Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Bagaimana Sentiasa Maju Kehadapan Dalam Perniagaan?

Sekiranya anda mengikuti perkembangan usahawan dan company perniagaan yang berjaya, pastinya anda dapat lihat perkembangan bisnes mereka. Jadi ada yang tanya pada saya…

“KJ, bagaimana untuk sentiasa maju kehadapan dalam perniagaan?”

Jawapan saya adalah, usahawan yang berjaya sering melihat pesaing mereka yang paling dekat. Mereka sering pantau pesaing mereka yang paling rapat. Mereka sering perhatikan langkah demi langkah pesaing mereka dan sentiasa ingin menjadi lebih baik dari pesaing mereka.

Namun, bagi saya pesaing sebenar bagi seorang usahawan adalah….

DIRI MEREKA SENDIRI!

Ramai yang sering melihat pesaing sebagai ‘perniagaan lain’ atau seperti mana yang kita sering fikirkan, bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari perniagaan pesaing?

Sebagai seorang usahawan kita perlulah melihat pesaing adalah diri kita sendiri dan mesti sentiasa fikirkan bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari diri sendiri.

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya kita bersandarkan kejayaan kita pada pesaing, apa akan jadi sekiranya pesaing kita tidak hebat? Maka kita juga akan jadi tidak hebat oleh kerana penanda aras kita adalah rendah. Tetapi, sekiranya kita sandarkan kejayaan kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita sebelum ini, pastinya ia akan menjadikan diri kita lebih baik dan terus lebih baik.

Jadi, apabila anda bersaing dengan diri anda sendiri, pastinya satu hari nanti pesaing-pesaing anda yang lain tidak akan dapat mengatasi kejayaan anda!

Kejayaan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan. Pesanan saya, sentiasa perbaiki diri sendiri. Jadi lebih baik dari diri anda sendiri.

Sekiranya anda terasa dalam diri anda anda mempunyai potensi yang lebih tinggi dari apa yang anda lakukan sekarang, sebenarnya anda memang betul.

Anda pasti mempunyai potensi yang lebih hebat lagi yang anda sendiri tidak mengambil peluang dan jadi lebih baik dari semalam, sebulan lepas atau tahun-tahun yang lepas.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang, bukan esok, bulan depan atau tahun depan, adalah, ambil tindakan!

-KJ-

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm