Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

The Apprentice Asia – Minggu 4

The Apprentice Asia telah memasuki episod ke -4 pada 12 Jun 2013. Dimana kali ini mereka harus melakukankempen promosi untuk salah satu produk keluaran Nestle iaitu NESCAFÉ® Dolce Gusto®.

Kesemua mereka telah diterbangkan ke Singapura untuk menjalankan promosi tersebut.

Team Maverick pada kali ini diketuai oleh Alex, peserta Mat Saleh yang mewakili negara China. Seperti biasa Sam yang mempunyai idea kreatif telah mencadangkan idea beliau bagi motto NESCAFÉ® Dolce Gusto iaitu “Coffee Can Be Designer“.

Sewaktu mereka memikirkan model design kempen kali ini, pihak lelaki telah mencadangkan menggunakan imej wanita seksi untuk tujuan tarikan pengiklanan. Dalam pada masa yang sama Andrea yang merupakan satu-satunya peserta wanita dalam team ini tidak setuju dengan idea tersebut. Namun, akhirnya beliau terpaksa akur kerana majoriti kesemua peserta lelaki bersetuju dengan idea cadangan tersebut.
Manakala Team Apex kali ini diketuai oleh Ningku, yang sebelum ini dikutuk oleh rakan sepasukan dalam episod sebelumnya. Jadi pada minggu ini beliau ingin membuktikan bahawa beliau boleh menjadi ketua yang lebih bagus daripada rakannya yang lain. Motto dalam kempen mereka pada kali ini adalah “Coffee Can Be An Escape”.

Masalah paling ketara timbul dalam kempen ini semasa launching di adakan. Ini yang menarik kerana kita dapat mempelajari sesuatu yang baru.

Andrea Salah Beli Coklat

The Apprentice Asia - Episod 4

Dalam kempen ini Andrea diarahkan membeli coklat untuk kempen ini tetapi beliau membeli coklat pesaingnya iaitu Forrero Rochel.

Wakil Nestle telah menegur Andrea di atas kesilapan ini…dan yang paling menarik, Andrea sendiri sebenarnya tidak tahu bahawa Nestle sendiri mempunyai pelbagai produk berasaskan coklat yang boleh digunakan bagi tujuan kempen ini. Pada pandangan saya, ianya merupakan satu kesilapan besar yang tak patut dilakukan sama sekali.

Celina Dan Dian Tak Memahami Produk

The Apprentice Asia - Episod 4

Dalam kumpulan Apex pula, masalah mereka adalah tidak tahu bagaimana nak operate machine NESCAFÉ® Dolce Gusto® . Dan ini satu kesilapan yang terbesar sekali.

Sepatutnya sebagai wakil jualan kepada produk yang dijual kita sepatutnya tahu segalanya tentang produk tersebut. Paling ketara adalah kepada Dian, kerana beliau telah memberitahu kepada bakal pembeli yang mesin tersebut adalah manual. Sedangkan kedua-dua produk tersebut mempunyai ciri-ciri dan fungsi secara automatik. Kesilapan utama yang tak patut berlaku.


Pengagihan Kerja Yang Salah

As as leader kita harus bijak mengatur kerja. Tapi Ningku telah silap membuat pembahagian kerja dimana beliau dan Nik telah memutuskan untuk meninggalkan booth jualan mereka dengan keluar mengedarkan pamplet kepada orang ramai. Akibatnya booth jualan mereka kekurangan kakitangan dan menjadi huru hara kerana Dian dan Celina tak mampu melayani bilangan klien yang terlalu ramai dan tiada siapa di sana untuk entertain customer.



Salah Pilih Produk

The Apprentice Asia - Episod 4

Team Apex salah memilih produk dimana mereka memilih produk on line dan masalahnya mereka tiada sample produk tersebut!!!

Pendek kata, mereka mempromosi produk lain, tetapi menggunakan sample produk lain. saya kira inilah kesilapan besar dan paling utama yang dilakukan oleh Team Apex.  Cuba bayangkan, anda mempromosikan jualan digerai anda dengan melaungkan …”Durian, Durian,…” , tiba – tiba apa yang ada di gerai anda adalah buah Langsat…apa kata bakal pembeli anda…pasti mereka kecewa bukan..?

Kesimpulannya
Pada episod  kali ini, kesalahannya terlalu remeh dan sangat memalukan untuk rancangan The Apprentice Asia.

Kesilapan seperti memilih coklat yang salah, tak paham operate machine dan salah pilih produk adalah sesuatu yang jika diberi pada sales-sales manager di Malaysia yang tidak mempunyai kelayakan pun mampu difikirkan.

The Apprentice Asia - Episod 4

Ningku Lachungpa – India

FIRED

Pada episod kali ini, Ningku telah memilih Celina dan Dian bersamanya untuk proses penyingkiran. Namun sebelum itu, Ningku telah memohon untuk resign sendiri sebaik sahaja mendapat keputusan yang teamnya tewas, tetapi ditolak oleh Tony Fernandes. Akhirnya Ningku telah dipecat oleh Tony Fernades kerana beliau sendiri tidak suka kepada orang yang cepat mengaku kalah. Tindakan Ningku untuk letak jawatan menjadi punca beliau sendiri dipecat!

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm