Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

DIDIK MINDA DAN MINAT BISNES SEJAK DARI KECIL

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Malam tadi sempat menonton saluran ASTRO TV IQ bersama anak-anak dalam rancangan pendidikan kanak-kanak KA CHING, sebuah rancangan realiti untuk kanak-kanak sekolah dari Singapura yang berkonsepkan pertandingan bisnes antara team sekolah-sekolah rendah di Republik Singapura.

Apa yang menarik rancangan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang  amat menarik untuk ditonton oleh kanak-kanak, remaja mahu pun golongan dewasa bagi memupuk dan membangunkan minda dan minat keusahawanan dalam perniagaan.

Dalam pertandingan yang dibahagikan kepada dua pasukan itu, mereka diberikan cabaran tertentu untuk menjalankan aktiviti perniagaan tersebut berdasarkan kreativiti pemasaran dan bakat semulajadi masing-masing untuk membuat jualan sebanyak mungkin bagi membolehkan mereka memungut mata yang disediakan.

Pada akhir rancangan mana-mana pasukan yang berjaya membuat jualan tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang akan layak ke peringkat dan pusingan seterusnya hinggalah ke peringkat akhir.

Lihat bagaimana pendidikan dan hiburan diadun dengan begitu baik oleh negara jiran kita dalam membudayakan kemahiran matematik, keusahawanan dan perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi.

Maka tak hairanlah ekonomi dan KDNK Republik Singapura lebih tinggi daripada negara kita. Ini kerana mereka tahu bagaimana untuk membangunkan generasi bijak pandai dalam pengurusan kewangan, keusahawan dan perniagaan.

Semoga suatu hari nanti akan ada pihak terbabit di negara kita seperti agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, NGO, syarikat korporat dan pihak penerbit di Malaysia juga boleh mulai mencontohi Republik Singapura dalam membudayakan keusahawanan dan minda niaga untuk kanak-kanak melalui rancangan realiti pendidikan yang membina dan bukan sekadar melambakkan saluran TV di Malaysia dengan rancangan realiti hiburan yang  tidak membawa faedah dan melalaikan minda kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

Kata pepatah, ” Meletur Buluh Biarlah Dari Rebungnya..”

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “DIDIK MINDA DAN MINAT BISNES SEJAK DARI KECIL”

  1. Assalamualaikum dan Salam perkenalan.
    Melentur buluh daru rebungnya memang istilah yang sesuai dalam mengajar anak-anak agar cenderung kepada apa yang ingin diajarkan. Sama ada biznes, matematik dan sebagainya. Anak-anak mempunyai potensi luar biasa untuk memahami berbanding kita orang dewasa. Hati mereka lebih bersih dan senang menerima input-input baru.

  2. Thinkerich says:

    Motivasi Kerja,

    Waalaikumusalam dan salam perkenalan kembali…

    Hmm…anak-anak sememangnya mempunyai potensi luar biasa..bahkan orang dewasa juga masih mempunyai potensi yang sama ..

    Cuma secara psikologi orang dewasa merasakan diri mereka sudah terlalu ‘DEWASA’ hinggakan tak boleh buat apa yang kanak-kanak boleh buat..

  3. [...] di link berikut untuk baca posting ni sepenuhnya >> Klik sini ye.. [...]

  4. Nabieel says:

    Ya, saya sokong sangat didik minda dan minat bisnes sejak dari kecil.

    Sebenarnya tidak kira apa pun biarlah didik dari kecil.

    Biar belajar tak masuk universiti, janji anak-anak kita tahu berdikari bagaimana jalan hidup yang betul dan erti hidup yang sebenarnya.

  5. Balkhis says:

    saya ada satu lagi soalan yang ingin saya tanya kan pada en. thinkerich tp ia terkeluar dari topik..berkaitan dengan pemakanan..soalan saya berbunyi begini..jika makan yang terbaik untuk minda ialah buah kurma dan sayuran..apakah minuman yang terbaik untuk minda?

  6. thinkerich says:

    Balkhis,

    Minuman yang terbaik adalah air kosong atau RO atau mineral water…

    Air terdiri daripada komposisi H2O iaitu hidrogen dan oksigen yang mampu membekalkan oksigen yang secukupnya ke dalam darah dan otak..

    Apabila pengaliran darah lancar ke sel saraf otak kita maka minda kita juga berada dalam keadaan yang baik…

  7. Balkhis says:

    en.thinkerich..saya ade satu lagi masalah berkaitan dengan sikap rakan2 saya di tempat keje berkaitan dari segi pergaulan di mana bos saya sendiri yang berpangkat pembantu tadbir kewangan kanan merangkap ketua kerani menghalang saya untuk bergaul dengan orang yang berpangkat lebih tinggi dari saya..saya merasa amat terkejut kerana masih ade lagi orang yang berfikiran seperti itu..tambahan lagi saye sedang menjalan kan perniagaan dan memerlukan saya untuk berjumpa dan bergaul dengan semua orang..persoalannye sekarang ialah mengapa dia masih lagi mempunyai fikiran yang macam itu? sedangkan dalam islam sendiri menggalakkan kita bergaul dengan semua orang..tidak kira samada orang itu berpangkat tinggi atau rendah, tua atau muda..jadi saya nk tanya pandangan en.thinkerich tentang hal ini?

