Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

ILMU UNTUK MENJADI KAYA

Setiap kali saya dijemput untuk memberikan ‘talk’ berkaitan pengurusan kewangan,

saya sering tanyakan soalan ini kepada para audiens saya..

‘Siapa mahu jadi kaya, angkat tangan!’


Boleh dikatakan hampir keseluruhannya mengangkat tangan…

Saya bertanya lagi,

‘Bagaimanakah caranya untuk menjadi kaya?’

Lalu mereka menjawab…


‘Dapatkan wang sebanyak mungkin…’

Itulah antara respons yang saya terima daripada para peserta seminar saya tak berapa lama dulu.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan para pembaca blog semua, adalah tentang salah faham dan kekeliruan ramai orang tentang wang, pendapatan dan kekayaan yang sebenar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Jika sekiranya anda pernah membaca ebook Kewangan Peribadi, saya pasti anda sudah boleh mula memahaminya bukan, sebab saya ada huraikan perbezaan antara ketiga-tiga perkara tersebut.

Mendapatkan wang yang banyak belum tentu dapat menjamin seseorang itu menjadi kaya.

Ini kerana ramai orang yang mampu memperolehi jumlah wang yang banyak tetapi sayangnya sehingga kini, kehidupan mereka masih biasa-biasa lagi.

Masih tak cukup duit dan belum kaya-kaya lagi!

Ramai yang dapat gaji 4, 5 hingga 6 angka sebulan tetapi masih kekal hidup sederhana bahkan ada yang hidup tersepit dengan masalah kewangan gara-gara silap menguruskan wang.

Mereka banyak kehilangan wang gara-gara membeli liabiliti yang disangkakan mereka sebagai aset.

Ini bermakna berjaya memperolehi wang yang banyak bukanlah jaminan untuk seseorang itu menjadi kaya jika mereka tiada ilmu menguruskan wang yang sebenar!

Hakikatnya, wang semata-mata bukanlah alat yang boleh membantu anda menjadi kaya (bahkan kadangkala wang juga boleh membuatkan anda jatuh miskin dan muflis) sebaliknya anda perlukan ilmu dan kebijaksanaan kewangan yang sebenar!

Sebenarnya untuk menjadi kaya, kita tidak perlukan wang, sebaliknya kita perlukan ilmu dan kebijaksanaan kewangan.

Ini kerana ilmu pengetahuan merupakan alat yang dapat membantu anda menghasilkan lebih banyak wang.

Atau dengan kata lainnya ‘Pengetahuan’ itu sebenarnya adalah Wang!

Ya, Ilmu Pengetahuan adalah Wang!

Cuba lihat kepada mereka yang berpendapatan tinggi, RM5,000 hingga RM puluhan ribu sebulan, masih belum jadi kaya sebab kebanyakan wang mereka terpaksa dibelanjakan untuk membayar cukai, mereka belanjakan untuk membeli dan memiliki rumah yang besar-besar yang sudah tentu perlukan pembiayaan dan kos penyelenggaraan yang besar juga!

Mereka gunakan pendapatan yang besar sebagai jaminan untuk membuat pinjaman yang lebih besar untuk perbelanjaan ke atas barangan pengguna dan bukannya membeli aset yang boleh memberikan aliran pendapatan buat mereka.
Jadi belajarlah dan banyakkan membaca, hadiri seminar kewangan, cari rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan kewangan  yang baik dan tukar cara berfikir anda tentang wang dan kekayaan sebenar! Tingkatkan pengetahuan kewangan anda dan anda akan benar-benar menjadi kaya!
´╗┐

THINKERICH

Mengenai Penulis

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.

Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.

Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.

Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.

Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “ILMU UNTUK MENJADI KAYA”

  1. ijal says:

    bang d..esign blog abg sebiji mamacam saya

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm