Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

TINGGALKAN ZON SELESA ANDA!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Baiklah hendaknya :) !

Seringkali saya mendengar orang membicarakan pasal zon selesa. Ada yang selesa dan ada yang bercita-cita untuk meninggalkannya. Tapi takut!

Eh, kalau takut nak bertindak tu maknanya masih selesa berada di zon selesalah tu!

Tak kurang pula yang, bercita-cita untuk terus berada pada zonĀ  selesa mereka (yang sebenarnya tak selesa mana pun!)

Cuba anda lihat, nelayan!

Ya, nelayan yang kerja mereka tangkap ikan kat laut tu!

Apa yang mereka buat? Untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik, mereka akan meninggalkan perairan biasa dan pergi meneroka ke laut dalam yang lebih mencabar untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan.

Begitu jua dengan diri anda, sekiranya anda bekerja makan gaji. Berusahalah dan cuba berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.

Ini kerana dunia perniagaan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan dan juga seribu satu cabaran dan dugaan!(Ni yang buat orang tak beraninya!) Macam nelayan kat laut dalamlah juga! Terpaksa berhadapan dengan gelora di lautan dalam.

Bisnes adalah pelaburan yang paling menguntungkan buat sesiapa sahaja yang menceburinya.

Pendapatan sebulan yang anda terima hasil makan gaji mungkin hanya mengambil masa satu hari untuk mendapatkannya!

Ya, ini realiti! Sudah terlalu ramai yang membuktikannya!Kini tibalah pula giliran anda untuk membuktikannya.

Pada siapa? Siapa lagi kalau tak pada diri sendiri terlebih dahulu!

Lepas tu barulah pada keluarga dan kawan-kawan.

Jadi sahutlah cabaran ini!

Tinggalkan Zon Selesa Anda! Mulakan langkah baru!

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “TINGGALKAN ZON SELESA ANDA!”

  1. MIJI says:

    Salam sukses THINKERICH,

    Barangkali salah satu cara utk kita keluar dari zon selesa ialah sentiasa memikirkan kejayaan yg kita dpt jika kita melakukan sesuatu perkara,cthnya apabila kita ingin membeli sesuatu yg menjadi idaman kita cthnya kita nak beli motor RXZ,kita akan sentiasa membayangkannya dan sangup berusaha dengan lebih gigih mencari duit utk membelinya,btul x? :)

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

  2. Thinkerich says:

    Miji,

    Benar tu..! Tapi harus diingat jika kita hanya membayangkannya tanpa bertindak ianya tidak memberi sebarang makna…!

    Mungkin jika ditanya kepada ramai orang, adakah mereka sanggup untuk berusaha?

    Memang diakui ramai di antara mereka akan berkata – “Sanggup!”

    Bagi Kebanyakan orang…Mereka hanya sanggup pada kata-kata tapi malas bertindak!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm