Salam kepada pembaca PemikirKaya dot com,
Kebanyakan daripada mereka yang terjun ke dunia pelaburan sering mengalami kerugian.
Ada yang mengalami kerugian hanya kerana tiada pengetahuan dalam aspek pelaburan, ada yang terjebak dengan ketamakan, dan ada juga yang rugi kerana gagal mengawal emosi!
Salah satu aspek penting yang sering dilupakan atau mungkin tidak pernah difikirkan atau mungkin juga tidak pernah diketahui adalah keupayaan anda mengawal emosi setiap kali bermain dalam dunia pelaburan ini.
Persoalannya, Adakah Anda Cukup Sabar Untuk Menjadi Pelabur?
Untuk menjadi seorang pelabur yang bagus, anda perlulah memiliki sifat sabar!
Ini kerana dalam dunia pelaburan anda pasti akan berdepan dengan turun naik pasaran, kejatuhan nilai pasaran saham dan juga kenaikan mendadak harga pasaran.
Pendek kata dalam dunia pelaburan penuh dengan ketidaktentuan, dan apa sahaja boleh berlaku. Sebab itulah kesabaran ini penting untuk dimiliki oleh setiap pelabur kerana untuk mendapatkan pulangan yang baik dan selamat adalah melalui pelaburan jangkamasa panjang yang dijamin oleh kerajaan seperti ASB.
Kesabaran juga perlu bila mana pulangan pelaburan yang anda jangkakan tidak menjadi sepertimana anda harapkan.
Bilamana pelaburan anda mengalami kerugian yang teruk anda perlu sabar dan bertenang.
Pelajari sesuatu daripada kerugian tersebut kerana ianya mungkin akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman anda dalam dunia pelaburan.
Apabila anda mengalami kerugian bersabarlah!
Anggaplah ianya sebagai satu kesilapan yang paling berharga buat diri anda!
Anggaplah ianya seolah-olah yuran yang perlu anda bayar bagi menghadiri kelas pelaburan.
Dengan cara ini ianya akan mematangkan anda dan juga menambahkan lagi kemahiran pelaburan anda.
Ingatlah, dalam dunia pelaburan anda perlu ada kesabaran. Sabar ketika mengalami kerugian dan juga sabar ketika menanti pulangan yang menguntungkan!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 







