Salam pembaca blog pemikirkaya?
Apa khabar? Semoga semua sihat…
Maaf agak lama saya tak kemaskini blog ini…Hmmm…bukan apa ..
Sejak kebelakangan ini diserang pelbagai penyakit yang agak mengganggu komitmen dan potensi kerja..
Namun sebagai hambanya, apabila kita didatangkan dengan dugaan dan kesakitan, redhalah dan tabah serta banyaklah bersabar….
Sesungguhnya ianya merupakan suatu ‘Kafarah’ …
Apabila sakit, sudah tentulah tenaga dan semangat kita menurun dengan teruk sekali …
Hmmm..nampaknya banyak perkara yang terbengkalai dan tersasar daripada perancangan asal..
Kita hanya merancang, hanya Allah yang tentukan..
Semoga diberikannya sedikit kekuatan untuk saya terus menulis di blog ini bagi menyumbang idea dan berkongsi pendapat dengan semua..
InsyaAllah…
Baiklah kali ini saya nak berbicara tentang Fantasi Kekayaan…
Apa itu Fantasi Kekayaan?
Maaf ianya tiada kaitan langsung dengan Akademi Fantasia 8 yang sedang rancak berlangsung pada ketika ni..
Fantasi kekayaan sebenarnya adalah suatu gambaran yang dicipta dan direka oleh pengiklanan dan para penjual untuk mempengaruhi secara sedar sistem kepercayaan kita..
Pernahkah pembaca melihat betapa hebatnya iklan yang memaparkan gaya seseorang berbelanja sakan memenuhi kemahuan mereka dengan kad kredit?
Pernahkah anda menonton adegan-adegan TV yang menonjolkan orang kaya dengan kehidupan mewah, rumah banglo mewah, kereta besar dan sebagainya…
Ramai yang terpedaya dan tertipu dengan apa yang dipaparkan oleh iklan dan TV menyebabkan mereka turut meniru dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam Fantasi Kekayaan yang mereka cipta sendiri.
Kesudahannya, lebih ramai yang hidup bergelumang dengan hutang bagi memenuhi impian hidup mewah tetapi sebenarnya terpaksa hidup merana, menanggung lebih banyak liabiliti daripada aset..
Mereka lebih banyak membeli liabiliti yang disangka aset..
Mereka lebih gemar memiliki aset yang menyusut daripada berusaha mengumpul aset yang meningkat..
Hakikatnya lebih ramai yang suka hidup kelihatan kaya berbanding berusaha menjad kaya dalam erti kata yang sebenar.
Kaya yang sebenar tidak diukur dengan apa yang kita pakai, kereta apa yang kita pandu, berapa banyak kad kredit platinum yang kita ada, berapa besar gaji atau wang yang kita dapat..
Sebaliknya berapakah Nilai Bersih yang kita ada…
Adakah ianya berada dalam nilai bersih yang positif mahu pun negatif???
Jadi pesan saya, jangan hidup dalam fantasi kekayaan semata-mata, sebaliknya hiduplah dengan menjadi kaya yang sebenar!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Setuju 100%. Iklan yang pelbagai telah berjaya mempengaruhi sebilangan masyarakat. Akhirnya, mereka juga yang akan rugi. Moga dihindarkan daripada segala masalah ini. Aamiin.
Hadi,
Kita mesti ada prinsip kewangan (psst…lebih kurang macam prinsip akaun jugalah
)
Supaya tidak terjerat dengan iklan…