  8. thinkerich says:

    Balkhis,

    Memang tak dinafikan masih ada yang dikalangan kita yang mempunyai persepsi sedemikian…

    Sebenarnya persepsi dan tanggapan kita ini ditentukan oleh cara bagaimana kita berfikir..

    Tak salah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

    Perbezaan pangkat hanyalah pada nama dan gelaran …namun dalam pergaulan kita digalakkan untuk bercampur dengan semua tidak kira pangkat tinggi mahu pun rendah kerana setiap orang ada kelebihan, keistimewaan dan sesuatu yang boleh kita pelajari daripada mereka..

    Harap dapat membantu..

  9. Bakhis says:

    salam en. thinkerich..saya ade satu kemusykilan yang perlukan jawapan dari en.thinkerich..ianya berkenaan dengan tafsiran mimpi dan petunjuk2 yang saya dapat..seperti yang saya nyatakan sebelum ini saya menghadapi halangan kluarga dalam menceburi bidang perniagaan dan kekeliruan saya jika saya masih meneruskan perniagaan ini saya akan dilabelkan sebagai anak derhaka tetapi jika saya tidak meneruskannyer saya menghadapi kesukaran mendapatkan balik modal dan sukar untuk mencapai impian saye..saye juga telah melakukan solat istikharah seperti yang en.thinkerich sarankan pada saye..anehnye setelah saya selesaikan bersolat istikharah, saye telah didatangi oleh satu mimpi..mimpi itu menggambarkan saya dalam perjalanan untuk menuju ke pejabat tempat saye menjalankan perniagaan tersebut..dan semasa dalam perjalanan tersebut, saye telah mengalami pelbagai halangan dan rintangan antaranya saye terpaksa meredah hutan dan terserempak dengan seekor harimau yang sangat lapar..kemudian harimau tersebut terus mengejar saya..saye pon apa lagi? saye terus berlari dan terus berlari sehinggallah saya berjaya menyembunyikan diri..saya ingat kan masa itu saye dah selamat rupa2ya sangkaan saye meleset sama sekali…harimau tersebut telah pun menjumpai tempat persembunyian saya..tp harimau tersebut tidak berbuat apa2 pada saya kerana saya telah berjaya menjinakkannya dengan cara berdiamkan diri dan saya pun menghantarnya semula ke kandang..dan disini telah berlaku satu lagi kejadian aneh dimana harimau tersebut telah berubah menyerupai manusia berjantina lelaki setelah dimasukkan ke dalam kandang..setelah saye mengalami halangan tersebut, dengan izin Allah S.W.T saye telah mencapai matlamat saye untuk selamat sampai ke pejabat tempat saye menjalankan perniagaan saye..jadi pada pandangan en. thinkerich apakah maknanya disebalik mimpi ini? itu satu..ada lagi petunjuk..tidak berape lama selepas itu dalam tv ada keluar iklan “FIKIR POSITIF, ANDA BOLEH”..kemudian 2 bulan yang lepas, saye mendapat panggilan dari rakan saya yang menawarkan peluang perniagaan pada saya tetapi saye terpaksa menolak kerana saye ingin menumpukan perhatian pada 1 jenis perniagaan dulu..dan kemudian 2 hari yang lepas, adik saya pula yang dapat peluang perniagaan tetapi dia menolak atas alasan tidak berminat..jadi pada pandangan en. thinkerich adakah semua petunjuk2 yang saya dapat ini adalah petunjuk yang sebenar2nya?

  10. thinkerich says:

    Balkhis,

    Saya tidak dapat nak bagi jawapan pada saudari kerana ianya diluar kemampuan saya.

    Namun, apabila kita telah solat isthikarah dan mendapat petunjuk, dan kemudian kita masih belum pasti yang mana satu pilihan kita, maka pilihlah salah satu jalan yang paling dekat dengan hati kita kemudian bertawakallah kepada Allah.

    Ini kerana sebagai muslim kita perlu berpegang kepada Rukun Iman yang ke-6, Percaya kepada Qada’ dan Qadar iaitu ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun..

    Waallahualam.

  11. Bakhis says:

    tq atas jawapan en.thinkerich

  12. Bakhis says:

    en.thinkerich..berkenaan dengan soalan saya berhubung dengan tafsiran mimpi..pada siapa saya harus bertanya?

  13. Bakhis says:

    dan saye ade satu lagi soalan yang ingin saya tanyakan pada en.thinkerich..boleh tak en.thinkerich berikan pada saya tip2 untuk menghadapi penolakan dalam perniagaan MLM?

  14. Thinkerich says:

    Balkhis,

    Berkenaan tafsiran mimpi tu …maaf saya tak dapat berikan jawapan.

    Penolakan dalam bidang kejurujualan adalah perkara biasa, tak kira sama ada MLM, Insuran/Takaful, Unit Trust, Direct Selling, hatta dalam perniagaan internet pun sering berlaku…

    Ianya suatu lumrah.. ini kerana apa yang kita jual bukannya menjadi keperluan atau kemahuan semua orang..

    Tip yang paling mudah dalam mengatsai penolakan hanya satu…

    Never Never Never Give Up! Cuba sekali lagi!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm