Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Bagaimana Sentiasa Maju Kehadapan Dalam Perniagaan?

Sekiranya anda mengikuti perkembangan usahawan dan company perniagaan yang berjaya, pastinya anda dapat lihat perkembangan bisnes mereka. Jadi ada yang tanya pada saya…

“KJ, bagaimana untuk sentiasa maju kehadapan dalam perniagaan?”

Jawapan saya adalah, usahawan yang berjaya sering melihat pesaing mereka yang paling dekat. Mereka sering pantau pesaing mereka yang paling rapat. Mereka sering perhatikan langkah demi langkah pesaing mereka dan sentiasa ingin menjadi lebih baik dari pesaing mereka.

Namun, bagi saya pesaing sebenar bagi seorang usahawan adalah….

DIRI MEREKA SENDIRI!

Ramai yang sering melihat pesaing sebagai ‘perniagaan lain’ atau seperti mana yang kita sering fikirkan, bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari perniagaan pesaing?

Sebagai seorang usahawan kita perlulah melihat pesaing adalah diri kita sendiri dan mesti sentiasa fikirkan bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari diri sendiri.

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya kita bersandarkan kejayaan kita pada pesaing, apa akan jadi sekiranya pesaing kita tidak hebat? Maka kita juga akan jadi tidak hebat oleh kerana penanda aras kita adalah rendah. Tetapi, sekiranya kita sandarkan kejayaan kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita sebelum ini, pastinya ia akan menjadikan diri kita lebih baik dan terus lebih baik.

Jadi, apabila anda bersaing dengan diri anda sendiri, pastinya satu hari nanti pesaing-pesaing anda yang lain tidak akan dapat mengatasi kejayaan anda!

Kejayaan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan. Pesanan saya, sentiasa perbaiki diri sendiri. Jadi lebih baik dari diri anda sendiri.

Sekiranya anda terasa dalam diri anda anda mempunyai potensi yang lebih tinggi dari apa yang anda lakukan sekarang, sebenarnya anda memang betul.

Anda pasti mempunyai potensi yang lebih hebat lagi yang anda sendiri tidak mengambil peluang dan jadi lebih baik dari semalam, sebulan lepas atau tahun-tahun yang lepas.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang, bukan esok, bulan depan atau tahun depan, adalah, ambil tindakan!

-KJ-

Tiga Langkah Penting Yang WAJIB Anda Tahu Untuk Elak Masalah Kewangan

BARU JE GAJI, TAKKAN TINGGAL BANYAK NI JE DUIT?? LAGI 29 HARI NAK HIDUP NI!!

Haa..mesti ada yang macam ni kan..? Bukan nak mempersendakan, tapi itulah hakikatnya. Realiti yang perlu di hadapi.

Berat Mata Memandang, Perit Lagi Bila Mengalaminya Sendiri.

Semua orang pernah merasa, bukannya tak pernah alami. Untuk kebaikan bersama, saya kongsikan kepada anda

TIGA LANGKAH PENTING UNTUK ELAK MASALAH KEWANGAN.

a) SIMPANAN

Anda perlu berdisiplin dalam menyimpan. Menyimpan dahulu, baru berbelanja. Hendak menyimpan juga ada aturannya. Perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Bukan yang itu kita simpan dan yang itu juga kita guna waktu kecemasan. Bila tengok akaun balance sama je, tak bergerak. Padahal dah 10 tahun menyimpan tu.

Nak belajar buat simpanan boleh rujuk E-book Panduan Wang Gaji

b) PELBAGAIKAN PELABURAN

Kita sekarang ni zaman serba ada. Macam-macam ada. Pelaburan pun macam-macam ada. Ada pulangan kecil, besar. Jangka masa panjang, pendek. Tapi yang paling best pulangan besar dan cepat. Dijamin pulak tu. Ramai orang suka. Nama diberi Pelaburan Skim Cepat Kaya.

Lagi best, lepas dah masuk skim tu boleh jadi ‘femes’. Sebab buat report ramai-ramai, masuk suratkhabar. Point saya di sini, kita ni kena bijak pilih pelaburan. Ikut kemampuan.

JANGAN SEBAB NAK MELABUR, KITA TAMBAH HUTANG.

Ingat tu..Kita cari ilmu pelaburan yang betul. Takda ilmu dalam dunia ni yang kita tak perlu belajar.

c) HENTIKAN SIKAP BOROS

Yang ini selalu terbabas. Susah nak control. Kecuali kawan tu memang kedekut giler. Orang kedekut paling senang control masalah ni.

Nak buat macam mane, kita terpaksa belajar kedekut jugak. Untuk kebaikan kewangan masa depan. Senang sekarang belum tentu lagi akan senang juga akan datang. Kena be prepare.Tapi zakat dan sedekah jangan kedekut. Lebih takpe, kurang jangan. Allah tu maha kaya lahh..

-KJ-

Bisnes Idea

Bisnes Idea atau Idea Bisnes?

Dua-dua pun sama. Itu tak penting.

Yang penting sejauh mana idea tersebut boleh diterjemahkan menjadi satu realiti?

Ramai orang tanya saya, apa bisnes idea yang bagus?

Sebenarnya, sangat banyak bisnes idea yang berpotensi ‘dibunuh’ oleh rasa kurang yakin dengan diri sendiri.

Hakikatnya, apa yang perlu dibuat hanyalah dengan memulakannya.

Ya, kita perlu bermula. Bagaimana untuk bermula?

Scan diri kita sendiri terlebih dahulu.

Tanya diri sendiri, apa kemahiran atau kepakaran atau pengalaman kita yang bisa menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan & kehendak orang lain.

Bermulalah dengan apa yang ditangan kita. Ada orang, setiap hari adalah hari fikirkan bisnes idea, tapi tak mula-mula juga…

Kita kena yakin dengan diri sendiri, kalau tidak siapa lagi?

Jadi apa bisnes idea anda hari ini?

“STOP WISHING, START DOING!”

-KJ-

Pinjaman ASB Perlu Strategi Betul

MEMINJAM untuk melabur adalah antara kaedah pelaburan yang boleh membantu pelabur membina tabungan kukuh sekiranya dilakukan dengan strategi yang betul.

Ini kerana kesilapan dalam mencatur strategi akan menyebabkan pelabur sebenarnya hanya membayar caj faedah pinjaman kepada bank, tetapi tidak berjaya mengembangkan pelaburan dan mencapai matlamat diidamkan.

Setiausaha Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MPFC), Anuar Shuib, berkata pinjaman ASB adalah satu contoh yang baik kerana dengan meminjam, orang ramai boleh melabur.

“Ia adalah langkah terbaik bagi seseorang mengembang dan menggandakan wang. Namun, ramai yang silap mengatur strategi hingga menyebabkan mereka terpaksa menebus awal kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan apabila komitmen kewangan bertambah,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Anuar berkata, adalah penting untuk pelabur mengenal pasti kemampuan membayar ansuran bulanan sebelum membuat sebarang komitmen supaya matlamat pelaburan menerusi pinjaman ASB mampu menjadi kenyataan.

“Langkah ini dapat mengelak pelabur daripada mengeluarkan agihan pendapatan tahunan ASB untuk membayar ansuran bulanan kerana agihan pendapatan sebenarnya adalah faktor yang akan mengembangkan pelaburan dari tahun ke tahun,” katanya.

Meminjam untuk melabur membolehkan pelabur menerima pulangan dalam jumlah yang lebih besar, lebih cepat kerana pelaburan dibuat secara sekali gus berbanding jika pinjaman dibuat secara sedikit demi sedikit. Ini membantu pelaburan berkembang lebih pantas.

Perancangan kewangan

Pinjaman ASB ditawarkan oleh bank seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank dan Bank Simpanan Nasional. Jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan ialah RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

Anuar berkata, sebelum meminjam pelabur dinasihatkan untuk membuat perancangan kewangan dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai.

“Tidak semestinya kita mengambil pinjaman sehingga RM200,000 untuk tempoh 30 tahun walaupun kita mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian pada masa sekarang kerana kemampuan kewangan seseorang berubah mengikut perjalanan hidup, contohnya apabila berkeluarga, membeli rumah dan sebagainya,

Pinjam ikut kemampuan

“Apabila melabur, penting untuk menetapkan matlamat jangka panjang, justeru adalah lebih baik pinjaman diambil mengikut kemampuan,” katanya.

Sebagai contoh, pelabur yang baru bekerja boleh mengambil pinjaman ASB sebanyak RM10,000 untuk tempoh 20 tahun dan mereka perlu membayar kira RM70 sebulan. Pelabur bakal mempunyai tabungan berjumlah RM42,000 pada akhir tempoh pinjaman sekiranya kadar pulangan purata ASB ialah 7 peratus setahun.

Pelabur boleh menambah pinjaman ASB dari semasa ke semasa sekiranya mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk berbuat demikian.

Anuar berkata, menebus pinjaman ASB untuk keuntungan jangka pendek atau kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan adalah satu kerugian kerana kos melepas (opportunity cost) yang perlu ditanggung pelabur agak besar.

“Kos melepas di sini ialah masa kerana setiap pelaburan yang dilaburkan untuk satu tempoh yang panjang, mempunyai peluang untuk berkembang lebih besar berbanding pelaburan dengan tempoh yang pendek.

“Jumlah tabungan yang mampu dikumpul pastinya tidak sama jika pelabur terpaksa bermula semula,” katanya.

Anuar berkata, pelabur yang bergantung kepada dividen tahunan untuk membayar ansuran bulanan juga berdepan risiko ketidaktentuan kerana sebagai instrumen unit amanah, agihan pendapatan tahunan ASB adalah berubah-ubah bergantung kepada persekitaran semasa.

“Katakan tiba-tiba agihan pendapatan ASB lebih rendah berbanding caj bank, adakah pelabur mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran bulanan? Mereka mungkin terpaksa menebus pinjaman berkenaan yang menyebabkan mereka kehilangan tabungan jangka panjang.

“Perlu diingat apabila kita menebus pinjaman sebelum tempoh matang, sudah pasti kita perlu membayar baki pinjaman dan kos lain yang berkaitan dan akhirnya kita hanya menerima sejumlah kecil baki pelaburan.

“Ini adalah satu kerugian kerana jika kita bijak merancang apabila meminjam untuk melabur, kita pastinya akan memiliki sebuah tabungan yang kukuh apabila sampai tempoh pinjaman matang,” katanya.

Tip meminjam untuk melabur

Meminjam untuk melabur membolehkan pelaburan berkembang lebih pantas kerana pelabur menerima pulangan dalam jumlah yang lebih besar, lebih cepat berbanding jika pelaburan dibuat secara sedikit demi sedikit.

Kuasa faedah kompaun akan mengembangkan pelaburan dengan syarat agihan pendapatan dilaburkan semula dan pelaburan dibuat untuk jangka panjang. Jika agihan pendapatan dikeluarkan, pelaburan tidak akan berkembang dengan pantas.

Pastikan anda mampu membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri, bukannya daripada agihan pendapatan tahunan.

Buat analisis mengenai kemampuan kewangan diri sebelum membuat komitmen supaya matlamat membina tabungan kukuh mampu dicapai.

Sumber : Berita Harian Online

TAHUN BAHARU 2017, AZAM BAHARU

PADA 2017 ini, saya ingin mengajak masyarakat keseluruhan sama-sama berazam meningkatkan tahap ilmu pengetahuan ke arah yang lebih baik dan meluas. Tentu banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan bagi mencapai azam baharu ini. Namun, ingin dianjurkan untuk kita berazam membaca buku atau karya bermanfaat sejam setiap hari.

Azam ini kelihatan mudah. Namun, hakikatnya tidak. Azam ini memerlukan kita mengubah tabiat dan budaya hidup kita. Pertama ialah perubahan budaya kita terhadap ilmu pengetahuan itu terlebih dahulu. Kedua, perubahan sikap terhadap masa, manakala ketiga ialah perubahan tabiat dalam menentukan keutamaan amalan terbaik dalam kehidupan.

Budaya ilmu bermaksud kita memahami dan menghayati terlebih dahulu hakikat kedudukan ilmu yang tinggi berbanding perkara lain. Ketinggian kedudukan ilmu pengetahuan boleh diperhatikan dengan mata kasar kita mengenai kemuliaan yang dimiliki mereka yang berilmu pengetahuan.

Ilmuwan dihormati

Golongan ilmuwan dihormati segenap lapisan masyarakat. Kedudukan mereka di sisi masyarakat amat tinggi walaupun mungkin dari sudut kebendaan mereka dari kalangan orang kebanyakan.

Selain itu, apa yang lebih penting ialah peranan ilmu pengetahuan dalam mencorakkan pemikiran dan hala tuju kehidupan kita. Tidakkah kita perhatikan keadaan mereka yang kurang berpengetahuan dengan mereka yang berpengetahuan? Menerusi pengetahuan yang menyeluruh mengenai sesuatu perkara, kita akan dapat membuat penilaian terbaik dalam apa juga keadaan apabila perlu membuat pilihan.

Orang berilmu tidak akan menjadi ‘pak turut’ lagi, tetapi bertindak dalam segenap aspek kehidupan ini secara sedar, dipandu kefahaman dan hikmah. Dari sudut agama Islam, kedudukan orang berilmu ini berada pada tahap tertinggi dari segi darjahnya. Allah SWT menjanjikan untuk mengangkat kedudukan orang berilmu ke darjah terbaik dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Menerusi penghayatan kedudukan ilmu dalam kehidupan ini, ia seharusnya mampu memberi satu hala tuju berfikir untuk kita bercita-cita memiliki dan mengetahui sebanyak dan setinggi yang boleh mengenai pelbagai persoalan keagamaan, kemanusiaan dan ketamadunan.

Perubahan budaya pertama ini menjadi asas untuk seseorang menjayakan perubahan kedua iaitu sikap terhadap masa. Semua kita memiliki jumlah masa yang sama. Namun, apa yang akan membezakan antara kita adalah sikap terhadap masa.

Bagi seseorang yang memiliki kesedaran budaya ilmu yang tinggi, mereka tidak akan mensia-siakan masa walau sedetik untuk melakukan perkara sia-sia. Dalam hubungan ini, mereka memanfaatkan setiap detik masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Perubahan tabiat

Azam untuk membaca sekurang-kurangnya sejam setiap hari menuntut kita untuk memperuntukkan satu tempoh masa bagi menjalankan aktiviti membaca. Sikap positif terhadap nilai masa membolehkan seseorang itu memberikan satu masa khusus dalam sehari kehidupannya untuk peningkatan diri menerusi kaedah pembacaan.

Untuk mencapai azam baharu ini, perubahan tabiat dalam menyusun keutamaan amalan dalam kehidupan amat diperlukan. Kita sememangnya sentiasa berkejaran masa kesibukan dengan pelbagai tugasan dan urusan dalam kehidupan ini. Namun, kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak membaca dalam masa sehari.

Oleh itu, saranan terpenting di sini ialah untuk kita menjadikan amalan membaca sebagai satu daripada kegiatan utama dalam susunan amalan dalam kehidupan. Kita perlu memberikan waktu untuk amalan membaca dalam sehari walaupun sekejap. Malah, kita perlu menangguhkan kegiatan atau amalan lain yang tidak terlalu mustahak untuk memberikan ruang kepada kegiatan membaca.

Pada peringkat permulaan pemupukan budaya membaca, buku yang dibaca hendaklah sejajar dengan minat setiap individu. Namun, selepas beberapa tahap waktu, bentuk buku itu hendaklah sistematik. Pembacaan berpandukan klasifikasi ilmu yang dipecahkan kepada ilmu teras, ilmu umum, ilmu khusus dan ilmu alat mesti dipatuhi.

Masa membaca yang terbaik pula tergantung pada faktor biologi seseorang individu. Ada sesetengah ahli ilmuwan yang membaca pada awal pagi. Sebahagian lain sebelum tidur dan sebahagian yang lain ketika waktu petang. Apa yang penting bagi mereka yang ingin memulakan azam baharu membaca selama satu jam sehari pada tahun 2017 ini, jadikan membaca sebagai budaya dan amalan hidup pada waktu lapang.

Sumber : Berita Harian Online

Dividen ASB 2016 Terendah Dalam Sejarah

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Ini menjadikannya pengagihan dividen tahunan terendah sejak ianya ditubuhkan pada 1990. Pada tahun lalu, agihan pendapatan tabung itu adalah sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Berikut sejarah agihan dividen tahunan ASB.

asb1990_2015smal

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saya tak paksa anda untuk bersetuju dengan
apa yang saya kogsikan ini,

tapi saya tak sanggup untuk biarkan anda
berada dalam keadaan sentiasa tertanya-tanya
apa sebenarnya cara nak berjaya mengurus
wang dengan betul.

Saya selalu menerima pertanyaan dari orang
ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang
yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji,
yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan
terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh
beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan
cara apa mereka dapat urus wang dengan betul dan
perbaiki hidup.

Kerja makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan
hasil yang lebih baik untuk jangka panjang.

Mereka tak tahu nak bermula dari mana,
apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh
beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Terus terang saya cakap, ramai anak didik saya,
yang pernah membeli ebook saya bermula seperti ini,
kosong dan tak tahu apa-apa.

Tapi selepas Allah buka hati mereka untuk beli
panduan ebook saya mereka mula tahu dengan lebih
jelas cara bagimana nak urus wang dengan betul.

Ramai orang yang boleh urus wang. Tapi, tanpa ilmu,
ibarat anda pergi berperang tanpa senjata.

Mencari maut namanya!

Jadi berikut 3 perkara yang anda perlu tahu
sebelum urus wang…

 

1.Wang, Pendapatan Dan Kekayaan Bukanlah Perkara Yang Sama!

Ramai yang berpendapat wang, pendapatan dan kekayaan adalah perkara
yang sama.

Ramai ingat bila ada wang dan pendapatan mereka banyak, maka mereka
dah rasa boleh hidup kaya raya.

Sebaliknya urus wang bukan macam tu, bukan berapa banyak yang kita
dapat sebaliknya ianya tentang berapa banyak yang kita simpan dan
bagaimana kita berbelanja serta menguruskannya!

 

2.Urus Wang Bukannya Tentang Wang Semata-mata
Sebaliknya Ianya Tentang Sikap & Tabiat!

Harus diingat, untuk berjaya dalam pengurusan wang, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah sikap dan tabiat kita.

Ini penting bagi memastikan alat kewangan yang ada dapat digunakan bagi membantu kita memperolehi hasil sebagaimana yang kita inginkan.

Jika sekiranya kita tidak memahami sikap dan tabiat pengurusan kewangan kita, maka adalah sukar untuk kita mencapai matlamat kewangan yang telah kita rancang sebelum itu.

Sebab itulah kita boleh lihat semakin ramai individu yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik mereka mula memperolehi pendapatan
yang lebih besar.

Semakin besar pendapatan, semakin besar pula perbelanjaan dan hutang pinjaman mereka!

 

3. Urus Wang Adalah Kerja Sepenuh Masa!

Urus Wang sebenarnya bukan setakat membuat bajet bulanan,
membayar bil setiap bulan, membuat simpanan, membeli polisi insuran atau pelan takaful, atau melaburkan wang,
sebaliknya ianya lebih daripada itu.

Ramai yang tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa
tentang pengurusan kewangan, kesannya kedudukan kewangan
mereka akhirnya berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu,
pengurusan wang bukan hanya dilakukan sebulan sekali malahan ianya merupakan tugasan atau kerja yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!

Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja
atau pun bisnes!

Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu
kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh
untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun
tidak seberapa…

Amacam? Adakah info yang sedikit ini memberikan anda
sedikit idea atau ilmu?

Jika anda baca ebook Kewangan Peribadi
– Pengurusan Aliran Tunai –

InsyaAllah anda akan rasa sangat beruntung kerana
ada banyak benda yang anda rasa nak betulkan setelah
baca ebook tersebut.

Berita baiknya, anda boleh dapatkan bacaan lanjutnya
dengan klik link berikut di bawah :

http://kewanganperibadi.com/v20/

Sekian,

KJ

Siapa Sangka Warga Bangladesh Ini Mampu Jadi Jutawan Di Malaysia!

Siapa sangka Billal Hossain Abdul Awal, 46, (kiri) kini menjadi jutawan walaupun kedatangannya ke Malaysia pada 29 tahun lalu hanya sekadar mahu membantu perniagaan abangnya.

Warga Bangladesh ini yang menganggap Malaysia dilimpahi ‘hujan emas’ asalkan rajin dan bijak memanfaatkannya.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia ketika berusia 17 tahun, Billal datang bersama seorang abangnya yang menetap di Jerman kerana melancong.

“Entah kenapa saya terus jatuh hati dengan Malaysia. Sebab itulah apabila abang menawarkan kerja di sini, saya terus datang dan bekerja di Sabah.

“Di Sabah saya uruskan pemasaran dan pengedaran syarikat pengeluar pakaian milik abang yang mempunyai kilang di Bangladesh,” katanya.

Selepas lima tahun mengumpul pengalaman dalam bidang perniagaan, Billal mengambil keputusan membuka syarikat sendiri.

Namun, perniagaan itu tidak kekal kerana ditipu rakan kongsi warga tempatan. Dia terpaksa membuka syarikat baru pada tahun 2001 dikongsi bersama isterinya yang juga rakyat tempatan.

“Jodoh kami bagaimanapun tidak panjang. Hanya dua tahun. Selepas bercerai, saya cari rakan kongsi lain yang juga warga tempatan,” katanya.

Bermula secara kecil-kecilan, syarikatnya menjadikan urus niaga hartanah sebagai fokus perniagaan walaupun turut membuka kedai runcit dan tanaman sayuran.

“Saya fokus pada urus niaga hartanah dengan membeli tanah, lot kedai dan rumah sedikit demi sedikit yang kemudian saya sewakan.

“Semua aset itu saya beli secara tunai. Selain memperoleh sumber pendapatan secara bulanan melalui sewaan, saya dapat jadikannya sebagai pelaburan,” katanya yang kini sudah bergelar jutawan.

Billal berkata, aset dan perniagaan hartanah jarang rugi kerana harganya terus meningkat.

“Walaupun tidak berpelajaran tinggi, saya banyak belajar melalui pengalaman kerana mula dari bawah,” katanya.

Terkini, dia membuat perancangan membina dua unit kondominium 20 tingkat di tanah lot yang dibeli di Taman Harmoni, Gombak.

“Dulu saya beli tanah itu dengan harga RM2 juta, kini harga nilainya mencecah RM20 juta. Daripada menjual tanah itu, saya fikir lebih baik bina kondominium bagi meningkatkan pendapatan.

Bagaimanapun, hasrat itu terbantut seketika apabila dia bercerai dengan isterinya, warga tempatan, yang dikahwininya pada tahun 2001.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua anak berusia 13 dan 11 tahun.

Ditanya mengapa memilih Malaysia sebagai lokasi perniagaan, Billal berkata, persaingan tinggi di Bangladesh menyebabkan dia sukar mengukuhkan empayar di negara asalnya.

“Di Bangladesh, penduduknya ramai iaitu sekitar 140 juta orang, jadi peluang perniagaan agak berisiko melainkan anda ada banyak modal.

“Harga tanah di Bangladesh juga jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Malah, lebih mudah berniaga di sini kerana saya hanya perlu fokus kepada perniagaan dan tidak perlu terbabit dengan politik,” katanya.

Billal yang kini mendapat taraf pemastautin tetap berkata, Malaysia menawarkan peluang sama rata kepada semua orang asalkan mereka rajin.

Dia turut memiliki perniagaan sampingan seperti tanaman sayuran, ternakan kambing dan lembu serta kedai runcit.

“Kini, saya menanam sayur di Bukit Kundang, Hulu Langat di tanah seluas 0.8 hektar. Sebelum ini saya pernah sewa 242 hektar tanah di Cameron Highlands untuk tanam sayur tapi disebabkan pemiliknya ambil balik, sekarang saya dalam proses mencari tanah lain di sekitar Perak dan Pahang,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

 

Bilakah Masa Paling Sesuai Melabur Emas? Ini Jawapannya..

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat hendaknya.

Baiklah kali ini saya saja nak kongsi dengan anda satu soalan yang sering diajukan kepada
saya tentang pelaburan emas.

Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja email yang masuk ke kotak email saya yang minta pandangan dan nasihat kewangan terutama sekali tentang pelaburan emas yang kembali HOT diperkatakan sejak akhir-akhir ni.

Soalan yang paling ‘Famous’ adalah…

“Bilakah Masa Paling Sesuai Melabur Emas?”

Itulah soalan yang paling kerap saya terima melalui kotak email saya setiap hari.

Ramai yang kata masa paling sesuai untuk melabur dan membeli emas adalah ketika harganya sedang jatuh…
sebab harganya murah.

Tapi kalau harganya jatuh lagi dan lagi dan lagi…

Macamana pula?

Maka ada pula yang kata masa paling sesuai adalah ketika trend harga emas sedang menaik…

Masalahnya ada sesiapa yang tahu dan boleh beri jaminan selepas mereka beli dan melabur emas harganya akan terus melambung naik?

Tak juga kan!

“Jadi apakah jawapan yang sebenarnya wahai Tuan KJ..”

Mungkin itulah soalan yang mungkin sedang bermain dalam kotak fikiran Loinis ketika ini kan…?

Baiklah saya akan dedahkannya sekarang!

Bagi saya masa paling sesuai untuk seseorang itu melabur emas bahkan untuk apa jua bentuk pelaburan adalah bila mereka dah ada ILMU!

Ya, ILMU pelaburan!

Apabila kita dah ada ilmu, kita faham bagaimana pelaburan itu berlaku,bagaimana nak membuat untung dengannya dan bagaimana nak elakkan kerugian daripadanya, itulah masa yang terbaik untuk kita mula melabur.

Betul tak?

Ramai orang lebih fokus pada masa.

Masalahnya kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada masa depan.

Sebaliknya jika kita dah ada ilmu, kita dah boleh atur strategi pelaburan kita.

Jadi sebab itulah, untuk bantu ramai orang  di luar sana yang masih tercari cari jawapan kepada pelaburan emas ini,

maka saya dah sediakan ilmu pelaburan emas yang menguntungkan, dan untuk mendapatkannya sila klik link berikut di bawah:

KLIK SINI ==> https://goo.gl/txzwDM <== KLIK SINI

p/s: Dapatkan segera tawaran istimewa ilmu pelaburan emas sekiranya anda ingin buat untung dengan emas!

Sekarang saya kira anda sudah mula faham untuk melabur kita tidak perlu tahu bilakah masa yang sesuai sebaliknya kita perlu tahu adakah kita sudah menguasai ilmu pelaburan tersebut?

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat berikan manfaat buat anda.

Semoga kita bertemu lagi dalam artikel lain pada masa akan datang. Semoga berjaya!

Sekian,

KJ

Ulasan Bajet 2017 Ke Atas Perancangan Kewangan Individu

📢 Review Bajet 2017 ke atas Perancangan Kewangan Individu

Tema Bajet 2017 ialah:

•➡ Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi

•➡ Menghemah Perbelanjaan Inklusif

•➡ Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh

Adalah penting dalam review ini adalah untuk memahami apa yang cuba disampaikan, bukan hanya lihat apa yang kita suka dan tidak suka. Inilah pemikiran yang berobjektif.

Apa yang dimaksudkan dengan tema?

1) Menjamin Perpaduan – bermakna semua pihak akan dapat perhatian. M40 dan B40 akan lebih diberi perhatian. Semua kaum akan dapat bajet masing-masing. Kita boleh lihat bahagian Komuniti Cina dan India, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra dan Memartabat Syiar Islam.

2) Pertumbuhan Ekonomi – Projek mega yang membantu ekonomi dan galakan perbelanjaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan GDP.

3) Menghemah Perbelanjaan Inklusif – beberapa penjimatan dan pengurangan kebanyakannya dalam Operating Expenses (Belanja Mengurus)

4) Mensejahtera Kehidupan Rakyat – adanya BR1M, pelbagai insentif untuk penjawat awam, pemandu teksi, pelajar

➡➡Kesan Terus kepada Kewangan Peribadi

Mari kita lihat terus beberapa poin dalam Bajet 2017 yang akan memberi impak terus kepada kewangan peribadi. Secara jujurnya, tidak banyak.

1) Pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama dalam tempoh 1 Januari 2017 – 31 Disember 2018. Rujuk gambar 1:

 

bajet01

 

 

Sebelum ini hanya diskaun 50% sahaja untuk rumah pertama di bawah RM500,000.

Jadi ada pro and con. Permintaan terhadap rumah di bawah RM300,000 pastinya kekal atau lebih tinggi. Bagi sesiapa yang belum memiliki rumah pertama, jangan lengahkan lagi.

2) Mereka yang menerima BR1M boleh menggunakan wang itu untuk menjadi pemandu UBER. Rebat sebanyak RM4,000 untuk membeli Proton Iriz. Rujuk gambar 2:

bajet02

Saya tidak tahu sejauh mana diskaun ini berkesan dengan tawaran diskaun sedia ada.

Tapi idea jana pendapatan kedua ini sememangnya memberi impak kepada kewangan kita. Kita perlu ada sumber pendapatan tepi (side income). Tidak boleh mengharapkan satu sumber sahaja. Namun tidak terhad kepada UBER sahaja. Banyak lagi pendapatan kedua yang lain, contohnya menjadi perunding kewangan #TheSophisticatedInvestor 😛

3) BR1M. Pastinya kenaikan BR1M memberi impak kepada kewangan kepada sesiapa yang layak.

Individu bujang menerima tambahan RM 50, dari RM 400 kepada RM 450. RM 50 ini lebih daripada 10%.

Jadi pandai-pandailah berbelanja. Jangan beli rokok sudah. Kalau tambah simpanan lagi baik. Gaji RM 2,000 tu kalau cermat memang boleh simpan banyak.

Isi rumah yang lain dapat pertambahan 10% juga lebih kurang. Dari 800 ke 900. Oklah tu kan, boleh tampung mana-mana perbelanjaan yang meningkat. Kalau nak lebih lagi, buat kerja kedua, ketiga, keempat, kelima. :p

bajet2

4) Program SL1M. Walaupun bukan untuk semua, tapi untuk fresh grad daripada menganggur tak ada kerja jangan habiskan beras dan internet quota mak bapak.

Mohon skim latihan ni. Dapat RM1,500 juga tak silap. Cukup bagus untuk bina kewangan. Program ni okay takutlah malas nak jual nasi lemak tu kan. Pergilah skim latihan ni. Paling kurang dapat pengalaman bekerja.

5) Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 (digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup) bagi pembelian:

•Bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, surat khabar bercetak, smartphone & tablet, langganan internet & bayaran keahlian gymnasium. Rujuk gambar 4:

bajet03

Ok sekarang ni bukan sahaja komputer, buku dan majalah, sukan asing asing, tapi semua tu digabungkan menjadi pelepasan cukai gaya hidup. Abang-abang sado boleh claim relief kalau masuk membership gym. Hehe. Makin galaklah abam sado sekarang.

Ok bab ini saya nak komen sedikit. Bab pelepasan cukai gaya hidup ni memang saya lihat fungsinya sama seperti BR1M, untuk kekalkan purchasing power dan spending serta tingkatkan aktiviti ekonomi. Namun perlu juga untuk periksa pengiraan cukai anda.

Alumni DIY360 tahu cara optimumkan cukai. Jika gaji anda antara RM3,000-RM5,000, untuk anda spend RM2,500 semata-mata untuk relief cukai mungkin tak berbaloi.

Kenapa?

Kerana anda perlu spend RM2,500 untuk relief cukai yang hanya mungkin RM10. Whattt? Belanja RM2,500 untuk jimat RM10? Tak masuk akal kan.

Namun kalau memang anda dah belanja, claim sahajalah relief tu. Ini kalau sengaja spend untuk konon tolak cukai. Kena kira dahulu berbaloi ataupun tidak. Kalau dahulu ada yang belanja RM1,000 untuk buku yang konon nak baca.

Rujuk rajah 5. Ini berdasarkan tolakan asas sahaja. Belum lagi tolakan anak dan sebagainya.

bajet04

6) Baucar buku diganti dengan kad debit bernilai RM250. Ini untuk pelajar. Tak tahulah kalau ada yang nak jual kad debit ni dan ada pula nak beli. Nasihat saya, gunakanlah sebaiknya untuk PEMBELAJARAN anda.

7) Diskaun bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017:

a. •15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh

b. •10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran

c. •10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik

Ya buat peminjam peminjam sekalian. Ambil peluang ini untuk bayar hutang anda segera. 15% cukup tinggi untuk lumpsum.

Cubalah rekki mana-mana simpanan yang ada kalau nak terus tanpa pening kepala. Kalaupun rasa ujrah tu very low, takpa buat penstrukturan dengan potong gaji atau direct debit, dapat juga 10% discount.

8) Penjawat awam dapat pinjaman untuk smartphone dan komputer setiap 3 tahun. Bagus ke tidak? Personal to improve spending maybe positive. Tapi kalau berhutang beli liabiliti, saya nasihatkan tak payahlah. Kalau betul untuk buat kerja macam komputer tu mungkin ok, tapi kumpullah duit.

9) Had kelayakan rumah untuk penjawat awam. Ok, gaji pun steady, cash flow pun cantik. Sebat jer lah. Sampai 750k tu.

10) Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam. Duit percuma ni kalau boleh bawak-bawak lah simpan. Hehhehe..

11) Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk peralatan penyusuan bayi (2 tahun sekali) dan RM1,000 untuk anak 6 tahun ke bawah untuk pusat asuhan kanak kanak.

Yang ni memang wow. Mantop sekali. So bolehlah tambah anak tahun depan. Hihi..

Ok rasanya setakat tu dulu poin yang berkait dengan kewangan peribadi anda. Yang lain mungkin tiada kesan sangat, lebih kepada keusahawanan, dan peringkat negara.

Alwi Adam

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm