Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

ILMU & KEMAHIRAN UNTUK MENJADI KAYA

Salam pembaca blog PemikirKaya,

Hari ini kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan krisis yang melanda ekonomi global mahu pun negara dan kesannya terus dapat dirasakan sendiri oleh kita semua.

Hanya mereka yang tidak ambil tahu tentang ekonomi dan masa depan kewangan sahaja yang endah tak endah tentang perkara ini. Bagi mereka itu semua tidak penting, kerana itu semua adalah tanggungjawab pihak kerajaan untuk membantu rakyat dalam menentukan kedudukan ekonomi negara terus berada dalam keadaan baik dan stabil. Apa yang utama dalam fikiran mereka adalah untuk terus hidup dan berada di zon selesa.

Berapa ramai dikalangan kita pada hari ini mencari ilmu untuk menjadikan dirinya kaya dan seterusnya dapat membantu diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara?

Rata-rata mereka semuanya bergantung harap pada pihak lain dan tanggungjawab ekonomi dan sosial secara ‘total’ diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata untuk menangani semua permasalahan yang timbul dalam hidup mereka.

Sikap sebegini tidak ubah seperti anak kecil yang sentiasa mengharapkan ibu bapanya terus menyuap ke mulut mereka walhal mereka sebenarnya boleh berdikari!

Memang tidak dinafikan ramai dikalangan masyarakat hari ini berlumba-lumba mencari ilmu dan kemahiran baik diperingkat sijil, diploma, sarjana, ijazah, master mahu pun Phd.

Namun ilmu yang mereka miliki hampir kesemuanya adalah untuk diri sendiri dan tidak kurang pula yang menjadikannya sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Di dalam perkhidmatan awam umpamanya, ramai kakitangan yang berlumba-lumba dan berusaha menyambung pelajaran di peringkat luar kampus dan terpaksa membahagikan masa untuk kerja, masa belajar dan juga keluarga.

Apabila di tanya kenapa mereka memilih untuk melakukan itu semua, kebanyakan daripada mereka akan menjawab untuk peningkatan peluang kerjaya mereka semata-mata.

Tidak dinafikan sememangnya proses pembelajaran itu sesuatu yang baik dan teramat baik bagi seseorang untuk meningkatkan kemampuan, keupayaan dan cara berfikir tetapi jika hanya untuk mendapatkan segulung pengiktirafan bagi dijadikan tiket untuk kerjaya semata-mata, ianya tidak akan membantu anda untuk menjadi kaya.

Tambahan lagi untuk belajar dan bekerja dengan keadaan ekonomi semasa menuntut pengorbanan masa, keluarga dan yang paling penting jumlah wang yang tinggi.

Kebanyakan daripada kita yang belajar program jarak jauh atau pun ‘out campus’ pada asasnya pasti akan membuat pinjaman untuk membiayai pengajian mereka tersebut. Dan ini secara tidak langsung menambah beban kewangan yang terpaksa ditanggung.

Walaupun ianya boleh dianggap sebagai satu bentuk pelaburan, tetapi semuanya bergantung kepada diri sendiri. Cara bagaimana diri mereka boleh menggunakan ilmu tersebut untuk membantu kedudukan kewangan mereka.

Tetapi malangnya jika kita lihat pada persekitaran yang ada, kebanyakan mereka yang berjaya dalam pencapaian akademik dan berjaya pula mendapatkan kerjaya yang lebih baik akhirnya tewas dengan emosi dan gaya hidup mereka sendiri.

Mereka meningkatkan tahap akademik mereka, pada masa yang sama mereka turut meningkatkan kedudukan kerjaya dan dalam masa yang sama juga mereka meningkatkan taraf hidup mereka.

Meningkatkan taraf hidup bermakna meningkatkan perbelanjaan hidup mereka dan yang paling parah mereka turut meningkatkan HUTANG mereka!

Saya ingin memetik kata – kata berikut daripada mantan Perdana Menteri, katanya ;

…. saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka…

Tun Mahathir Mohamad

Jelaslah di sini mencari ilmu itu bukan semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan atau sebagai tiket untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup tetapi apa yang paling penting ianya boleh digunakan untuk mencari kekayaan…

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Malangnya pada masa kini kita terlalu ramai yang terpengaruh dengan konsep realiti TV ‘kunun’nya untuk kebajikan realiti TV . Maka berlumba2lah masyarakat kita mengetik SMS untuk masa depan org lain. Orang lain menjadi kaya, kita menjadi sengsara…

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “ILMU & KEMAHIRAN UNTUK MENJADI KAYA”

  1. mus says:

    memang ilmu dan kemahiran merupakan dua elimen yang penting untuk masa depan yang lebih cerah termasuk untuk kita mencadi kaya…

    selain itu, nilai murni pada diri perlu ada untuk kejayaan yang lebih sempurna. Nilai diri ini ialah perkara kebaikan yang harus dilakukan sepanjang kehidupan kita.

    Saya bersetuju dengan anda, SMS dan realiti TV semakin menjadi kegilaan kita. yang kaya mereka tapi kita still macam ni…

  2. irwan.dahnil says:

    Kadang2 mereka yg tidak menuntut ilmu menyebabkan mereka ini, menganggap apa yang datang (termasuk hiburan dan rancangan tv) kepada mereka adalah ilmu yang sebenar.

    Itu sebab orang kata, ilmu itu perlu dicari. Dan bukannya datang sendiri :)

  3. Thinkerich says:

    Mus…,

    Manusia kini terlalu leka dengan hiburan…:(

    Irwan dahnill…,

    Benar kata saudara, ilmu perlu dicari…begitu juga dengan motivasi dan kekayaan…ianya tidak datang sendiri..:)

  4. paan says:

    Manusia sekarang berfikir,dengan segulung ijazah dapat memberikan mereka pekerjaan yang baik dan juga kemewahan hidup.Mereka belajar,semata-mata ingin dapatkan pangkat yang lebih tinggi.Nilai pembelajaran sebenar telah pun hilang dalam masyarakat kita.Sepatutnya,kita mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari,bukan hanya simpan dalam otak yang dah pun berkarat,kerana telah sekian lama tidak digunakan.Saya amat mengagumi usahawan-usahawan,kerana menggunakan ilmu yang mereka miliki untu meningkatkan lagi taraf hidup mereka.Salam sukses untuk semua usahawan Malaysia.Semoga laman ini akan terus memberikan informasi yang berguna demi menyedarkan masyarakat Malaysia,termasuklah saya.Wasalam

  5. Thinkerich says:

    Paan,

    Masih ramai dikalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa Ilmu itu hanya boleh diperolehi melalui pendidikan formal…

    Walhal ilmu itu boleh dipelajari dimana-mana disekeliling persekitaran kita…

    p/s: Ilmu daripada pengalaman lebih bermakna dalam mengajar erti sebenar kehidupan…

    p/p/s : Paan, terima kasih di atas sokongan…semoga info dari blog ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat…InsyaAllah..

  6. … [Trackback]

    […] Find More on on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  7. used trucks says:

    … [Trackback]

    […] Info on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  8. … [Trackback]

    […] Here you will find 33998 additional Information to that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  9. … [Trackback]

    […] Info on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  10. … [Trackback]

    […] Read More Info here on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  11. … [Trackback]

    […] Find More on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  12. … [Trackback]

    […] Info on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  13. … [Trackback]

    […] Here you will find 15850 additional Info on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  14. laliga188 says:

    … [Trackback]

    […] Here you can find 71476 additional Information to that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  15. ibuiltmyhome says:

    … [Trackback]

    […] Read More to that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  16. 12betvn88 says:

    … [Trackback]

    […] Find More on on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  17. … [Trackback]

    […] Read More on to that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  18. … [Trackback]

    […] Read More on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  19. … [Trackback]

    […] Read More here to that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

  20. … [Trackback]

    […] Information on that Topic: pemikirkaya.com/motivasi-kekayaan/ilmu-kemahiran-untuk-menjadi-kaya/ […]

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm