Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

LAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN!

Salam pembaca pemikir kaya dan selamat berpuasa kepada pembaca berugama Islam.

Semoga apa sahaja usaha yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini diberkati dan dilipat gandakan  ganjarannya di dunia dan di akhirat.

Seringkali kita akan akan mengelak daripada melakukan apa yang kita fikirkan tidak boleh dalam minda kita.

Kita sudah terbiasa membina dan mereka cipta gambaran kegagalan dalam hidup kita sedangkan kita masih lagi belum mencubanya.

Inilah salah satu penyakit terbesar yang dihadapi oleh kita semua.

Mengalah sebelum mencuba!

Mencipta halangan untuk tidak berjaya!

Ramai yang percaya mereka tidak boleh hidup senang dan menjadi kaya, apatah lagi menjadi Jutawan!

Ramai yang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya dalam bisnes dan perniagaan, lalu mereka tidak melakukan usaha perniagaan tersebut!

Hakikatnya, apabila kita berfikir bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu, secara automatik minda bawah sedar kita akan merangsang otot dan saraf di dalam badan kita untuk tidak melakukannya.

Jika perkara sebegini berlaku, bagaimana untuk anda mengatasinya?

Bina Prinsip Kepercayaan yang baru!

Apabila anda berfikir anda tidak boleh melakukannya, lakukan sahaja!

Usah pedulikan hasilnya nanti, hadapi dan berusaha bersungguh-sungguh!

Sekiranya, anda GAGAL, Cuba Lagi!

Lakukan dengan lebih baik pada usaha berikutnya!

Dan proses ini berterusan, sehinggalah anda berjaya dan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Begitulah prinsip yang dipegang oleh mereka yang berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Jangan sesekali Berputus Asa! Jika Gagal, Lakukan Sekali Lagi dengan Lebih Baik!

Salam kekayaan,

THINKERICH

“Do the one thing you think you cannot do. Fail at it. Try again.

 Do better the second time.”

- THINKERICH


Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

33 Responses to “LAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN!”

  1. Balkhis says:

    salam en. thinkerich..saya telah menyertai sebuah perniagaan yg berasaskan MLM dan saya telah menyertainya selama hampir setahun..malangnya sehingga kini saya masih belum mendapatkan sebarang hasil hanya kerana saya terlalu memikirkan halangan dari ibu bapa saya yang sememangnya tidak menggalakkan saya menyertai perniagaan ini kerana mereka tidak yakin pada kebolehan saya dan tidak pernah memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan kebolehan saya sehingga mereka mengatakan saya takkan berjaya dlm perniagaan ini dan mereka juga melabelkan saya sebagai anak derhaka sekiranya saya tetap meneruskan perniagaan ini..tetapi mesti meneruskannya juga kerana 5 faktor:

    1. minat yang mendalam.
    2. ingin mengubah kehidupan keluarga kepada yang lebih
    baik.
    3. ingin mendapatkan balik modal yang telah banyak
    dilaburkan.
    4. memiliki sebuah grand piano.
    5. bercita-cita ingin membuka sebuah kedai muzik.

    saya berada dalam keadaan tertekan dan serba salah skrg..pada pandangan anda apa kah yang mesti saya lakukan untuk mengatasi masalah ini/

  2. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Dalam apa jua yang kita lakukan restu ibubapa amatlah diperlukan…

    Mungkin ada perkara yang menyebabkan kedua ibubapa balkhis tidak menggalakan penyertaan saudari dalam MLM tersebut..

    Apakah MLM yang disertai itu benar-benar menjalankan MLM atau sebaliknya…

    Jika MLM yang disertai merupakan MLM yang sah dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, maka saya sarankan perkara berikut;

    Bincang dengan ibubapa dan mohon restu mereka,
    nyatakan impian saudari, tujuan dan sebab kenapa saudari berbuat demikian, sebagai contoh, nyatakan 5 faktor tersebut..

    Seterusya teruskan langkah dan usaha serta bertawakal pada Allah s.w.t..

    Mereka yang berjaya sekarang ini kebanyakannya turut menempuhi perkara seperti saudari alami…

    Halangan daripada keluarga terutama ibu bapa adalah perkara biasa…Dr. Azman Ching, Jutawan MLM yang terkenal tu pun suatu ketika menerima halangan daripada ibubapanya…namun beliau berjaya buktikan kejayaannya..

    Dato’Dr. Fadzilah Kamsah pun pada mulanya menerima tentangan hebat daripada ibu bapanya sewaktu mula-mula memutuskan untuk memulakan bisnes dalam perniagaan latihan dan motivasi…

    Balkhis jadikan ini sebagai suatu cabaran dan buktikan kepada kedua ibu bapa Balkhis yang anda boleh berjaya..

  3. Balkhis says:

    untuk pengetahuan en. thinkerich perniagaan yang saye sertai itu memang perniagaan MLM dan juga sah dan dibenarkan oleh pihak berkuasa..dan untuk pengetahuan en. thinkerich juga saya telah pun melakukan apa yang telah sarankan malahan saya juga telah beberapa kali mengajak mereka untuk datang ke pejabat tempat saya menjalankan perniagaan..bukan saya sahaja malahan upline saya juga telah juga beberapa kali mengajak mereka datang ke tempat perniagaan saya untuk memberikan penerangan kepada mereka tentang bagai mana perniagaan ini dijalankan supaya mereka lebih memahami tentang perniagaan ini..tetapi malangnya sikap keegoan ibu bapa dan keluarga saya telah mencapai tahap ketinggian yang paling tinggi dan sukar untuk dipecahkan sehingga ibu saya mengatakan sekiranya saya ugut untuk membunuhnya 18 kerat sekali pun mereka tetap dengan pendirian mereka dan mereka tak mahu memahami bagaimana cara kami menjalankan perniagaan ini..saya amat kasihan dengan upline saya yang selalu menjadi mangsa fitnah mereka sehingga bapa pernah memfitnah upline saya dengan menyatakan upline saya sudah banyak menipu ramai perempuan..sedangkan upline saya bukanlah seperti yang disangkan..dia upline yang sangat baik dan dia ingin membantu saya berjaya dalam perniagaan ini malahan die pernah menghantar saya balik ke rumah kerana waktu itu saya tidak sihat…saya merasa agak hairan dan pelik apabila terdapat ramai rakan niaga saya yang pernah mengalami masalah seperti saya, pada mulanya tidak mendapat restu dan tentangan hebat dari ibu bapa..jadi apa yang mereka lakukan ialah menyakinkan ibu bapa untuk datang ke tempat perniagaan saya untuk mendengar penerangan tentang perniagaan ini dan alhamdulillah kedua ibu bapa mereka sangat memahami..dan ada juga rakan niaga saya yang telah mendapat restu ibu bapa setelah mencapai kejayaan..maksud saya mereka dah berjaya barulah ibu bapa memberikan restu..jadi mengapa ibu bapa mereka sangat memahami sedang ibu bapa saya tidak? kenapa mereka boleh sedang saya tidak? jadi itu yang saya serba salah..mana yang harus saya pilih? samada saya perlu teruskan perniagaan ini atau tidak? kalau saya ttp nak teruskan juga saya akan dilabel sebagai anak derhaka dan mereka takkan mengaku saya sebagai anak mereka dan seterusnya saya akan dihalau keluar dari rumah biar semua orang tahu yang saya ini kononnnya anak derhaka..tetapi kalau saya berhenti macam macam mana nak dapatkan balik modal yang dilaburkan? macam mana saya nak balik loan yang telah dibuat? macam mana saya nak ubah hidup keluarga? dan macam mana saya nak capai impian saya? jadi saya harap sangat lah en. thinkerich dapat memberikan jawapan yang bernas dan bantuan kepada saya untuk saya menyelesaikan persoalan ini…dan adakah kejayaan seseorang itu diukur melalui kretibiliti yang bagus semata-mata?

  4. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Hmm…apa yang boleh saya sarankan di sini adalah seperti berikut:

    1) Taati dan patuhi kedua ibubapa

    2) Cuba dapatkan mentor dan upline (lebih atas) dari kalangan wanita..(mungkin hubungan saudari dengan upline sediada menjadi punca halangan kedua ibubapa)

    3) Kemudian solat sunat isthikarah minta petunjuk daripada Allah swt agar saudari diberi petunjuk untuk membuat pilihan..

    InsyaAllah…

    p/s: Saya secara jujurnya kurang bersetuju jika ada mana-mana ahli atau peserta MLM menyertai perniagaan ini dengan modal yang besar sehinggakan berhutang dengan membuat pinjaman…

    ianya suatu tindakan yang kurang bijak kerana meletakkan diri dalam keberhutangan…

    yang pasti upline sudah tersenyum riang kerana dowline telah berhutang untuk mereka! Mereka mendapat komisyen, downline pula kena bayar faedah pinjaman bertahun lamanya sekiranya tak berjaya membuat jualan..

    Itulah yang dinamakan mengambil risiko tanpa pengkiraan..

    Dalam apa jua tindakan untuk berjaya, kita perlu mengambil risiko terkira!

    Apa itu risiko terkira? Saya akan jelaskan dalam satu artikel khusus nanti…

    p/p/s : Perniagaan MLM adalah unik dan pada dasarnya boleh dimulakan dengan modal yang kecil sahaja..

    Tak perlu berhutang pun sebenarnya…kaedah dan teknik meminta downline membuat pinjaman dan berhutang merupakan satu manipulasi ke atas downline oleh upline..

  5. Balkhis says:

    terima kasih en. thinkerich kerana memberikan jawapan yang bernas untuk saya berjaya dalam perniagaan ini.

  6. Balkhis says:

    tp untuk untuk pengetahuan en. thinkerich ada beberapa orang rakan niaga saya yang mengeluarkan modal dengan membuat pinjaman dan akhirnya mereka juga berjaya dlm perniagaan ini kerana mereka telah berani mengambil risiko yang terkira..kalau mereka boleh sudah tentu saya boleh..

  7. Balkhis says:

    saya ada satu lagi kemusykilan yang ingin saya tanyakan pada en. thinkerich..sekirannya saya hilang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara apa yang mesti saya lakukan? harap en. thinkerich boleh berikan saya tips-tips yang bagus untuk saya yakin pada diri saya sendiri?

  8. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Tidak yakin pada diri sendiri ialah bilamana kita tidak percaya akan keupayaan diri sendiri…

    Antara punca utama kehilangan keyakinan adalah kerana hilangnya kepercayaan kepada diri sendiri…

    Kita tidak yakin kerana kita tidak pernah mengalami atau mengetahui keputusannya tetapi sebaliknya jika kita pernah melaluinya dan pernah mendapatkan hasilnya maka kita lebih yakin..

    Cuba bayangkan, jika kita tak pernah memandu kereta.

    Adakah kita yakin boleh memandunya dengan baik?

    Tetapi jika kita telah biasa memandu dan apabila diminta untuk memandu model kereta yang biasa kita pandu, sudah tentu kita lebih yakin!

    Sama juga ketika berucap di hadapan khalayak ramai, ramai yang tak yakin untuk melakukannya…

    Namun jika mereka memupuk kebiasaan, maka keyakinan akan muncul dengan sendirinya..

    Maka untuk membina keyakinan, pupuklah kebiasaan..

  9. Balkhis says:

    maknanya saya mesti menganggap apa yang saya lakukan itu seolah-olah saya sudah biasa melakukannya..begitu?

  10. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Ya, Saudari boleh melakukan sedemikian!(jika ianya suatu pengalaman baru atau belum pernah dilakukan sebelum ini)…ianya dipanggil teknik gambaran mengunakan imaginasi dan kuasa minda bawah sedar!

    Kemudian selepas itu tanpa mengira kegagalan yang berlaku, lakukan berulangkali dan perbaiki sedikit demi sedikit kekurangan dan kegagalan setiap masa sehingga ianya menjadi kebiasaan..

    Harap dapat membantu :)

  11. Balkhis says:

    satu lagi saya nak tanya..sekiranya seseorang itu ingin berjaya tetapi pendiriannya tidak tetap..bila ada sahaja halangan pasti pendirian seseorang itu akan rapuh..harap en. thinkerich dapat memberikan beberapa petua atau tips-tips bagaimana untuk seseorang itu tetapkan pendirian?

  12. Thinkerich says:

    Bakhis,

    Mungkin boleh pertimbangkan tip berikut;

    Pendirian datangnya daripada Keyakinan, manakala keyakinan datang melalui

    1) Ilmu – oleh itu banyakkan membaca dan bertanya.

    2) Persediaan – Latih, latih dan latih

    3) Kegagalan – Lagi banyak kita mencuba, lagi banyak kita gagal lag…i banyak kita belajar.
    Lagi cepat kita mencuba, lagi cepat kita gagal, lagi cepat kita beroleh keyakinan.

    Harap dapat membantu..

  13. miznie says:

    Salam..

    Perniagaan MLM.
    Bagi saya perniagaan ini amat bagus sekali kepada kita semua kerana kita dapat memperkenalkan produk baru kepada masyarakat sambil mendapat keuntungan komisyen setip jualan. Sesiapa saja boleh menyertai MLM , tetapi disebabkan kerana sekarang terlalu banyak produk yang menggunakan marketing plan MLM ini dan kerugian, jadi ramai yang menganggap ianya semacam penipuan padahal ia adalah disebabkan tidak mengetahui saluran yang betul memperkenalkan produk, sasaran pelanggan dan cara memikatnya

    sekian

    wassalam

  14. Balkhis says:

    terima kasih en. thinkerich kerana sudi memberikan tips2 yang berguna kepada saya.

  15. Balkhis says:

    en.thinkerich..saya ingin berkongsi masalah saya dengan en.tninkerich..harapnya agar en. thinkerich dapat meluangkan masa bersama saya untuk saya menceritakan masalah saya..sebenarnya en. thinkerich saya telah dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia biasa..ada keistimewaan dan ada kelemahan..tetapi apa yang saya nk kongsikan dengan en. thinkerich ialah sedari saya masih kecil lagi saya sering kali mendengar kata2 negatif dari mulut keluarga saya sendiri lebih2 lagi dari mulut ibu bapa saya..contohnya saya sering mendengar perkataan ini seperti bodoh, bangang, lembap, tengin, bahalol, tak guna, bengap, suka berkhayal dan bermacam-macam lagi perkataan negatif yang saya dengar dari mulut mereka walaupun samada mereka dalam keadaan marah atau tidak hanya kerana saya melakukan sedikit kesilapan…dan lebih malang lagi sampai sekarang saya masih lagi mendengar perkataan2 seperti itu..secara tak langsung perkataan2 seperti itu telah meresap ke dalam diri..yang membuatkan saya cukup kecewa ialah mereka sedar yang setiap kata2 mereka itu adalah satu doa tetapi mereka masih meneruskan mengeluarkan perkataan itu..selama 27 tahun hati saya menanggung derita disebabkan kata2 mereka itu pada saya…pedihnya saya tidak dirasai oleh mereka yang hanya tahu marah dan pentingkan diri sendiri…maka atas sebab itu lah saya menceburikan diri dalam bidang perniagaan kerana saya ingin membuktikan yang saya juga boleh berjaya dan saya juga ingin membuktikan yang saya bukanlah seperti apa yang mereka ucapkan..jadi saya nak tanya pada en. thinkerich benarkah setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa adalah satu doa?

  16. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Hmm..kata-kata ibu bapa bolehlah diibaratkan seperti ‘doa’..sebab itulah dapat kita lihat kebanyakan ibu bapa akan menyebut perkataan ‘bertuah’, ‘pandai’,'bijak’ dan kata-kata yang baik dan positif setiap kali anak kecil mereka melakukan sesuatu yang tidak baik…

    Dalam situasi saudari ini, ada baiknya jika saudari dapat keluar dan hidup berdikari…dan mohon restu daripada kedua ibubapa untuk berhijrah mencari pekerjaan yang bersesuaian….buat sementara waktu..mungkin bila berjauhan hubungan kekeluargaan mungkin akan kembali mesra..

  17. andy181 says:

    Balkhis,…saya kagum dgn anda….syabas dan anda hebat sebenarnya..Jangan berhenti,landasan perniagaan yg anda pilih dah betul,memaafkan mereka yg menyakiti hati anda.Ingat fokus anda dimana,keyakinan anda dimana..matlamat anda dimana.sakit hati,main hati ..biznes u akan MATI.Banyak membaca,cari kawan dlm bisnes anda,sideline,upline,…nie juga mentor saya Mr .Thinkrich,boleh pakai juga,mula2 buat biz mlm sy nie lg…mmg ada juga betul nasihatnya.Belajar sesuatu dr semua org,yg baik jd tauladan,yg kurang baik jangan ikut.Seni MLM nie halus…itu pasal ramai yg gagal…Yang SUSAH dlm MLM nie “ORANG TAK NAK” tuu jer …..yg lain BERESSS..janji syarikat yg betul,mentor yg betul,produk yg betul…dengan izin-Nya u pasti akan dapat..Kisah anda hampir sama dengan saya dan isteri,Otai2 MLM dan apa2 biznes pun..Jatuh…Lawan…Bangun…ganjarannya boleh laaa..Email me..skit2 boleh kongsi,budak junior lg..jauh lg perjalanan dan byk lg yg sy kena belajar.

  18. Balkhis says:

    terima kasih andy81 dan en. thinkerich kerana telah memberikan kata2 semangat pada saya..tetapi untuk pengetahuan en.thinkerich saya tak mampu untuk melakukan apa yang telah disarankan kerana saya tidak mendapat keizinan dari orang tua saya..

  19. Balkhis says:

    berdasarkan situasi saya skrg nie..ape yang sepatutnya saya lakukan pada pandangan en. thinkerich? adakah saya patut meneruskan perniagaan ini walaupun tanpa restu org tua? ini adalah kerana seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini ada beberapa orang rakan niaga saya yang juga pernah mendapat halangan hebat dari ibu bapa mereka tetapi mereka tidak menghiraukan halangan itu malahan mereka masih meneruskan perniagaan ini sehinggalah mereka berjaya mendapat restu ibu bapa setelah mereka berjaya mendapatkan hasilnya..jadi kalau mereka boleh melakukannya kenapa saya tidak boleh?

  20. Balkhis says:

    saya benar2 perlukan yang jawapan dari en. thinkerich dengan kada segera..

  21. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Sebagaimana yang saya cadangkan, saudari mintalah petunjuk daripada Allah s.w.t

    Minta petunjuk dari-NYA dengan menunaikan solat Ishtikarah

    IsyaAllah, saudari akan dapat buat keputusan dengan betul.

  22. Balkhis says:

    terima kasih en. thinkerich..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

  23. Blink5o5 says:

    Balkhis boleh saya tahun perniagaan aper yg awak masuk..dan satu lagi kenapa org melayu selalu meniaga MLM..kenapa tak join usahawan tani..usahawan koperasi..itu jer…

  24. Balkhis says:

    saya wat biz aromatherapi..dan saye melakukannya kerana minat..

  25. Balkhis says:

    salam en. thinkerich..salam aidilfitri..saya ada satu lagi soalan yang ingin saya tanya pada en. thinkerich..saya slalu dengar orang berkata kalau kita melakukan sesuatu bidang kita mestilah bertindak dulu kemudian barulah ada minat dan semangat..benarkah penyataan seperti ini? sebab nya ada sesetengah orang dia bertindak dulu barulah minat dan semangat datang dengan sendirinya..tapi ada sesetengah orang nak kena tunggu ada minat dan semangat barulah dia akan bertindak..so pada pandangan en. thinkerich apa yang sepatutnya kita lakukan untuk membina minat untuk melakukan sesuatu bidang yang kita kurang minat?

  26. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Hmm.. jika nak tunggu ada minat dan semangat …alamatnya tak selesai lah sesuatu perkara tu..

    Saranan saya “just do it”

    Minat boleh dicipta dan dipupuk jika kita mahu..

    Macam dulu-dulu, orang bercinta selepas kahwin..

    Semuanya terletak pada diri kita sendiri..

    P/S : Orang dulu-dulu bernikah dulu baru bercinta tetapi kebanyakannya kekal hingga ke akhir hayat…

    Tapi orang sekarang bercinta dahulu baru bernikah..tapi banyak yang terputus di tengah jalan…

  27. Muhd Suhaily says:

    Salam, PKC

    Selagi belum mencuba selagi itu kita tidak akan tahu kemampuan diri, mengalah sebelum buat dan berfikir – sebelum + pasti akan menghadapi kegagalan.

    P/S: Laman yg berinformatif.

    Salam perkenalan…

  28. Thinkerich says:

    Mohd Suhaily,

    Terima kasih di atas pandangan yang diberi,

    Salam perkenalan kembali,

  29. Balkhis says:

    en.thinkerich maaf kalau saya sering bertanya pelbagai soalan..bukan apa saya hanya ingin menambahkan pengetahuan dan memajukan diri saya..saya ada satu lagi soalan yang ingin saya tanyakan pada en. thinkerich..saya telah melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian orang tetapi gagal..jadi apakah cara yang terbaik untuk saya menarik perhatian orang?

  30. Balkhis says:

    satu lagi soalan yang ingin saya tanyakan..bagaimanakah caranya untuk kita mengubah minda kita atau mindset kita daripada mindset ‘makan gaji’ dan ‘zon selesa’ kepada mindset ‘perniagaan’ dan ‘zon yang mencabar’?

  31. Balkhis says:

    harap en. thinkerich dapat memberikan jawapan yang cukup bernas untuk saya menjadikan diri saya lebih baik..

  32. Balkhis says:

    kenape masih tiada jawapan??

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm