Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BEKERJA BUKAN UNTUK WANG?

Salam pembaca blog pemikir kaya!

Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar ungkapan bekerja bukan untuk wang! (dan sudah tentulah lebih ramai yang biasa dengan ungkapan bekerja untuk wang!)

Sudah tentu yang tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut!

“Habis kalau bekerja bukan untuk wang, bekerja untuk apa?”, soal seorang teman dengan nada yang tidak puas hati…

Ya, memang saya akui tujuan utama kita bekerja adalah untuk mendapatkan wang!

Namun  begitu, itu hanyalah matlamat masa kini.

Sekadar untuk memenuhi keperluan semasa dan juga merancang untuk memenuhi keperluan masa depan.

Yang menjadi maksud sebenar saya di sini ialah apa yang kita kerjakan hari ini perlu ada matlamat jangka panjang.

Dalam tempoh jangka panjang, sepatutnya anda bekerja hari ini untuk belajar sesuatu yang boleh anda gunakannya sebagai modal dan pengalaman untuk menjayakan visi masa depan anda!

Bercerita tentang perkara ini, ingin saya bawakan kepada anda suatu kisah benar berkaitan ungkapan ini….

Saya mengenali seorang usahawan yang begitu komited menjalankan perniagaannya dari pagi hingga ke malam! (siapa kata usahawan boleh rilek-rileks?)

Namanya Mr. Chua.

Dahulunya beliau bekerja sebagai technician di salah sebuah syarikat penyaman udara.

Dari sana beliau menimba pelbagai pengalaman berkaitan kerja dan juga selok belok perniagaan.

14 tahun yang lalu beliau meletakkan matlamat untuk bekerja sambil belajar demi mengapai cita-citanya untuk membuka sebuah syarikat penyaman udaranya sendiri.

Kini setelah mengambil masa selama hampir sedekad lebih bekerja untuk belajar, beliau kini telah menjadi peneraju dalam industri tersebut.

Beberapa kontrak utama berjaya dimilikinya, bahkan beliau sendiri telah mampu menyaingi majikan lamanya yang kini semakin jauh ketinggalan daripada kemampuan dan pengurusan perniagaan.

Lihat, jika kita meletakkan visi jangka masa panjang dalam kerjaya, pasti membuahkan hasil. Jadi jika hari ini anda masih kecewa dengan pekerjaan anda, lakukan sesuatu mulai hari ini dan mulakan memasang niat ” Bekerja Untuk Belajar, Bukan Untuk Wang”!

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “BEKERJA BUKAN UNTUK WANG?”

  1. KePERCAYAan dalam perkerjaan yang kita amat perlu untuk memantapkan keYAKINan….

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm