Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!
SIMPAN wang anda!
Itulah kata-kata keramat yang sering disarankan sejak dahulu lagi….
Tetapi tahukah anda bahawa tidak ramai masyarakat yang ambil berat tentang perkara ini?
Mereka lebih suka SIMPAN hasrat untuk menjadi kaya dek kerana mabuk berbelanja semata-mata untuk memenuhi kemahuan mereka yang tidak pernah ada batasnya!
Kesudahannya mereka tiada apa-apa untuk mengumpul kekayaan dalam hidup mereka!
Mengapa anda perlu membuat simpanan?
Simpanan itu penting kerana dengan anda membuat simpanan bermakna anda ada lebihan wang…
Dengan membuat simpanan pada hari ini, anda sebenarnya menjadi lebih kaya daripada semalam…
Dengan simpanan yang anda ada tersebut, maka anda boleh lipatgandakannya dengan melaburkannya ke dalam instrumen pelaburan kewangan yang diluluskan(bukannya ke dalam Skim Cepat Kaya!
)
Dengan membuat simpananlah sahaja yang membolehkan anda mengumpul ke angka sejuta sehingga anda boleh menjadi JUTAWAN!
Apakah anda fikir jutawan internet seperti saudara Irfan Khairi boleh menjadi jutawan jika sekiranya beliau tidak berjaya menyimpan hasil keuntungan perniagaan internetnya dalam masa 3 tahun?
Bayangkan jika beliau membelanjakan kesemua keuntungan hasil daripada perniagaan internetnya dalam masa tersebut, apakah beliau kini boleh menjadi JUTAWAN? Sudah tentuTIDAK!
Jadi, saranan saya SIMPANLAH wang anda!
Tidak kira walau 10 sen sekalipun, amalkan lah tabiat menyimpan! Tidak kira sama ada ekonomi tengah ‘down’ atau pun tidak….teruskanlah komitmen simpanan anda!
Sekiranya anda ingin tahu cara membuat simpanan yang teratur bagi mencapai apa jua matlamat kewangan anda, maka anda boleh dapatkan panduannya dengan KLIK DI SINI! Saya pasti anda akan dapat belajar banyak kaedah dan cara untuk menyediakan pelbagai bentuk simpanan buat diri anda!
Salam Kekayaan!
THINKERICH

Posted in 








saving is good but actually not a very wise way. Actually asvers are losers. Money currency always drop every year,so if you have a million in another 20 years, it will not be valuable.
SAVERS ARE LOSERS – Robert T. Kiyosaki, refer http://www.richdad.com
Macho,
Ya, betul tu…sebab itulah saya nyatakan simpanan hanya sebagai ASAS kekayaan..!
Simpan sahaja tidak memadai!
Anda perlu simpan dan gunakannya sebagai modal untuk pelaburan sama ada dalam pendidikan kewangan untuk diri sendiri, saham, hartanah, dan komoditi seperti EMAS!
Assalammualaikum dan salam ceria pemikirkaya,
Disini firadila ingin memberi sedikit ilmu…
“PASTIKAN ANDA MEMBUAT SIMPANAN DAN PERLINDUGAN”
sebab membuat simpanan tanpa perlindungan anda dalam kerugian…betul tak…betul..betul..betul..:)
senyum dan ceria selalu..
firadila
http://firadilamotivasi.blogspot.com
http://kompangdipalu.blogspot.com
Wa’alakumussalam Firadila,
Ya, betul tu..salah satu betul simpanan yang baik…
Simpan untuk perlindungan perlu untuk sesuatu yang tak dijangka…