Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

TEKNIK TERBAIK ATASI MASALAH KESEMPITAN WANG

Salam pembaca blog sekalian …

Saya percaya masalah kesempitan wang bukanlah perkara asing bagi kebanyakan orang. Bahkan ianya biasa dialami oleh sesiapa sahaja. Tak kiralah anda seorang pelajar IPTA/IPTS mahupun seorang pekerja ataupun seorang usahawan, saya pasti anda pernah mengalami masalah kesempitan duit ini. Masalah ini kadangkala menimbulkan stress yang merungsingkan kita semua.

Bayangkanlah setiap bulan terutamanya tengah bulan ketika kita selak dompet dan mendapati bahawa dalam dompet tersebut hanya ada beberapa helai duit RM2.00 sahaja. Jika anda belum berkahwin, mungkin ikat perut merupakan jalan terbaik. Tapi jika anda dah bekeluarga dan ada anak-anak, pastinya ia merupakan masalah yang besar.

Selain mengikat perut, jalan yang terbaik bagi mengubat masalah ini ialah dengan mencari duit tambahan dengan bekerja dan sebagainya. Akan tetapi masalah ini pasti akan berlanjutan setiap bulan kerana dari hari ke hari, harga barangan juga semakin naik. Oleh sebab itu, amatlah sukar bagi anda mengatasi masalah ini!

Setakat ini, cuma ada 3 golongan sahaja yang berjaya mengatasi masalah kesempitan duit ini iaitu:

1) Golongan yang kaya.
2) Golongan yang berjimat & pandai mengawal kewangan.
3) Golongan yang menjadi “Magnet Duit”

Untuk golongan pertama sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Akan tetapi untuk golongan kedua tersebut rasanya agak sukar bagi kebanyakan orang. Yalah, cuba anda bayangkan gaji atau duit poket bulanan agak terhad dan cuma tinggal sikit sahaja untuk membeli keperluan dapur setelah membayar semua bil-bil dan sebagainya. Pasti ramai yang tertekan bukan? Tapi jangan risau, sebenar ada caranya.

Penyelesaiannya ialah “ANDA PERLU MENJADI GOLONGAN KE-3!”

Ini bermaksud anda perlu menjadikan diri anda sebagai “Magnet Duit” agar anda tidak lagi dibebani masalah kewangan yang kronik setiap bulan. Untuk menjadikan diri anda seorang “Magnet Duit”, anda perlulah belajar mengenai minda, spiritual dan tabiat.

Baru-baru ini Penulis Blog LinnComel.com iaitu Azlina Abd Rahim atau lebih dikenali sebagai LinnComel telah melancarkan sebuah ebook hebat yang bertajuk “Rahsia Menjadi Magnet Duit”. Ia mempunyai ilmu yang agak lengkap untuk membantu anda menjadi “Magnet Duit”

Antara ilmu yang terkandung dalam E-Book ini ialah:
– Tarik wang teknik dompet.
– Tarik wang ketika kesulitan.
– Tarik wang tukar fokus.
– Tarik wang hak memiliki.
– dan banyak lagi.

Usah bimbang, Ilmu-ilmu yang diajarkan dalam e-book ini adalah berlandaskan kepada ajaran Islam dan tidak mengagungkan kaedah barat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-book ini, sila klik banner berikut :

Anda hanya boleh mendapatkan ebook ini sehingga 11:59 malam 31 Januari 2011 sahaja kerana selepas tarikh tersebut, jualan e-book ini akan dihentikan serta-merta.

Bertindaklah sekarang untuk menjadi “Magnet Duit”, bila lagi peluang anda untuk mengatasi masalah kesempitan duit jika bukan sekarang?

Anda bukan seorang yang kaya atau dalam keluarga yang berada. Anda juga bukanlah seoarang yang mampu mengawal kewangan anda. Jadi anda perlulah menjadi “Magnet Duit” untuk mengatasi masalah kritikal manusia iaitu masalah kesempitan wang!

Dapatkan E-Book “Rahsia Magnet Duit” ini…

Anda Pasti Menjadi Magnet Duit!

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “TEKNIK TERBAIK ATASI MASALAH KESEMPITAN WANG”

  1. ieka_zuka says:

    masalah wang… merunsingkan

    • Thinkerich says:

      ieka_zuka,

      Jangan biarkan masalah wang merungsingkan, cari jalan menyelesaikannya…

      Masalah jika difikirkan sebagai masalah tiada gunanya…sebaliknya orang berjaya akan fikirkan jalan penyelesaian kepada masalah..

      Fikirkan penyelesaian bukan masalah..

      Itulah yang saya lakukan dan alhamdulillah, ianya berjaya.

      Ianya berjaya kerana saya telah mencontohi tindakan dan cara pemikiran orang yang berjaya. Ingin berjaya ikut cara orang yang berjaya!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm