Salam pembaca blog pemikirkaya,
Dah agak lama saya tak berbicara tentang Motivasi Kekayaan!
Bila ditanya kepada ramai orang, “Siapa yang ingin menjadi kaya?”
Maka kebanyakan (tidak semua- ada yang lebih senang hidup sederhana!) mereka menyatakan keinginan untuk menjadi Kaya!
Tetapi masalah yang biasanya berlaku kepada mereka semua, mereka tidak ikut cara dan tindakan serta sikap orang kaya untuk menjadi kaya!
Mereka lebih suka bertindak ‘seperti’ orang kaya daripada bertindak ‘untuk’ menjadi kaya!
“Apa buktinya?”, mungkin ada di antara anda yang bertanya!
Buktinya mudah!
Mereka lebih suka berhutang membuat pinjaman untuk membayar lebih besar faedah a.k.a interest a.k.a bunga untuk membeli barangan yang susut nilai atau mungkin tiada nilai selepas itu, seperti kereta, aksesori kereta, perhiasan rumah, aksesori diri, gadget terkini, telefon bimbit dan pelbagai lagi…
Sedangkan orang kaya pula meminjam untuk mendapatkan keuntungan daripadanya. Mereka pinjam RM10,000 tetapi dapat untung RM3,000 hasil daripada perniagaan mereka. Manakala orang miskin pula pinjam RM10,000 tetapi bayar faedah RM3,000!
Jadi bila mereka nak kaya? Dapatnya RM10,000 tapi kena bayar balik RM13,000! Sedangkan wang yang dipinjamkan itu tak mendatangkan apa-apa keuntungan buat mereka.
Sedangkan orang kaya terus kaya kerana mereka pinjam duit bank RM10,000, tetapi dapat untung RM3,000! Itu, untung dalam skala yang kecil! Jika dalam skala yang besar, maka lagi besar keuntungan mereka!
Siapakah golongan yang paling ramai terdiri dalam golongan ini?
Mereka terdiri datangnya dari golongan sederhana ..yang kelihatan kaya dan bergaya tetapi hutang keliling pinggang!
Jadi jika anda ingin menjadi kaya, ubahlah cara, sikap dan pemikiran anda tentang kekayaan sebenar melalui pengurusan kewangan yang bijaksana sebagaimana orang kaya lakukan!
Ingat! anda tak akan menjadi kaya, selagi anda tidak mengambil tindakan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh orang kaya!
Sebaliknya anda akan jatuh miskin apabila anda berlagak ‘macam’ orang kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 







