Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ramai yang tidak tahu bahawa 94% perniagaan hari ini gagal hanya kerana tiada promosi berterusan. Ini kerana tanpa promosi perniagaan anda tidak akan boleh menjual!
Hari ini pelbagai bentuk promosi dijalankan oleh setiap entiti perniagaan tidak kira secara konvensional mahu pun melalui media elektronik dan internet!
Lihat sahajalah syarikat yang mempunyai jenama SUPERBRAND seperti Milo, Colgate, dan pelbagai lagi yang masih mempromosikan perniagaan mereka saban hari dalam TV walaupun kita tahu setiap hari pasti ada orang yang menggunakan produk tersebut.
Ini kerana mereka ingin memastikan bahawa pelanggan mereka kekal menggunakan produk mereka, dan yang lain turut bertukar memilih jenama mereka sebagai pilihan utama. Secara tak langsung ianya meningkatkan jualan dan keuntunganperniagaan mereka.
Maka tidak hairanlah juga setiap syarikat perniagaan pasti mempunyai pasukan jualan atau pemasaran yang khusus. Lihat kepada perniagaan berasaskan jualan produk dan perkhidmatan seperti MLM, Insuran/Takaful dan Unit Amanah contohnya, mereka mempromosikan jualan mereka melalui agen-agen yang dilantik.
Bagi meningkatkan semangat dan jualan syarikat mereka, setiap agen juga diberi promosi kenaikan pangkat dan insentif yang menarik!
Lihat agen mempromosikan jualan syarikat, dan syarikat pula mempromosikan agen mereka! Dan perkara ini akan berterusan dan sudah pastilah jualan juga akan berterusan. Tanpa kedua-dua promosi tersebut tidak mungkin perniagaan boleh berkembang!
Lihat pula kepada kempen promosi berasaskan ganjaran seperti yang dijalankan oleh ‘Power Root‘! Kempen promosi ‘Anda boleh jadi Jutawan‘ dengan membeli produk minuman mereka mendapat sambutan hangat dan apa yang pasti dalam masa yang sama jualan dan keuntungan syarikat juga berganda!
Jadi jika anda ingin berjaya dalam perniagaan anda, peruntukan dan buat pengasingan khusus untuk promosi perniagaan anda, ini kerana promosi adalah nyawa perniagaan anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Betul-betul..
Promosi berterusan adalah satu cara untuk menambahkan prospek..
Tidak putus asa dan belajar mencari peluang tanpa berputus asa walaupun berkali-kali gagal adalah sesuatu yang mesti dilakukan..
p/s :- Sedang mencari kaedah promosi untuk meniaga baja di internet..
zool,
Semoga berjaya
!
Salam,
Kebanyakkan perniaga pada hari ini gagal adalah disebabkan kurangnya promosi. Memang tidak dapat dinafikan. Punca tiadanya promosi adalah disebabkan tiadanya modal untuk mempromosikan barangan mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru memulakan perniagaan. Situasinya, modal yang ada tidak banyak. Modal itu jugalah yang digunakan untuk beli bahan. Jadi di sini, saya ingin tanya, yang manakah perlu kita utamakan dalam perniagaan. Promosi atau barang?
Adilah,
Satu soalan yang baik! Rujuk artikel ini………….
http://pemikirkaya.com/index.php/motivasi-perniagaan/promosi-produk-mana-yang-perlu-diutamakan.html