Salam pembaca blog,
Siapa yang tidak kenal dengan saudara Kamal Afendi? Penganalisis Jenayah yang aktif menyampaikan mesej kemasyarakatan dalam menangani masalah jenayah dalam negara.
Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.
Apa yang menarik, beliau merupakan satu-satunya warga Asia (sudah semestinyalah rakyat Malaysia) yang dipilih masuk untuk mengikuti bidang tersebut!
Bayangkan beliau adalah wakil tunggal ASIA!
Lihat, betapa hebatnya orang Melayu dan Rakyat Malaysia!
Tiada yang Mustahil bukan!
Malaysia BOLEH!
Sesuatu yang cukup menarik tentang saudara Kamal Afendi adalah kesungguhan beliau dalam menyampaikan mesej menangani masalah jenayah kepada masyarakat. Beliau mengorbankan masa berharga beliau bersama keluarga semata-mata untuk memenuhi jemputan dan undangan masyarakat 7 hari seminggu.
Katanya, sewaktu muda dan masih bertenaga adalah tempoh masa yang terbaik untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan beliau sendiri mensasarkan sehingga usia beliau mencapai 45 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perkara tersebut.
Apa lagi yang boleh anda belajar daripada beliau?
Dalam kerjaya, beliau mencipta keunikan sendiri dan ‘menjual dirinya’ pada media dan kaca mata masyarakat sebagai seorang penganalisis jenayah!
Sesuatu yang unik bukan?
Tiada sesiapa pun yang pernah memulakannya, bahkan beliaulah orang pertama seumpamanya di Malaysia!
Maka tidak hairanlah 7 hari seminggu beliau memenuhi jemputan masyarakat.
Lihat! Bagaimana beliau melihat masalah jenayah sebagai suatu peluang untuk mencipta dan mengembangkan kerjaya beliau!
Anda juga boleh!
Fikirkan, serta cari dan dapatkan sesuatu yang unik yang belum pernah dilakukan oleh orang lain di sekitar anda!
Mungkin anda bakal menguasai pasaran kelak!
Satu lagi yang cukup menarik tentang falsafah saudara Kamal Afendi, beliau meletakkan pencapaian idola sebagai suatu ‘benchmark’ untuk berjaya dalam sesuatu bidang!
Tetapi itu sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang lain!
Yang Luar biasanya, beliau menetapkan falsafah tersendiri seperti berikut:-
“….untuk berjaya, kita perlu MELANGKAUI kejayaan yang pernah dicipta sebelum ini!”
Nah, lihat!
Bukankah ianya satu falsafah yang cukup HEBAT?
Jadi jika anda ingin berjaya, letakkan matlamat tersebut untuk MELANGKAUI kejayaan Mentor, Ikon, atau Idola anda!
Sudah pasti selepas itu anda juga akan menjadi Mentor, Ikon dan Idola baru yang lebih HEBAT!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Sdr Thinkerich,
Terimakasih atas kata kata di atas. Secara kebetulan saya sedang melayari internet dan terjumpa artikel ini.Malu saya membaca apa yang tertulis!
Cumanya, saya rasa gembira bila ada pihak seperti saudara yang mengemukakan pendapat hasil pemerhatian sendiri. Kerana apa gembira? Bukan untuk bermegah tetapi sekadar menunjukkan bahawa kaum dan bangsa manapun pasti boleh melakukan kalau ada kemahuan dan kegigihan.
Seperkara lagi, kita perlu melakukan perkara yang betul dengan konsisten dan bukan melakukan perkara untuk popular. Dalam masa yang sama, untuk berjaya WAJIB rajin membaca.
Saya dapati coretan yang saudara masukkan di sebelah penuh dengan ilmu dan saya ucap terimakasih kerana kejujuran saudara berkongsi tips tips penting ini di artikel pilihan. Saya juga belajar sesuatu daripadanya.
Untuk yang lain, perkataan mustahil hanya wujud dalam kamus mereka yang memilih untuk gagal.
Terimakasih.
kamal fnd hashim
019-2109999
http://www.kamalfndhashim.blogspot.com/
Salam Saudara Kamal Afendi,
Erks…! Saya sebenarnya terkejut dan terkedu, macam tak percaya pulak yang saudara Kamal boleh bagi komen kat dalam blog saya ni…! Terima kasih!
Apa-apa pun saya amat-amat menghargainya…yang menariknya,banyak perkara yang boleh saya belajar daripada komen ringkas saudara ni..T.Q
hello..
esok en.kamal bakal dtg ke sekolah sy…
tak sabar nak dengar sendiri beliau berceramah…
salam… saya minat sangat dengan dunia kejenayahan or siasatan ini… jadi nak tahu gak la, cam ne nak jadi cam kamal afendi erk…
iza,
Kalau minat nak jadi cam kamal afendi boleh tanya terus di blognya seperti di atas.
saya adlh salah seorang peminat encik kamal affendi..saya suka melihat dan menonton cara dan bagaimana masalah dapat diselesaikan oleh encik kamal effendi..saya sgt kagum skali..jikalau ad kesempatan sy ingin skali berjmpe dgn beliau..sbb sy suke bidang menganalisis jenayah ne…kalau boleh sy ingin berkongsi minat ini bersama beliau..insyaallah….
saya adlh salah seorang peminat encik kamal affendi..saya suka melihat dan menonton cara dan bagaimana masalah dapat diselesaikan oleh encik kamal effendi..saya sgt kagum skali..jikalau ad kesempatan sy ingin skali berjmpe dgn beliau..sbb sy suke bidang menganalisis jenayah ne…kalau boleh sy ingin berkongsi minat ini bersama beliau..insyaallah….
tuan kamal memang best..!!
En. Kamal saya ingin bertanya jikalau pihak Sekolah ingin menjemput En. Kamal untuk memberi ceramah kepada pelajar2 di Sekolah mengenai jenayah bagaimana cara nya untuk pihak pentadbiran menghubungi En. Kamal.
ifa,
Boleh berhubung terus dengan En. Kamal di talian telefon 019-2109999 atau boleh lawat blog beliau di http://www.kamalfndhashim.blogspot.com
Skekum cik Kamal..sebagai org yg pernah b’khidmat dlm PDRM & luas pngetahuan dlm kriminalogi, pd p’dpt cik Kamal adakah kelemahan para Detektif mempengaruhi trend jenayah kini?
Thinkerich,
Awk stuju x klu sya katakan jenayah p’bankan yg berlaku melibatkan ‘org dlm’sbg master mind? krn sya fkir mustahil bg ‘org luar’ m’dptkan particular owner account. Sbg contoh kes creadit card digunakan di tempat yg xpernah owner kunjungi, sdgkan creadit card ada dlm simpanan owner.
Hafizam,
Hmmm..ada kemungkinannya juga..
salam.. en kamal…
Saya kagum dengan encik. kerana encik sungguh bersemangat dan berani orangnya…u are my idol…
salam,En Kamal
bagaimana caranya saya ingin menjemput en untuk menjayakan program saya.Saya ingin menjemput En Kamal sbg penceramah dalam satu slot program saya yang bertajuk “SIAP SEDIA”
sIAPA YANG PERLU Saya hubungi??saya berharap agar En Kamal dapat bersama-sama dalam menjayakan program ini.
(SISWI UUM).
Saya kagum dengan pendekatan yang en gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia khususnya.
peminat en kamal…….mmang hebat……..