Salam pembaca blog pemikirkaya!
“…kefakiran itu boleh membawa seseorang kepada kekufuran…” merupakan salah satu daripada Hadis Rasulullah S.A.W yang berkaitan dengan kemiskinan.
Walaupun miskin itu lebih baik daripada fakir (fakir adalah lebih rendah kedudukannya daripada miskin), namun kebanyakan daripada mereka yang berada pada tahap miskin akhirnya lebih banyak menjadi fakir daripada berubah menjadi kaya!
Jadi, jika anda kini masih berada dalam kedudukanm senang dan sederhana amat wajarlah anda mengelakkan diri daripada tergelincir daripada menjadi golongan miskin.
Bagaimana caranya? Mungkin ada di antara anda bertanya!
Secara mudahnya tiada jalan lain kecuali berusaha dengan lebih gigih bagi membaiki kualiti hidup masing-masing kerana rezeki Allah sentiasa terbentang luas!
Ini kerana hanya dengan usaha yang gigih dapat mengubah masa depan anda!
Islam tidak meredhai penganutnya terus kekal di dalam kemiskinan dan kefakiran!
Sudah tentu anda pernah mendengar ungkapan, “Tangan Yang Memberi Itu Lebih Baik Daripada Yang Menerima”…
Jadi untuk itu jika selama ini anda terdiri daripada tangan yang menerima, berusahalah untuk menjadi tangan yang memberi pula!
Semoga dengan pemberian ikhlas anda itu dapat membantu diri anda untuk terus memberi dan terus memberi…
Dan sudah tentulah bila anda sering memberi, maka anda tidak akan merasakan anda berada dalam kemiskinan kerana anda bersyukur di atas rezeki yang anda terima walaupun kecil. Insya Allah!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Salam sukses,
Betul tu,inilah yg dikatakan kuasa memberi,jadi kita perlulah sentiasa berusaha sekuat mungkin agar tidak terjebak dgn kemiskinan.
“Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Salam SKB,
Semua JUTAWAN terlebih dahulu memberi peluang orang lain untuk mendapatkan wang.
Sentiasa mengamalkan ‘win win’.