Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

MISKIN ITU MALAS BERFIKIR…

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Saya tertarik dengan jalan cerita dan adegan sinetron “Jelita” lakonan aktres jelita, Agnes Monica.

Jalan ceritanya mengisahkan Bayu – Hero utama dalam sinetron ini yang merupakan seorang anak orang kaya yang sangat membenci orang miskin, kerana dia menganggap orang miskin itu pemalas, tidak berguna dan sampah masyarakat…

Apakah itu realitinya?

Benarkah orang miskin itu pemalas?

Bagi saya orang miskin tidak malas, tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!

Oleh kerana malas untuk berfikir maka lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.

Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang rajin berfikir- Orang KAYA!

Mereka miskin mungkin kerana tidak berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.

Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.

Berkerja keras tanpa menggunakan minda seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.

Adalah jauh lebih baik anda berkerja dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Pernahkan anda membaca karya klasik Napolean Hill, Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk menjadi kaya! (Anda Ingin Mendapatkan karya klasik ini dalam bentuk eBook secara PERCUMA?) KLIK DI SINI

Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras menuruti minda dan fikiran orang lain…

Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi miskin…

Orang miskin tidaklah malas berkerja tetapi mereka malas berfikir…

Fikir- fikirkanlah..

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Blog ini dinamakan sebagai PemikirKaya kerana ingin menarik dan mengajak anda untuk rajin berfikir dalam mencapai apa jua matlamat hidup anda. Rajin berfikir bermakna anda juga akan menjadi bertambah kaya, itulah PEMIKIRKAYA!

 

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “MISKIN ITU MALAS BERFIKIR…”

  1. ZulBM says:

    Betul tu….satu lagi kalau rajin beli dan baca buku Chef Li ” Tak Nak Miskin”

    Satu lagi saya cadangkan utk belajar melalui pengalaman org lain utk menjadi jutawan, belilah ebook Mentor Jutawan Bersama irfan khairi dgn harga RM40 shj….insyaallah ianya dapat memberi jalan dan motivasi diri.

    http://www.asasteguh.com

  2. Eisyah says:

    salam
    saya org baru cuba nak berjinak nga it nih..byk info yg saya dpt dlm nih…terutama motivasi yg cukup menarik
    hajatnya dihati nak berjinak dlm internet marketing nih..jmpa lak web nih <a>http://www.vemmabuilder.com/554672405</A> apa yg konpius leh dpt RM5000 sbln!btl ke??bleh bantu saya?tq

  3. Thinkerich says:

    Eisyah ,

    Tahniah di atas usaha anda untuk bergiat dalam Internet Marketing…dan terima kasih juga kerana sudi mendapatkan artikel daripada blog ini…

    Berhati-hati dengan laman web scam yang mampu menjanjikan pulangan mudah dan segera…kerana secara logiknya jika setiap bulan setiap orang boleh dapat wang mudah RM5000 sebulan, maka sudah tentulah ramai yang tidak akan berkerja lagi memadai hanya menyertai program sedemikian..fikir-fikirlah..

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang peluang tambah pendapatan dari Internet dan mengelakkan daripada penipuan internet, saya galakkan anda dapatkan ebook 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang di http://www.bajetwang.com

    Banyak maklumat yang boleh diperolehi dan dipelajari darinya…harapan saya semoga penjelasan saya ini dapat membantu…

  4. juruukur says:

    Yap.. nak kaya kena banyak berfikir. Pada waktu yang sama.. kena rebut peluang.

    Emmmm.. satu lagi.. kena gak memudahkan benda yang mudah. Dapatkan gak nasihat dari orang yang bijak. heheh

  5. Thinkerich says:

    juruukur,

    Ya, kena BERFIKIR bagaimana nak memudahkan benda yang mudah, kalau tak berfikir maka tak adalah idea untuk jadi kaya..!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm