Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

IDEA PERNIAGAAN

Salam pembaca blog PemikirKaya..

Ramai dikalangan klien yang saya temui menyuarakan keinginan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri sebaliknya mereka pula mengeluh kerana tidak tahu apa bentuk perniagaan yang ingin dijalankan

“Kalau boleh nak jalankan perniagaan yang masih belum ada persaingan..”,jelas saudara Anwar (Bukan Nama Sebenar)

Saya menghormati keinginan beliau itu, namun saya nyatakan pada beliau dalam menjalankan perniagaan perkara utama yang perlu dilihat adalah PERMINTAAN..!

Bayangkan jika Anda berniaga sesuatu yang kurang permintaan gara-gara ingin mengelakkan persaingan…adakah perniagaan anda akan berjaya..???

Saya agak khuatir…kerana mungkin tidak sampai pun 2 bulan, perniagaan anda pun ‘Bungkus’:(

Selain daripada permintaan yang tinggi, perniagaan yang anda jalankan tersebut mungkin boleh datangnya dan diusahakan daripada Hobi anda..

Ini suatu IDEA yang menarik kerana jika anda mampu Mengubahkan hobi menjadi perniagaan peluang untuk anda berjaya lebih tinggi dalam perniagan yang anda jalankan…

Banyak idea menarik yang oleh anda jalankan berdasarkan hobi anda terutamanya untuk dipasarkan melalui media INTERNET

Namun begitu, jika anda ada IDEA yang baik tetapi GAGAL untuk BERTINDAK..ianya tidak akan membawa anda ke mana…

Memang diakui rakyat negara kita mempunyai IDEA yang BAGUS, tetapi masalah utama mereka adalah kerana mereka gagal untuk bertindak..

Mereka lebih suka membiarkan IDEA menjadi Angan-angan daripada membiarkannya menjadi KENYATAAN..

Saranan saya jika anda ingin memulakan perniagaan dapatkan idea yang ada hubungkait dengan Hobi anda…Ini kerana ianya mungkin boleh membawa anda lebih jauh dalam dunia perniagaan.

Errk…tapi jangan LUPA …Pastikan Hobi anda itu ada PERMINTAAN :)

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “IDEA PERNIAGAAN”

  1. miepekan says:

    Ya, memang betul iaitu salah satu formula untuk berjaya dengan cemerlang dalam business (atau apa jua, kita mesti lakukan perkara yg kita minat (our passion). Chase your passion, the money will follow!

  2. Raymond says:

    hairan lah you orang melayu, saya taknak bunyi macam racist, tapi, u punya blog dalam melayu, siapa you target? melayu? ada berapa banyak malay internet surfer di dunia ini?

    Belaja lah english! dulu subject suma english u orang buat bising, sekarang baru tahu betapak penting english… nah ubah balik juga banyak kaji kaji…

    orang melayu tidak akan hilang di bumi ini kata hang tuah… tapi, melayu sudah dilupakan… buku science and tech semua english… kalau bahasa melayu hilang dari dunia ini, tak ada orang kisah… oh, indonesia itu bahasa indonesia, bukan melayu.

  3. Thinkerich says:

    miepekan,

    Realitinya ramai yang melakukan perkara yang mereka tidak minat tetapi Terpaksa…kerana WANG semata-mata..!

    Raymond,

    Blog ni sudah tentulah targetnya untuk orang yang memahami bahasa Melayu..(tidak semestinya Melayu)

    Salah satu matlamat blog ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang isu serta subjek kewangan dan motivasi dalam bahasa yang lebih mudah kepada para pembaca…

    Eerk…saudara nampaknya macam melepaskan GERAM..?

    Mungkin blog ini bukannya saluran yang betul…tetapi kerana saya menghargai komen anda maka apa yang saya dapat bantu hanyalah dengan bertanya soalan berikut:-

    Jadi Apa Sebenarnya Yang Saudara Mahu???

    Semoga saya dapat membantu masalah anda…!

  4. juruukur says:

    Bagi aku lah.. kalu lah kita nak buat bisnes.. tapi idea tak dee. jalan berbaik.. buat jee blog dulu. Luahkan segala idea kita dalam blog tuu

    Sekurang-kurangnya kita dah jadi penulis. Menulis pun boleh jadi kaya tau.. Emm macam yang tulis buku Harry Potter tuu.. Kalau versi Malaysia macam Azizi Ali.

    hehehhe

  5. Thinkerich says:

    juruukur,

    Setuju..dengan pendapat saudara…dengan menulis di blog anda sebenarnya melatih kemahiran berkomunikasi melalui penulisan di medium internet…

  6. nurul says:

    raymond : bahasa ape pun yang digunakan tak kisah la….janji mesej yang nak disampaikan tu jelas…

  7. drteamint says:

    raymond

    saya sokong en. thinkerich guna bahasa melayu untuk blog ni. saya selesa dengan bahasa melayu. sebabnya saya dalam bahagian perubatan. saya penat baca buku dan artikel perubatan dalam English. jadi di luar bidang kerja, saya suka baca dalam bahasa melayu

    en. thinkerich

    teruskan berbahasa melayu supaya senang orang kita faham

  8. Thinkerich says:

    drteamint

    Terima kasih atas sokongan..

    Kalau saya sebagai melayu tak menyokong dan menggunakan bahasa melayu, siapa lagi yang nak gunakannya…

    Lihat masyarakat Indonesia, Jepun, Germany, China, mereka semua bangga menggunakan dan mempertahankan bahasa ibunda mereka…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm