Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Bilakah Masa Paling Sesuai Melabur Emas? Ini Jawapannya..

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat hendaknya.

Baiklah kali ini saya saja nak kongsi dengan anda satu soalan yang sering diajukan kepada
saya tentang pelaburan emas.

Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja email yang masuk ke kotak email saya yang minta pandangan dan nasihat kewangan terutama sekali tentang pelaburan emas yang kembali HOT diperkatakan sejak akhir-akhir ni.

Soalan yang paling ‘Famous’ adalah…

“Bilakah Masa Paling Sesuai Melabur Emas?”

Itulah soalan yang paling kerap saya terima melalui kotak email saya setiap hari.

Ramai yang kata masa paling sesuai untuk melabur dan membeli emas adalah ketika harganya sedang jatuh…
sebab harganya murah.

Tapi kalau harganya jatuh lagi dan lagi dan lagi…

Macamana pula?

Maka ada pula yang kata masa paling sesuai adalah ketika trend harga emas sedang menaik…

Masalahnya ada sesiapa yang tahu dan boleh beri jaminan selepas mereka beli dan melabur emas harganya akan terus melambung naik?

Tak juga kan!

“Jadi apakah jawapan yang sebenarnya wahai Tuan KJ..”

Mungkin itulah soalan yang mungkin sedang bermain dalam kotak fikiran Loinis ketika ini kan…?

Baiklah saya akan dedahkannya sekarang!

Bagi saya masa paling sesuai untuk seseorang itu melabur emas bahkan untuk apa jua bentuk pelaburan adalah bila mereka dah ada ILMU!

Ya, ILMU pelaburan!

Apabila kita dah ada ilmu, kita faham bagaimana pelaburan itu berlaku,bagaimana nak membuat untung dengannya dan bagaimana nak elakkan kerugian daripadanya, itulah masa yang terbaik untuk kita mula melabur.

Betul tak?

Ramai orang lebih fokus pada masa.

Masalahnya kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada masa depan.

Sebaliknya jika kita dah ada ilmu, kita dah boleh atur strategi pelaburan kita.

Jadi sebab itulah, untuk bantu ramai orang  di luar sana yang masih tercari cari jawapan kepada pelaburan emas ini,

maka saya dah sediakan ilmu pelaburan emas yang menguntungkan, dan untuk mendapatkannya sila klik link berikut di bawah:

KLIK SINI ==> https://goo.gl/txzwDM <== KLIK SINI

p/s: Dapatkan segera tawaran istimewa ilmu pelaburan emas sekiranya anda ingin buat untung dengan emas!

Sekarang saya kira anda sudah mula faham untuk melabur kita tidak perlu tahu bilakah masa yang sesuai sebaliknya kita perlu tahu adakah kita sudah menguasai ilmu pelaburan tersebut?

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat berikan manfaat buat anda.

Semoga kita bertemu lagi dalam artikel lain pada masa akan datang. Semoga berjaya!

Sekian,

KJ

Ulasan Bajet 2017 Ke Atas Perancangan Kewangan Individu

📢 Review Bajet 2017 ke atas Perancangan Kewangan Individu

Tema Bajet 2017 ialah:

•➡ Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi

•➡ Menghemah Perbelanjaan Inklusif

•➡ Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh

Adalah penting dalam review ini adalah untuk memahami apa yang cuba disampaikan, bukan hanya lihat apa yang kita suka dan tidak suka. Inilah pemikiran yang berobjektif.

Apa yang dimaksudkan dengan tema?

1) Menjamin Perpaduan – bermakna semua pihak akan dapat perhatian. M40 dan B40 akan lebih diberi perhatian. Semua kaum akan dapat bajet masing-masing. Kita boleh lihat bahagian Komuniti Cina dan India, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra dan Memartabat Syiar Islam.

2) Pertumbuhan Ekonomi – Projek mega yang membantu ekonomi dan galakan perbelanjaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan GDP.

3) Menghemah Perbelanjaan Inklusif – beberapa penjimatan dan pengurangan kebanyakannya dalam Operating Expenses (Belanja Mengurus)

4) Mensejahtera Kehidupan Rakyat – adanya BR1M, pelbagai insentif untuk penjawat awam, pemandu teksi, pelajar

➡➡Kesan Terus kepada Kewangan Peribadi

Mari kita lihat terus beberapa poin dalam Bajet 2017 yang akan memberi impak terus kepada kewangan peribadi. Secara jujurnya, tidak banyak.

1) Pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama dalam tempoh 1 Januari 2017 – 31 Disember 2018. Rujuk gambar 1:

 

bajet01

 

 

Sebelum ini hanya diskaun 50% sahaja untuk rumah pertama di bawah RM500,000.

Jadi ada pro and con. Permintaan terhadap rumah di bawah RM300,000 pastinya kekal atau lebih tinggi. Bagi sesiapa yang belum memiliki rumah pertama, jangan lengahkan lagi.

2) Mereka yang menerima BR1M boleh menggunakan wang itu untuk menjadi pemandu UBER. Rebat sebanyak RM4,000 untuk membeli Proton Iriz. Rujuk gambar 2:

bajet02

Saya tidak tahu sejauh mana diskaun ini berkesan dengan tawaran diskaun sedia ada.

Tapi idea jana pendapatan kedua ini sememangnya memberi impak kepada kewangan kita. Kita perlu ada sumber pendapatan tepi (side income). Tidak boleh mengharapkan satu sumber sahaja. Namun tidak terhad kepada UBER sahaja. Banyak lagi pendapatan kedua yang lain, contohnya menjadi perunding kewangan #TheSophisticatedInvestor 😛

3) BR1M. Pastinya kenaikan BR1M memberi impak kepada kewangan kepada sesiapa yang layak.

Individu bujang menerima tambahan RM 50, dari RM 400 kepada RM 450. RM 50 ini lebih daripada 10%.

Jadi pandai-pandailah berbelanja. Jangan beli rokok sudah. Kalau tambah simpanan lagi baik. Gaji RM 2,000 tu kalau cermat memang boleh simpan banyak.

Isi rumah yang lain dapat pertambahan 10% juga lebih kurang. Dari 800 ke 900. Oklah tu kan, boleh tampung mana-mana perbelanjaan yang meningkat. Kalau nak lebih lagi, buat kerja kedua, ketiga, keempat, kelima. :p

bajet2

4) Program SL1M. Walaupun bukan untuk semua, tapi untuk fresh grad daripada menganggur tak ada kerja jangan habiskan beras dan internet quota mak bapak.

Mohon skim latihan ni. Dapat RM1,500 juga tak silap. Cukup bagus untuk bina kewangan. Program ni okay takutlah malas nak jual nasi lemak tu kan. Pergilah skim latihan ni. Paling kurang dapat pengalaman bekerja.

5) Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 (digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup) bagi pembelian:

•Bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, surat khabar bercetak, smartphone & tablet, langganan internet & bayaran keahlian gymnasium. Rujuk gambar 4:

bajet03

Ok sekarang ni bukan sahaja komputer, buku dan majalah, sukan asing asing, tapi semua tu digabungkan menjadi pelepasan cukai gaya hidup. Abang-abang sado boleh claim relief kalau masuk membership gym. Hehe. Makin galaklah abam sado sekarang.

Ok bab ini saya nak komen sedikit. Bab pelepasan cukai gaya hidup ni memang saya lihat fungsinya sama seperti BR1M, untuk kekalkan purchasing power dan spending serta tingkatkan aktiviti ekonomi. Namun perlu juga untuk periksa pengiraan cukai anda.

Alumni DIY360 tahu cara optimumkan cukai. Jika gaji anda antara RM3,000-RM5,000, untuk anda spend RM2,500 semata-mata untuk relief cukai mungkin tak berbaloi.

Kenapa?

Kerana anda perlu spend RM2,500 untuk relief cukai yang hanya mungkin RM10. Whattt? Belanja RM2,500 untuk jimat RM10? Tak masuk akal kan.

Namun kalau memang anda dah belanja, claim sahajalah relief tu. Ini kalau sengaja spend untuk konon tolak cukai. Kena kira dahulu berbaloi ataupun tidak. Kalau dahulu ada yang belanja RM1,000 untuk buku yang konon nak baca.

Rujuk rajah 5. Ini berdasarkan tolakan asas sahaja. Belum lagi tolakan anak dan sebagainya.

bajet04

6) Baucar buku diganti dengan kad debit bernilai RM250. Ini untuk pelajar. Tak tahulah kalau ada yang nak jual kad debit ni dan ada pula nak beli. Nasihat saya, gunakanlah sebaiknya untuk PEMBELAJARAN anda.

7) Diskaun bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017:

a. •15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh

b. •10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran

c. •10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik

Ya buat peminjam peminjam sekalian. Ambil peluang ini untuk bayar hutang anda segera. 15% cukup tinggi untuk lumpsum.

Cubalah rekki mana-mana simpanan yang ada kalau nak terus tanpa pening kepala. Kalaupun rasa ujrah tu very low, takpa buat penstrukturan dengan potong gaji atau direct debit, dapat juga 10% discount.

8) Penjawat awam dapat pinjaman untuk smartphone dan komputer setiap 3 tahun. Bagus ke tidak? Personal to improve spending maybe positive. Tapi kalau berhutang beli liabiliti, saya nasihatkan tak payahlah. Kalau betul untuk buat kerja macam komputer tu mungkin ok, tapi kumpullah duit.

9) Had kelayakan rumah untuk penjawat awam. Ok, gaji pun steady, cash flow pun cantik. Sebat jer lah. Sampai 750k tu.

10) Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam. Duit percuma ni kalau boleh bawak-bawak lah simpan. Hehhehe..

11) Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk peralatan penyusuan bayi (2 tahun sekali) dan RM1,000 untuk anak 6 tahun ke bawah untuk pusat asuhan kanak kanak.

Yang ni memang wow. Mantop sekali. So bolehlah tambah anak tahun depan. Hihi..

Ok rasanya setakat tu dulu poin yang berkait dengan kewangan peribadi anda. Yang lain mungkin tiada kesan sangat, lebih kepada keusahawanan, dan peringkat negara.

Alwi Adam

5 Halangan Kejayaan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa cita-cita anda? Pernah anda senaraikan apa yang anda impikan, kereta jenama apa, rumah besar mana di lokasi mana, nak pergi umrah dan haji bersama siapa dan bila dan apa-apa sahaja impian yang anda ada?

Kesilapan manusia dalam memburu impian ialah mereka tidak pernah menulis impian mereka. Pakai ingat-ingat sahaja. Jadi, mula menulis impian dari sekarang ye.

Dan, anda juga perlu tahu apa yang menghalang manusia untuk berjaya, antaranya ialah:

image

Mereka tidak mahu belajar dan merasakan diri sudah hebat. Sikap ego akan membawa kita pada kegagalan. Mereka yang ego juga terlalu yakin pada diri sendiri dan tidak suka mendengar nasihat dari masyarakat sekeliling. Ini kerana, mereka percaya bahawa mereka tahu semua perkara.

image

Orang yang mudah berputus asa akan sentiasa gagal dan susah untuk berjaya. Ini kerana, mereka melakukan setiap pekerjaan separuh jalan. Apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan gagal, mereka terus berhenti melakukannya. Mereka tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

image

Mereka takut mengambil risiko untuk gagal walaupun perniagaan tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk dikomersialkan. Mungkin kerana, kegagalan akan menyebabkan mereka rugi. “Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah“, HAMKA

image

Mereka tidak bersungguh untuk mengubah hidup sendiri. Sekiranya mereka tiada kesungguhan, mereka tidak mempunya kekuatan mental yang dapat memastikan kejayaan dalam perniagaan. Jangan biarkan perkara ini menghalang impian dan cita-cita anda dari terus berjaya

image

Sekiranya mereka tidak komited dalam perniagaan, akan menyebabkan hilang fokus untuk berjaya. Ini kerana, ia akan menjadi sia-sia dan diibaratkan seperti hangat-hangat tahi ayam.

