Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

WANG SEBENARNYA JAHAT!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

“Wang sebenarnya jahat!”, tegas seorang kenalan kepada saya ketika kami berdua sedang berbual sambil dia menghirup kopi powerroot panas (mungkin beliau berharap untuk menjadi jutawan dalam contest ‘You Can Bea Millionaire 2‘ nanti)

Saya yang ketika itu sedang membasahi anak tekak dengan air suam, terkedu mendengarnya!

“Apa maksud awak?” soal saya dengan penuh kehairanan…

“Yalah, cuba kau tengok ‘paper’, tiap-tiap hari ada berita rompak, pecah amanah, rasuah, penyelewangan, penipuan, skim cepat kaya, sehinggalah kisah kebankrapan!” jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

“Ya, saya faham maksud awak, kerana punca semua itu adalah wang! Tapi harus diingat, bahawa wang itu hanyalah sekeping kertas yang sah diperlakukan berdasarkan nilai yang tertera di atasnya!” jelas saya ingin membetulkan keadaan.

“Apa maksud awak, wahai saudara Thinkerich?”

“Maksud saya, wang itu tiada apa-apa hanya kertas! Apa¬† yang menyebabkan seseorang itu menjadi sedemikian rupa adalah kerana mereka membiarkan diri mereka dikuasai wang!” terang saya lagi tak ubah seperti seorang psikologis.

“Ooooooooooo…betul juga”, jawab kenalan saya dengan mulut yang sedikit terlopong!

—Perbualan TAMAT—

Seringkali kita melihat sesuatu perkara itu terjadi dan cuba menyalahkan punca lain sebagai penyebabnya!

Menganggap wang sebagai punca kejahatan adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali.

Wang tidak bernyawa, tidak mempunyai emosi dan tidak juga mempunyai akal fikiran!

Yang menjadikan wang itu baik atau buruk bergantung kepada penerimaan, penggunaan dan tujuan seseorang itu.

Mereka boleh menjadikan wang tersebut sebagai rakan mereka.

Mereka boleh jadikan wang sebagai musuh mereka.

Tetapi harus diingat jika kita sentiasa memusuhi wang, maka sudah tentu ianya akan menjauhkan diri daripada anda!

Apakah anda fikir seseorang yang anda musuhi itu akan sentiasa berada disisi anda?

Sudah tentulah tidak!

Bahkan lagi jauh adalah!

Jadi saranan saya jika anda ingin berjaya dalam kewangan dan seterusnya menjadi kaya, sentiasalah bersahabat baik dengan wang!

Jangan tuduh-tuduh sebarangan. Nanti wang akan lari menjauhkan dirinya daripada anda!

Dan apabila perkara ini berlaku, sudah tentuah anda berdepan dengan ketidakcukupan wang sentiasa.

Jadi berkawanlah dengan wang anda.

Bermain dengan mereka dan pelajari selok belok kewangan yang sentiasa berubah-ubah.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “WANG SEBENARNYA JAHAT!”

  1. sangat setuju…..suatu mindset mengenai wang yang perlu diperbetulkan…..ianya adalah terletak pada diri individu itu sendiri….

  2. ann says:

    setuju !!!!
    nak tau attach emosi dgn wang atau tidak…cubalah bakar duit RM50 ke RM100 ke… ( hati mesti kering :) )

  3. KomenEbook says:

    Manusia memang mudah gelap mata dengan WANG/DUIT. walaupun mungkin pada penilaian, ia hanya sekeping kertas yang tak bernyawa, tak beremosi atau berakal..JIka nafsu kuasai diri, dari perangai elok jadi tak elok, dari orang baik jadi orang jahat.malah, kerana “kelabu mata” pada duit pun, usahawan internet muda yang ada potensi pun akhirnya “tersungkur menyembah duit”..

  4. zool says:

    Betul tu.. Bukan wang yang jahat.. Manusia yang menggunakan wang untuk kejahatan..
    Macam tubuh badan… Ia sepatut diguna untuk kebaikan..
    Yang membawa kejahatan adalah manusia itu sendiri

  5. soleh says:

    Salam,

    Wang tu hanya sekeping kertas yang dianggap bernilai. Itulah set mind yang diguna sekarang.

  6. Thinkerich says:

    Soleh,

    Mind set :) bukannya set mind!

  7. JaffaMatt says:

    OK thinkerich,
    saya setuju dengan anda. nak dapat wang, harus suka dengan wang, buat baik dengan wang, jadikan diri magnet untuk wang. jangan selalu kata tak cukup wang, tak ada wang, aku tak perlu wang. tetapi, jangan sekali-kali jadi hamba wang.

  8. Thinkerich says:

    JaffaMatt,

    Ya, jangan jadi Hamba Wang! Jadilah Tuan kepada Wang!

    Bukankah kita yang sepatutnya menguasainya bukan dikuasai olehnya?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm