Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

MEMBERI SEBELUM MENERIMA, RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, pasti lebih ramai yang lebih suka menerima daripada memberi.

Walhal tangan yang di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)…

Saya kira ramai yang takut untuk memberi  kerana mereka tidak percaya kepada diri mereka sendiri.  Masih ramai yang beranggapan apabila mereka mula memberi apa yang ada pada mereka, maka sumber tersebut semakin berkurangan.

Sebenarnya tanggapan dan kepercayaaan tersebut adalah tidak tepat sama sekali!

Memberi tidak semestinya dalam bentuk kebendaan, ianya boleh datang dalam bentuk pertolongan, berkongsi idea, menulis, mengajar dan banyak lagi.

Dalam aspek kewangan peribadi pula, saya kira memberi dengan ikhlas seperti menunaikan kewajipan berzakat dan bersedekah bagi seorang muslim adalah sesuatu yang cukup tinggi nilainya.

Apa tidaknya, selain mendapat manfaat dan ketenangan rezeki di dunia, ianya juga merupakan pelaburan terbaik yang menjanjikan bekalan di akhirat kelak. Inilah pelaburan sepanjang hayat di dunia dan di akhirat.

Kepada saudara muslim, saya amat menekankan aspek mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk menunaikan kewajipan zakat pendapatan.

Ini penting kerana amalan berzakat selain menyucikan kewangan kita, ianya juga membantu membawa keberkatan ke atas rezeki yang kita bawa pulang untuk menyara kehidupan diri, dan keluarga.

Apabila rezeki kita berkat, maka sudah tentulah kita tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan.

Ini kerana janji Allah S.W.T itu adalah benar!

Barangsiapa membelanjakan harta benda ke jalanNya, InsyaAllah mereka akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya telah menemui ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Bukan kerana pendapatan mereka kurang, bukan juga kerana mereka tidak membuat untung yang besar, tetapi kerana tiada keberkatan maka, setiap bulan mereka berhadapan dengan masalah kewangan.

Suka saya berkongsi kisah untuk motivasi dan renungan pembaca semua.

Seorang pekerja makan gaji yang gajinya tidaklah sedikit tetapi tidaklah terlalu banyak, tetapi dengan keperluan hidupnya dan keluarga apa yang diperolehinya jauh lebih mencukupi dan boleh hidup dengan selesa.

Suatu ketika dulu, beliau cukup takut untuk bersedekah apatah lagi mengeluarkan zakat pendapatan. Baginya kewajipan berzakat telah ditunaikannya setahun sekali melalui zakat fitrah pada bulan Ramadhan.

Beliau takut dan percaya sekiranya membayar zakat, wangnya menjadi berkurangan.

Saya percaya, bukan dia seorang yang beranggapan sedemikian, malahan bagi kebanyakan orang, itulah punca utama mereka tidak mengeluarkan zakat pendapatan.

Namun tanpa disedarinya, wangnya selalu tidak bercukupan, walhal jika dihitung di atas kertas dan setiapkali beliau merancang kewangan sepatutnya tidak ada masalah.

Namun benarlah kata pepatah “Kita Hanya Merancang, Hanya Allah Yang Menentukannya”, ada sahaja perbelanjaan luar jangka yang berlaku sepanjang bulan, anak sakit, kereta rosak, tayar pancit dan macam-macam lagi yang membuatkan bajet kewangannya lari setiap bulan.

Suatu hari hatinya terbuka untuk mula memperuntukan sebahagian pendapatannya untuk zakat pendapatan, dan Alhamdullilah mulai di saat itu, beliau mulai merasa nikmat membayar zakat.

Hatinya tenang sepanjang bulan, wang sentiasa cukup, aliran tunainya juga tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

Dari tahun ke tahun, beliau terus memastikan peningkatan jumlah zakat bulanannya. Semakin besar jumlah yang dikeluarkan, maka semakin besar pula rezeki yang diterimanya.

Baru-baru ini, beliau memaklumkan kepada saya yang beliau baru sahaja dihubungi oleh sebuah syarikat telekomunikasi yang memberikannya ganjaran hadiah RM10,000 sebagai pemenang satu peraduan yang disertainya secara tidak sengaja!

Lihat betapa benarnya janji Allah S.W.T, rakan saya itu dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka.

Justeru itu, sukalah saya menyarankan kepada pembaca (muslim)  yang masih mencari-cari rahsia kekayaan sebenar dalam pengurusan kewangan dengan mula merancang kewangan dengan membayar zakat pendapatan sebagai bayaran bulanan yang wajib dibayar secara bulanan mahu pun tahunan.

InsyaAllah, ianya dapat membantu kewangan anda nanti!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “MEMBERI SEBELUM MENERIMA, RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR!”

  1. maizul.com says:

    Artikel yang bagus… salah satu tuntutan agama yang wajib kita laksanakan.

  2. Thinkerich says:

    Maizul,

    Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh semua.

  3. mhnizam says:

    artikel yang bagus dan harus dilaksanakan oleh semua yang beragama islam..jom ramai2 g bayar zakat

  4. Thinkerich says:

    mhnizam,

    Terima kasih..Hmmm…sebenarnya bukan sekadar harus malahan WAJIB dilaksanakan oleh semua Muslim yang berkemampuan…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm