Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan jumlah pelaburan maksimum yang dibenarkan dalam Skim Amanah Saham Bumiputera.
Ada yang kata RM200,000 dan ada pula yang kata boleh lebih daripada jumlah tersebut. Mungkin topik kali ini kurang diambil perhatian oleh mereka yang tiada matlamat memenuhkan tabungan ASB mereka. Tapi bagi yang ingin tahu, elok rasanya beri perhatian pada apa yang ingin saya kongsikan di sini.
Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari laman web rasmi ASNB.
MAKLUMAT TABUNG
| Nama Tabung | SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) |
|---|---|
| Jenis | Pendapatan |
| Kategori | Ekuiti |
| Tarikh Pelancaran | 2 Januari 1990 |
| Objektif | Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. |
| Pelabur Sasaran | Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka. |
| Kelayakan | Bumiputera Malaysia.
|
| Pengurus Pelaburan | Permodalan Nasional Berhad |
MAKLUMAT URUSNIAGA
| Harga Seunit | RM 1.00 |
|---|---|
| Bentuk Pelaburan |
|
| Pelaburan Permulaan Minimum |
|
| Pelaburan Tambahan Minimum |
|
| Pelaburan Maksimum |
|
| Saiz Tabung | Tiada had. |
| Caj Jualan | Tiada |
| Caj Jualan Balik | Tiada |
| Pembayaran Jualan Balik | Serta-merta |
| Tempoh Bertenang | Tiada |
| Tahun Kewangan Berakhir | 31 Disember |
| Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan |
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada. |
Jika dirujuk pada maklumat di atas jelas dinyatakan pelaburan maksimum untuk akaun dewasa hanyalah RM200,000 sahaja.
Tetapi tahukah anda? Jika sekiranya jumlah terkumpul (termasuk bayaran dividen dan bonus tahun sebelumnya) dalam akaun ASB anda kini dah cecah RM200,000, sebenarnya ada masih boleh menambah pelaburan anda.
Ini kerana jumlah bayaran dividen dan bonus yang anda terima sebelum ini TIDAK DIKIRA sebagai unit pelaburan anda. Atau dengan kata lain, dividen dan bonus ASB yang anda terima bukanlah dikira sebagai modal pelaburan anda.
Modal pokok pelaburan anda yang diambilkira untuk RM200,000 hanyalah jumlah ‘fresh money’ yang anda simpan sahaja. Namun begitu, jangan khuatir dan bimbang, pembayaran bonus dan dividen masih mengambilkira jumlah terkumpul semasa tabungan anda.
Ini bermakna jika dalam tabungan ASB kita dah ada RM300,000 (termasuk jumlah dividen + bonus tahun sebelumnya) maka pengiraannya tetap mengambilkira jumlah tersebut.
Bayangkan dengan RM300,000 x 8% setahun = RM24,000 dividen yang anda terima!
Jadi menabunglah dan tetapkan matlamat untuk penuhkan akaun ASB anda semaksima yang mungkin supaya ianya dapat menghasilkan pendapatan pasif atau ‘passive income’ buat anda. Inilah cara sebenar orang kaya, yang goyang kaki dapat duit. Bukannya dengan sertai skim cepat kaya mahu pun pelaburan haram yang lain.
Selamat melabur, semoga berjaya memaksimakan tabungan ASB anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 







