Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!
Apa khabar? Kepada adik-adik, selamat kembali ke sekolah!

Hari ini saya menghantar ‘Hero’ kedua saya untuk belajar di sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di Pulau Labuan!
Pelbagai ragam dapat saya perhatikan, dari anak-anak yang meragam sampailah ibu bapa yang naik angin, merungut dan tidak puas hati dengan beberapa perkara dan masalah yang kecil..
Erks..bapak-bapak janganlah bersikap sedemikian, nanti anak-anak tengok, tak bagus!
Bukan apa takut-takut jadi ikutan anak-anak pula..bawa bertenang dan bersabarlah ya
!
Biasalah tu, hari pertama pendaftaran persekolahan, mungkin ada sedikit salah faham, kelam kabut juga dibuatnya ibu bapa, anak-anak dan pihak pengurusan sekolah.
Baiklah apa yang agak menarik ingin saya kongsikan pada hari ini, ialah suatu kisah yang agak jarang kita semua dengar!
Yalah, biasanya apabila melibatkan sesi persekolahan bermula, sudah pasti ibu bapa mula menggaru-garu kepala mereka yang tidak seberapa gatal itu! apabila memikirkan belanja yang perlu dikeluarkan..
Bagi ibu bapa yang telah membuat perancangan kewangan sedari anak mereka kecil lagi sudah tentu tak akan ada masalah kan?
Pasal tulah, saya sarankan kepada suami isteri yang baru mendapat cahaya mata tu, agar mula menyimpan untuk persekolahan anak-anak mereka mulai dari umurnya satu hari lagi!
Kalau nak lebih baik, mulai buat simpanan ketika masih dalam kandungan lagi! Lagi CANGGIH!
Iyalah, macam yang saya amal dan praktikan hasil daripada mencontohi tabiat pengurusan kewangan dari Mr. Goh, Mr. Chai, Mr. Chin, Mr. Kim, Mr. Sam Leong…
Ni, nak cerita pada anda semua! pasal satu kisah yang amat megujakan saya, dan membuatkan saya terus berfikir nak kongsikan dalam blog pemikirkaya dot com!
Kisah seorang pelajar perempuan berbangsa Cina, yang membayar yuran pendaftaran sekolah sama-sama dengan saya pagi tadi…
Saya sebenarnya tak menyangka yang budak perempuan tu datang membayar yuran persekolahannya menggunakan wangnya sendiri!
Maklumlah, biasalah kan! Budak-budak biasanya ibu bapa yang bagi kat dia orang!
Tapi budak ni lain sikit!
Secara tak sengaja saya terpandang ke arah beg sekolahnya, dan dikeluarkannya beberapa bungkus beg plastik yang mengandungi wang kalau dikira boleh tahan banyaknye!
Secara spontan, kerani pendaftaran sekolah tersebut bertanya;
“Keluarga tak datang ke?”
“Tak, mereka ‘Outstation’!” jawabnya ringkas.
“U ada buat bisnes sendiri kan?” tanya kerani itu lagi.
“Ya, ada duah buah bisnes saya jalankan! satu di….”
Saya tak dapat dengar perbualan lanjut di antara mereka berdua kerana fikiran saya mula tertanya-tanya?
Bagaimana seorang budak perempuan sekolah menengah yang baru berusia 16 tahun telah dididik oleh keluarga mereka untuk berdikari dan menjalankan usahaniaga sendiri?
Sungguh hebat, dan mengujakan sekali!
Lihatlah, bagaimana pendekatan yang bijaksana telah diberikan oleh keluarganya untuk mengajar dirinya berdikari dan mula berkecimpung dalam bisnes!
Inilah yang perlu kita ikuti dan contohi!
Semangat usahawan dan usahaniaga yang dipupuk sejak kanak-kanak lagi!

Jadi, jika sekiranya anda ada pasang niat dan minat nak berniaga, usah tunggu lagi!
Budak sekolah pun dah mula berniaga! Anda bila lagi?
Mulakanlah dulu secara kecil-kecilan kemudian berimpianlah untuk mengembangkannya!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Kagumnya.. Insyallah saya sedang menjalankan bisnes kecil-kecilan..