Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KENAPA GAGAL UNTUK JADI KAYA?

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Ada seorang teman yang bertanyakan saya…

“Kenapa susah sangat nak jadi kaya?”

Hmmm…jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Sebenarnya untuk menjadi kaya dan menikmatinya bukanlah sesuatu yang sukar.

Sebabnya kekayaan itu adalah sesuatu yang amat subjektif.

Ada yang merasakan diri mereka kaya sekiranya dapat memandu kereta mewah, rumah besar, gaji besar..

Ada juga yang merasakan diri mereka kaya sekiranya mempunyai hartanah bernilai jutaan ringgit.

Bagi yang hidup sederhana, memiliki simpanan sejumlah RM100,000 sudah merasakan diri mereka kaya dan berada.

Hakikatnya bila disebutkan kekayaan, kita sendiri yang tentukan berapakah nilai kekayaan yang kita inginkan.

Namun bagi pandangan saya, seseorang itu boleh dianggap kaya jika sekiranya mempunyai aset bersih bernilai RM1,000,000 (satu juta ringgit) …

Ya, boleh dikira sebagai jutawan!

Ingat aset bersih bukan pendapatan bersih!

Pendapatan jika kita dapat hari ini dan tidak diuruskan dan dibelanjakan dengan betul boleh menyebabkan kita berada dalam masalah kewangan yang besar…

Hmm…macam yang kebanyakan orang sedang lakukan dengan pendapatan mereka pada hari ini..

Mereka kata, “Besar Periuk, Besarlah Keraknya”…

Jadi kenapa masih ramai di antara kita hari ini gagal untuk menjadi kaya?

Jawabnya kerana;

1) Ada keinginan nak jadi kaya tetapi tidak bertindak, angan-angan lebih daripada tindakan…

2) Bertindak tetapi melakukan sesuatu yang salah…sertai pelbagai aktiviti untuk dapatkan wang segera, seperti skim cepat kaya, berjudi, rasuah dan sebagainya..

3) Tiada ilmu pengurusan kewangan yang betul…sebabnya ramai yang boleh dapat wang yang banyak tetapi hakikatnya lebih banyak hutang daripada aset.

4) Tiada pemikiran dan minda yang betul untuk menjadi kaya…bagaimana mungkin seseorang yang berfikiran miskin dan biasa-biasa boleh menjadi kaya..Orang kaya tidak berfikir dan bertindak seperti kebanyakan orang yang hidup biasa-biasa.

Ya, itulah antara intipati kenapa masih ramai di antara kita hari ini masih gagal untuk menjadi kaya. Apa yang penting jika kita ingin jadi kaya, ILMU perlulah diberikan keutamaan.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “KENAPA GAGAL UNTUK JADI KAYA?”

  1. liza says:

    Assalamualaikum. Saya memeng suka baca kisah2 dan motivasi orang berjaya, telah menceburi prniagaan MLM dah 3 tahun tp belum berjaya. Sudah banyak wang dilaburkan untuk mengembangkan bisnes MLM itu. Menghadiri berbagai seminar ntuk mnambahkan ilmu dlm bisnes. Sehingga skrg kehidupan saya sekerluarga berada dalam kesempitan. Dulu pernah cuba ntk try IM tapi tiada kemahiran yg mmbuatkan terhenti separuh jalan. Sekarang hidup saya bagaikan sudah jatuh d timpa tangga, masalah bertimpa2 hadir dalam hidup saya. Minggu lepas saya ada baca buku hasil tulisan Azizi Ali mengenai pgurusan kewangan, rupa2nya hidup saya sekerluaga sudah jauh tersasar dr landasan dan byk perkara yang perlu saya ubah. Saya masih lagi mempunyai impian yang tinggi untuk menjadi usahawan yang KAYA dan BERJAYA.

  2. Thinkerich says:

    Liza,

    Semoga berjaya…untuk berjaya dan menjadi kaya kita perlu belajar secara berterusan..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm