Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Rahsia Murah Rezeki – Melepaskan…

Seringkali ramai yang takut-takut atau dengan kata lain kurang suka untuk memberi atau menderma. Perkataan yang lebih keras bunyinya adalah ‘kedekut’ atau ‘lokek’.

Dalam Islam bersedekah adalah amalan yang dituntut kerana ganjaran dan balasannya sangat besar.

Namun kenapa ramai yang masih belum sanggup memberi sedikit hak milik mereka untuk tujuan bersedekah.

Biarpun dalam Islam bersedekah itu bukanlah perkara wajib – tak buat pun tak apa, jika lakukan dapat pahala, namun bagi orang Islam mengeluarkan zakat itu pula adalah WAJIB hukumnya kerana ianya adalah Rukun Islam ketiga.

Ramai di kalangan kita sebenarnya kurang menghayati rukun Islam ketiga ini. Masih ramai yang berpendapat zakat itu hanyalah zakat fitrah yang wajib dikeluarkan pada bulan Ramadhan sekali setiap tahun.

Sebenarnya zakat itu juga mencakupi zakat harta dan pendapatan. Yang ini saya dapati masih kurang yang sanggup membayarnya. Kenapa?

Pada pengamatan saya masih ramai yang beranggapan bahawa apabila mereka memberi atau membayar zakat, mereka fikir dengan berbuat demikian, mereka akan kekurangan wang untuk digunakan selepas itu.

Bagi saya, inilah adalah salah satu silap faham atau program minda yang salah dan perlu diperbetulkan segera!

Sebenarnya alam tidak meletakkan sesuatu atau menghantar sesuatu ke atas tangan kita selagi kita tidak melepaskan apa yang kita pegang.

Untuk membuktikan apa yang saya nyatakan di atas adalah benar, saya mahu pembaca semua lihat kepada kejadian berikut ;-

Apabila kita menyedut oksigen, kita akan melepaskan karbon dioksida untuk disedut oleh tumbuhan. Manakala tumbuhan pula melepaskan oksigen untuk disedut oleh kita.

Cuba anda bayangkan, jika kita hanya menyedut dan menahan nafas selamanya tanpa melepaskan karbon dioksida dalam badan kita, apa yang akan berlaku?

Saya percaya anda tidak dapat bertahan lama kerana pasti muka anda jadi biru padam dan tak bernyawa selepas itu.

Ini kerana untuk memastikan kita terus dapat menerima oksigen dalam badan kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan ‘melepaskan’ karbon dioksida terlebih dahulu dalam badan kita, supaya ada ‘ruang’ baru supaya kita boleh menerima oksigen baru.

Perkara ini adalah sama dengan wang!

Untuk terima lebih banyak wang atau duit, kita perlu lepaskan sebahagian daripada apa yang kita miliki kepada mereka yang memerlukan agar ada ‘ruang’  untuk kita menerima lebih banyak wang selepas itu.

Jadi mulai sekarang, saya mahu pembaca semua faham, sekiranya kita ingin dapatkan sesuatu, perkara pertama adalah dengan ‘melepaskan’ sesuatu terlebih dahulu.

Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit. Kita masih diberikan oksigen juga adalah rezeki untuk kita terus bernafas dan bernyawa.

Begitu juga pemberian tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.  Ianya mungkin dalam bentuk bantuan pertolongan, sumbangan idea, hadiah dan sebagainya kepada pihak yang memerlukannya.

Dewasa ini, saya dapat perhatikan ramai di kalangan masyarakat kita hari ini yang terpaksa hidup susah atau hidup dalam tekanan kewangan adalah akibat mereka kurang memberi.

Mereka lebih suka menerima daripada memberi. Ini kerana mereka masih punyai kepercayaan yang memberi akan mengurangkan hak milik mereka.

Jadi mulai sekarang, saya sarankan kepada pembaca sekalian agar sentiasalah memberi. Perkara dan rukun yang wajib hendaklah didahului kemudian diikuti dengan perkara yang dituntut. Insyaallah kita semua akan beroleh keuntungan dan keberkatan dariNya nanti.

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s:  Saya selalu ‘melepaskan’ waktu menonton TV dan Movie dengan memberi ruang kepada minda dan fikiran saya beroleh idea baru dengan membaca :)

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Rahsia Murah Rezeki – Melepaskan…”

  1. Ferdy says:

    terima kasih atas info. memang terbukti bro.. saya pernah cuba. Alhamdulilah rezeki Allah.. Allah Maha Kaya dengan KekuasaanNya

    THINKERICH REPLY:

    Terima kasih kembali. Sesungguhnya hanya ALLAH s.w.t yang memberikan rezeki ke atas semua makhluk ciptaannya. Jika kita perlukannya minta pada NYA, berusaha dan bertawakallah. Janji Allah itu benar…

  2. Ajeed says:

    Info dan nasihat yang bermanfaat untuk kita semua..Tapi Ade pembetulan sedikit..Bukan Rukun Islam yang ke tiga, tetapi rukun Islam Yang Ke Empat.. Harap saudara dapat membetulkan artikel supaya tidak menimbulkan kekeliruan.. Wallahualam..

    THINKERICH REPLY:

    Terima kasih Ajeed. Berkenaan Zakat dalam Rukun Islam, tak timbul isu kekeliruan rukun ke3 atau ke4 yang paling penting kita melaksanakannya…sesetengah ulama berpendapat Zakat rukun ke3 dan sebahagian lagi berpandangan sebagai rukun ke4. Bagi saya zakat rukun ke3 berdasarkan kewajipan pelaksanaannya yang lebih kerap.

    1. Mengucap 2 kalimah syahadah – dalam solat 9 kali sehari
    2. Menunaikan Solat 5 waktu
    3. Menunaikan zakat – zakat fitrah, pendapatan, harta.
    4. Berpuasa pada bulan ramadhan
    5. Menunaikan Haji (bagi yang berkemampuan)

  3. Hamba Allah says:

    Bayar zakat telah dapat membebaskan saya daripada hutang. Ajaibnya zakat. Saya sebelum ini hanya bersedekah kepada anak yatim, tetapi masih banyak hutang. Tetapi selepas saya bayar zakat melebihi had sepatutnya, hidup saya hilang daripada dibebani hutang. Itu berlaku selepas 3 bulan saya zakat iaitu bayar 1/20 daripada gaji kasar saya untuk zakat. Saya bayar 5 peratus daripada gaji kasar saya untuk zakat. Saya bayar double kepada baitulmal. Sepatutnya 2.5 peratus sahaja. Tetapi saya bayar double kerana ada satu perkara yang berlaku pada hidup saya sehingga saya membayar zakat. Di sini, saya rahsiakan perkara tersebut.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm