Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ramai yang masih tertanya-tanya pada diri mereka sendiri, mengapa dan kenapa mereka masih lagi hidup dalam kemiskinan?
Ramai yang tak tahu di manakah untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya…
Sebenarnya jawapan ada dalam minda mereka sendiri.
Ramai yang masih tidak percaya yang mereka boleh membina kekayaan untuk diri mereka, keluarga dan masyarakat.
Hasilnya mereka terus hidup dalam kemelaratan dan penuh dengan pelbagai masalah hutang yang tak berkesudahan.
Menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mustahil jika sekiranya anda percaya yang anda boleh memilikinya.
Bahkan anda boleh terus kekal hidup dalam kemskinan jika anda tidak percaya yang anda mampu beroleh kekayaan.
Hari ini jika anda hidup dalam kemiskinan, itu pilihan anda.
Anda terpaksa hidup dalam kemiskinan akibat daripada tindakan dan cara pemikiran anda yang lebih menjurus kepada tindakan dan perbuatan anda untuk menghasilkan sesuatu yang tidak menguntungkan anda!
Orang yang berjaya dan menjadi kaya, tidak berfikir dan melakukan perkara yang dilakukan oleh orang yang menjadi miskin.
Mereka berfikir dan bertindak untuk menjadi kaya!
Mereka membuatkan diri mereka kaya!
Jadi perkara pertama jika anda ingin berubah daripada miskin dan seterusnya menjadi kaya, suburkan minda anda dengan sumber dan maklumat tentang sesuatu yang menguntungkan anda.
Banyakkan membaca, mendengar, menonton dan bergaullah dengan mereka yang memperolehi kekayaan. Masukkan dan kayakan minda anda dengan info-info dan langkah- langkah ke arah kekayaan yang sebenar. (Jangan pula anda berusaha untuk menjadi kaya melalui jalan yang salah!)
Fikirkanlah dan renungkanlah seketika…
Apa yang anda nikmati hari ini adalah hasil daripada tindakan anda sebelum ini.
Jika hari ini anda hidup dalam kesusahan dan kemiskinan, itu adalah hasil daripada tindakan anda sebelum ini…
Jika hari ini anda hidup dalam kesenangan dan kemewahan, itu adalah hasil daripada tindakan anda sebelum ini…
Tiada apa yang membezakan di antara si kaya dengan si miskin melainkan daripada apa yang minda mereka fikirkan dan tindakan yang mereka ambil.
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Betul … !!!
semuanya dalam mindset seseorang … tapi ramai yang tak percaya “nilai” mereka. their true value …
orang yang berjaya ada “just do it” attitude, tetapi orang yang tidak “just not me” attitue ler … selalunya, kena ada satu “mentor” yang membuka mata mereka ler …
Saya seorang Ibu kepada 1 anak dan akan lahir 1 lagi (dah 7 bulan)… dan badan saya kurang sihat and selalu ada masalah semasa mengandung, tetapi saya rasa saya nak berjaya,
Oleh itu, saya created Malaysia’s First Online Will Writing (menulis wasiat)
http://www.malaysiawills.com
ada online menulis wasiat, harga-harga wasiat juga boleh tengok, etc etc
do check it out and leave your comments ya …
Puan Evanna,
Semoga menjadi seorang ibu yang kuat dan tabah …
Selamat bersalin…
Salam Tuan PemikirKaya..
Saya amat bersetuju dengan artikel ini.
Ramai yang tidak sedar akan kuasa minda kita yang merupakan anugerah paling berharga. Bahkan apabila saya memberitahu kepada kawan-kawan mengenainya, saya seolah-olah dipersenda.
Walau apa pun, dengan adanya artikel ini, saya lebih bersemangat dan mempunyai ‘bukti’ akan kata-kata saya itu.
T/kasih PK.
Hadi,
Terima kasih kembali , semoga berjaya
MAmpir bos. untuk yang pertama kali. Salam kenal. Dalama rangka kunjungan dinas
)
Websitenya keren. met kenal bos