Salam pembaca blog pemikirkaya.
Sebenarya masih ramai yang tidak dapat membezakan di antara kekayaan sebenar dengan kemewahan.
Maka tak hairanlah hari ini, ramai yang berlumba-lumba mengejar harta kemewahan dan bukannya mengumpul harta kekayaan.
Mewah dengan Kaya adalah sesuatu yang berbeza sama sekali.
Ramai yang lebih berminat untuk hidup mewah daripada belajar dan berusaha untuk mencapai kekayaan.
Sebab itulah lebih ramai yang suka membeli kenderaan daripada membeli rumah sehinggakan ada yang sanggup memperuntukan bayaran ansuran bulanan melebihi 60% daripada pendapatan mereka hanya untuk sebuah kenderaan yang mewah.
Bahkan ada yang sanggup tinggal dirumah yang kecil seperti flat kos rendah tetapi sanggup membeli kereta yang mewah!
Kemewahan ini boleh dibeli tetapi kekayaan tidak sama sekali!
Ya, untuk kelihatan mewah kita boleh membeli dan membuat pinjaman hutang untuk membiayai kehidupan mewah kita.
Sebaliknya, untuk menjadi kaya kita perlu belajar dan berusaha untuk memilikinya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
p/s : Ramai yang terpedaya dan tergoda untuk hidup mewah, lalu menyertai pelbagai skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera yang lumayan. Maka tak hairanlah imej kekayaan sering ditonjolkan dengan imej kereta mewah!


Posted in 








yela thinkerich, betul tu..
lagi pulak nak raya nih kalau jumpa
rakan sedara mara
soalan yang regular adalah
pakai kereta apa sekarang?
soklan yang xmembuka minda
rahsiawangonline,
Hmmm..salah satu punca dan contoh mengapa lebih ramai yang utamakan kereta daripada perkara lainya…agar nampak mewah, kata orang biar papa asal bergaya tetapi realitinya biar bergaya asal papa
BETUL tu,ramai org yg sanggup perabih wang demi untuk nampak mewah.janji bergaya.tapi bg saya biar seiring bergaya dan berduit,bukan bergaya tapi sengkek.dok menyusahkan diri jer………
Nampak je mewah tapi hakikatnya banyak hutang. Saya takut untuk jadi macam tu. Semoga Allah lindungi saya sekeluarga.
kitorang student..
kawan saya..sgt bergaya..asik2 beli baju,tudung,beg,kasut, bende2 yg sewaktu dengannya lah.selalu hang out, mkn mewah2.
tapi die x papa pun. duit die sentiasa lg bnyk dr saya. even before biasiswa masuk pun, duit akaun die banyak even die selalu shopping.
saya yg jarang beli2 bende2 mcm tu pun duit lg sikit dari die.
kenapa yek? die bukan dr golongan berada pun.