Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

STRATEGI MENINGKATKAN JUALAN

Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu
di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun
dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di
mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan
yang hebat.

Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya
dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil
walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan
mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.

Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan,
jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang
dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi
mempromosikannya.

Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat
orang ramai terhadap produk anda.

Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda
semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk
anda mencuba cara yang lain.

Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan
melancarkan semula produk anda tersebut.

“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam
strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah
dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. Menukar Label atau Penampilan Produk

Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook
cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk
digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. Menulis Semula Surat Jualan

Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam
surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran
yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. Merombak Kembali Struktur Komisyen

Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah
penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini
komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai
pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen
sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula
semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. Menambah Isi Kandungan Produk

Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan
produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya.
Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda
menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa
anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda
lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan
penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. Menilai Semula Harga Produk

Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan
harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal
pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih
ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi
masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.

Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk
memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada
sekarang.

Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah
diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini
adalah produk baru.

Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan
anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu,
melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

Artikel ini dipetik dari karya asal berjudul Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan oleh Zamri Nanyan

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun
2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran
beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan
pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih
ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.

Untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat,

anda bolej Lawati laman web beliau dengan KLIK DI SINI!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm