Salam pembaca blog pemikirkaya.
Masih ramai yang menjadikan sumber kewangan sebagai penghalang untuk berjaya dalam pemasaran produk bagi mempromosi perniagaan mereka.
Memang tidak dinafikan, wang penting untuk promosi tetapi harus diingat ada juga promosi yang menggunakan belanja wang modal yang besar kekadang tidak memberi impak yang menguntungkan kepada sesetengah perniagaan!
Ini kerana medium promosi yang digunakan tidak fokus kepada kumpulan sasar sesuatu produk yang ingin dijual!
Jika tidak ada bajet atau modal yang besar untuk promosi produk perniagaan anda, sebenarnya ada banyak lagi kaedah promosi yang boleh anda gunkan yang hanya memerlukan kos yang minima.
Jadi apakah caranya? Anda mungkin bertanya!
Modal tidak semestinya wang!
Modal yang paling penting ialah IDEA anda!
Yang dengan idea yang boleh anda fikirkan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda praktikkan.
Apa yang penting jika anda nak jalankan bisnes tu, promosi perlulah sepadan dengan bajet anda.
Bak kata pepatah popular ” Ukur Badan Baju Sendiri”.
Janganlah pula semata-mata untuk menjayakan produk anda yang baru dilancarkan itu, anda sanggup membuat pinjaman hutang hanya untuk dijadikan modal promosi perniagaan anda! Risikonya besar jika anda tidak membuat kajian terperinci terlevih dahulu ke atas permintaan produk anda.
Medium terbaik yang memerlukan modal promosi yang minima adalah melalui internet.
Dalam pemasaran internet sebagai contohnya, kaedah pemasaran affiliate adalah di antara yang paling berkesan.
Anda juga boleh wujudkan blog perniagaan anda sendiri untuk membina kredibiliti kemudia boleh juga promosikannya secara percuma melalui blog anda.
Selain itu anda juga boleh, sediakan ebook atau panduan tentang info bisnes anda secara percuma untuk diedarkan kepada semua dan dalam ebook atau panduan tersebut anda juga boleh iklankan produk anda.
Mudah bukan, kini anda boleh pelbagaikan promosi produk anda melalui media internet dengan percuma dan kos yang paling minima.
Salam kekayaan.
THINKERICH

Posted in 







