila anda menarik emosi kekayaan berada dalam lingkungan diri anda, maka adalah lebih mudah untuk anda mendapatkannya.

Setiap malam sebelum tidur, cuba buat bayangan minda berkenaan jumlah wang yang anda inginkan atau pun dalam lingkungan kekayaan yang anda idam-idamkan. Cuba praktikkan setiap malam agar ianya sebati dengan emosi anda dan rasakan apa yang anda bayangkan benar-benar telah menjadi milik anda.

Harus diingat, TELAH MENJADI MILIK ANDA! bukannya AKAN MENJADI MILIK ANDA, kerana ianya akan memberi kesan EMOSI yang berbeza. Cubalah, anda akan dapat mersakan kesannya.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm