Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KEVIN ZAHRI – SELEBRITI KECERGASAN

Salam Pembaca blog Pemikir Kaya,

Semalam saya menonton rancangan Temujanji di saluran Astro AWANI dan kali ini tetamu jemputan adalah selebriti kecergasan – Saudara Kevin Zahri.

Apa yang menarik dan ingin saya kongsikan kepada anda berkenaan Kevin Zahri ini adalah pendekatan yang beliau gunakan bagi ‘Menjual Diri’ beliau untuk menjadi Selebriti yang dikenali ramai.

Dah sudah tentulah media penyiaran merupakan platform terbaik untuk menonjolkan bakat dan kebolehan anda.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh Ikon Jutawan Internet yang  tidak asing lagi iaitu saudara Irfan Khairi yang mula menonjolkan dirinya melalui sebuah buku ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar“, kemudian menjadi personaliti TV yang berbakat dalam menyampaikan motivasi kewangan dan perniagaan.

Kini saudara Shamsudin Kadir (SK) juga mula mencipta nama sebagai personaliti TV yang aktif menyampaikan motivasi kewangan. Juga bermula dari seorang penulis buku dan sentiasa mencari dan merebut peluang yang ada.

Apa yang saya tertarik dengan Kevin Zahri ni adalah approach yang beliau gunakan untuk menonjolkan diri beliau. Pantas menghidu peluang dan pandai mengatur strategi untuk mencipta nama sebagai seorang selebriti.

Tahukah anda bagaimanakah beliau bermula?

Ceritanya menarik dan begini kisahnya…

Kevin Zahri dan adik beradiknya adalah peminat setia Akademi Fantasia (AF) dan sering menonton bersama konsert mingguan yang diadakan.

Suatu hari beliau mendapat idea, apabila para pengkritik mula membicarakan tentang stamina dan berat badan para peserta AF3.

Apabila mendapati ada peluang untuk beliau menyertai AF musim berikutnya, beliau mula menyediakan kertas kerja dan proposal untuk musim AF4 dan beliau bertuah kerana pihak pengurusan ASTRO dan AF4 bersetuju untuk mendapatkan khidmat Perunding Kecergasan  dari beliau.

Lihat bagaimana Kevin Zahri membina ‘BRANDING” beliau yang tersendiri!

AF merupakan fenomena hiburan kegilaan ramai dan menjadi tumpuan dan sebutan masyarakat ketika itu. Beliau membina nama beliau dengan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang juga menjadi tumpuan masyarakat.

Hasilnya kini daripada seseorang yang tidak dikenali, beliau kini menjadi seorang selebriti kecergasan yang diminati ramai.

Lihat berapa ramai perunding kecergasan di Malaysia? Tetapi kenapa Kevin Zahri yang menjadi terkenal? Kini menjadi penulis buku dan juga Usahawan Kecergasan yang berjaya!

Bezanya cuma satu! Kevin BERTINDAK! yang lain tidak! Itu sahaja!

Kini jika anda ingin berjaya dalam bidang anda, mula Bertindak dan ‘jual diri anda’kepada masyarakat!

Kini apabila sebut sahaja Perunding Kecergasan, pasti orang akan terfikir KEVIN ZAHRI – “branding” kecergasan yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau dalam rancanagan TEMUJANJI  tersebut, katanya beliau berusaha untuk mendapat tempat sebagai salah seorang tenaga pengajar AF dengan menyediakan proposal bagi memasukan elemen baru dalam AF. Katanya lagi pihak ASTRO tidak datang mengetuk pintu menawarkan peluang tersebut sebaliknya beliau mencipta peluang untuk dirinya sendiri.

Jadi jelaslah di sini untuk kita berjaya dalam apa bidang sekalipun Kita tidak boleh duduk diam menunggu peluang sebaliknya kita kena mencipta peluang!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “KEVIN ZAHRI – SELEBRITI KECERGASAN”

  1. MIJI says:

    Salam,yep berikan tepukan kepada mereka semua kerana kejayaan mereka.tapi ada juga pihak yg cuba melakukan sabotaj terhadap mereka,tak caya?klik link ke blog saya-

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm