Salam pembaca Blog PemikirKaya dot com!
Bertemu lagi kita pada kali ini dan apa yang menariknya artikel blog pemikirkaya dot com masih berkisar tentang SKIM CEPAT KAYA!
Saya masih ingat kata-kata daripada seorang pegawai awam yang pernah menyuarakan pendapatnya tentang taraf hidup kakitangan awam, lebih kurang 10 tahun yang lalu, katanya;
“Kalau setakat kerja dengan kerajaan ni, jangan mimpilah nak jadi kaya! Kalau nak jadi kaya buatlah bisnes..”
Memang ada kebenarannya kata-kata beliau itu!
Dan sebab itulah juga, ramai kaktangan awam hari ini terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA!
Nak jadi kaya susah, maka berusahalah mereka dengan mencuba untuk jadi kaya dengan cepat melalui program dan skim yang menjanjikan pulangan tinggi yang melampau-lampau untungnya!
Kerja senang dan mudah!
Serah duit dan tunggu pulangan berganda anda!
Menyedari perkara ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 13 Januari 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2009 telah mengeluarkan satu pekeliling khusus melarang pegawai awam terlibat dengan aktiviti SKIM CEPAT KAYA yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan awam!
Mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam skim ini diarahkan untuk menghentikan penglibatan mereka serta merta! Mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib!
Anda boleh baca laporan Utusan Online di sini!
Satu tindakan yang baik oleh JPA!
Pada pandangan saya, arahan dan pekeliling sebegini sepatutnya telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan terutamanya oleh JPA yang bertanggungjawab di atas perkhidmatan kakitangan awam sejak dahulu lagi!
Ya, sejak dari wujudnya Skim Pak Man Telo! Kemudian Skim Pelaburan Internet!
Apa tidaknya, rata-rata mereka yang menyertai skim sebegini adalah terdiri daripada kakitangan awam!
Kesudahannya, mereka yang terlibat dan kemudian menjadi mangsa skim cepat kaya ini sudah pasti terjebak dengan lebih banyak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang akhirnya turut menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam!
Kepada penjawat awam yang bercita-cita mencapai kekayaan, rancanglah kewangan dengan baik dan teratur terlebih dahulu!
Mereka bukan tidak boleh mencapai kekayaan kerana semua orang berhak untuk menjadi kaya!
Ini kerana kekayaan itu diukur pada matlamat kewangan masing-masing!
Bagi seorang penjawat awam yang berpendapatan rendah memilki simpanan tunai RM100,000 ketika persaraannya sudah dikira kaya….!
Sebaliknya bagi seorang pegawai kanan kerajaan pula, bersara dengan mempunyai aset berjumlah hampir RM 1/2 juta sudah boleh melabelkan diri mereka kaya!
Bahkan, ada dikalangan mereka ini, hasil usaha daripada pengurusan dan perancangan kewangan yang berkesan, mampu mengumpul aset melebihi RM1,000,000.00!
Ianya tidak mustahil, dan sememangnya ada yang berjaya melakukannya!
Jika anda seorang kakitangan awam dan dalam masa yang sama turut mepunyai impian untuk menjadi kaya, anda sebenarnya tidak perlukan RM SEJUTA untuk menjadi KAYA!
Memadailah dengan hanya menetapkan matlamat kekayaan anda berasaskan kemampuan kewangan anda sendiri!
Yang penting anda bebas daripada segala bentuk pinjaman dan hutang piutang!
Selagi anda masih mempunyai hutang, maka selagi itulah anda tidak boleh menikmati kekayaan yang sebenar!
Salam Kekayaan!
THINKERICH

Posted in 








Saya bersetuju dengan pemikirkaya, kalau kita berjaya merancangkan kewangan kita dgn baik seperti sebelum bersara semua hutang piutang sudah selesai (terutamanya hutang yg besar spt rumah dan kereta), duit pencen dah boleh hidup just utk bayar bil-bil utiliti. Membuat persediaan sebelum bersara daripada sekarang dan jgn tunggu dah nak bersara baru nak merancang.
Bertindak sekarang sebelum terlambat….. perkataan tangguh hilangkan dari kepala anda!!!
Hm.. saya juga bercita2 untuk ada simpanan RM 1/2 juta sebelum persaraan.. Malahan kalau mampu ingin pencen awal..