Salam pembaca blog pemikirkaya!
Keputusan Pilihanraya Kecil di 2 buah Bukit, dan 1 Batang telah diketahui umum…Pakatan Rakyat berjaya menakluki kedua-dua ‘Bukit’ yang menjadi idaman semua, manakala BN mengekalkan penguasaan ke atas ‘Batang’ yang dikuasainya sebelum ini!
Calon yang menang sudah tentulah tersenyum girang, tanda kepuasan yang teramat sangat setelah berpenat lelah berkempen sebelum ini.
Manakala yang tewas mungkin bermuram durja, tanda kecewa penat lelah yang digadai sebelum ini tidak terbalas!
Pada yang menang saya ucapkan tahniah dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan sebaik mungkin kerana mandat dan kuasa telah diberi oleh para pengundi!
Manakala yang tewas, janganlah kecewa! Teruskan memberi khidmat dan bakti kepada masyarakat!
Errrr.. panjang pulak mukadimah kali ini
Sebenarnya hari ini saya nak kongsi dengan anda salah satu daripada 5 langkah untuk kelihatan Kaya oleh Dr. Tag Powell’s seorang psikologi dan penulis pembangunan diri dan minda yang terkenal…
Katanya, untuk menjadi kaya kita terlebih dahulu perlu kelihatan seperti seorang yang kaya.
Sudah tentulah orang kaya selalu berada dalam keadaan gembira dan riang!
Dan sudah tentu mereka ini tiada masalah untuk SENYUM!
Jadi jika anda ingin menjadi kaya, maka anda juga perlu sentiasa tersenyum, baik anda berada dalam situasi yang baik mahu pun dalam suasana yang kurang baik!
Apabila anda mulai mengukir senyuman, masalah yang timbul mulai tenggelam.
Ini kerana apabila anda tersenyum, anda akan merangsang emosi anda untuk berada dalam keadaan gembira biarpun ketika itu anda mengalami situasi yang tidak enak
Berdasarkan kajian beliau apabila anda senyum, emosi anda secara tidak langsung akan menyokong minda anda untuk berfikir mencari penyelesaian…
Cuba kita lihat pada orang miskin.
Mereka cukup susah untuk senyum. Orang yang miskin selalu berwajah muram dan masam…sebab itulah mereka kekal miskin…dan tidak beroleh kejayaan.
Oleh itu, jika anda ingin berjaya , kaya dan mencapai kemenangan dalam hidup anda, SENYUMlah
sebagai tanda anda gembira(biarpun anda sedang berdepan dengan sesuatu yang anda tidak sukai),
Dengan melakukan perkara sedemikian, setidak-tidaknya ianya akan membantu anda untuk meraih kemenangan awal ke atas diri anda sendiri terlebih dahulu!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Senyum tanda kejayaan akan tiba jua akhirnya..
Ya, betul tu Zool..
Tapi kalau orang sedang angau bercinta senyum sorang-sorang juga…
nice web ..cayalah
Salam Thinkerich,
Terima kasih kerana singgah di blog saya, blog saudara menarik dan saya akan link kepada blog saudara.
Semoga Terus Berjaya
Risalah Labur Niaga
Salam Razali Razman,
Terima kasih…blog saudara apa kurangnya…saya juga akan link kepada blog risalah labur niaga…
SILA LAYARI LAMAN WEB KAMI UNTUK MENDAPATKAN PELUANG PERNIAGAAN DI BIDANG IT http://www.kltp.net/b29