Ini adalah sebahagian dari ilmu yang perlu anda pelajari. Ramai orang tak faham, kenapa asyik tak jadi sahaja apa yang diusahakan. Semuanya macam separuh jalan. Seharusya untuk mencapai impian, 5 halangan ini hendaklah dibuang jauh-jauh daripada kamus hidup anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu hidup anda menjadi lebih berjaya. Semoga berjaya.
Kredit : Team Richworks

BERHATI-HATI DENGAN EMEL PALSU MENGGUNAKAN NAMA BANK NEGARA MALAYSIA

Siaran Akhbar : Bank Negara Malaysia (7 Oktober 2016)  

Bank Negara Malaysia ingin memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai     e-mel palsu menggunakan nama Bank Negara Malaysia yang kononnya menghendaki penerima e-mel untuk klik dan muat turun lampiran.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mengendahkan e-mel ini dan tidak memuat turun lampiran tersebut.

Modus operandi e-mel palsu yang digunakan oleh individu tertentu untuk memperdaya mangsa adalah seperti yang berikut:

  • Mangsa menerima e-mel bertajuk “Security Verification” yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia untuk memberitahu mereka bahawa terdapat bayaran yang akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Mangsa dikehendaki melengkapkan pengesahan keselamatan dengan memuat turun lampiran yang disediakan.
  • Sebaik sahaja mangsa klik/muat turun pada pautan yang disediakan dalam lampiran, pautan tersebut akan membawa mereka ke laman sesawang palsu. Mereka diminta memberikan maklumat peribadi kewangan seperti butiran kad kredit atau kad debit termasuk nilai pengesahan kad (card verification value, CVV) atau nombor pengenalan peribadi lain (personal identification numbers, PIN).

Institusi kewangan termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia serta semua institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.

Bank Negara Malaysia ingin menasihati orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan berikut: –

  1. Gunakan pelayar sesawang (web browser) yang terkini dengan penapis phishing (kegiatan mencuri maklumat) yang telah tersedia.
  2. JANGAN mempercayai e-mel, panggilan atau SMS yang mendakwa anda memperoleh hadiah wang tunai, pemindahan dana yang diterima/bayaran atau bayaran balik wang dan meminta maklumat perbankan peribadi.
  3. Hubungi bank masing-masing atau hubungi perkhidmatan bebas tol Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) yang dikenali sebagai ABMConnect di 1-300-88-9980 apabila anda ragu-ragu mengenai e-mel, SMS atau panggilan telefon.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan aktiviti penipuan kewangan, sila layari laman sesawang amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi atau melawat:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk mengemukakan pertanyaan atau aduan, jenis 15888

BNM TANYA [pertanyaan anda/aduan]

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato ‘Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)

Atau Melawat cawangan-cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching atau

Telefon ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia)

Tel: 1-300-88-9980

Illustrasi e-emel palsu

 

 

Apa Itu CCRIS?

Masih ramai yang tak tahu apa itu CCRIS?

Ianya adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ianya merekodkan semua hutang yang dimiliki  oleh seseorang dan rekod bayaran balik  yang dibuat.

Namun ada juga yang salah faham jika nama mereka disenaraikan dalam CCRIS, maka nama mereka disenarai hitam dan menyebabkan mereka dihalang daripada ke luar negara serta tidak boleh membuat pinjaman bank.

Tapi CCRIS tidak menimbulkan halangan, selagi orang ramai membayar hutang dimiliki mengikut jadual. Apa yang penting, peminjam hanya perlu membayar balik sebarang pinjaman dimiliki secara konsisten, supaya CCRIS tidak merekodkan nama mereka dengan prestasi buruk itu.

Ini kerana CCRIS mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang, milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain, termasuk rekod bayaran balik selama 12 bulan sebelum dirujuk semua institusi terbabit, setiap kali orang ramai membuat permohonan pinjaman baharu.

Namun jika seseorang yang ingin ke luar negara tetapi berdepan halangan kerana masalah hutang atau diisytiharkan bankrap, boleh mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sehubungan itu, disarankan semua peminjam membuat semakan ketika hendak membuat pinjaman baharu. Yanh penting, sentiasalah pastikan bayaran balik pinjaman bank yang ada dibuat secara konsisten supaya tidak berdepan masalah untuk membuat sebarang pinjaman baru kemudian hari.

KJ

5 Langkah Jadi Pekerja Kaya, Pekerja JUTAWAN!

Dalam satu seminar yang saya jalankan, ada satu soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta .

Soalan itu adalah,

“Boleh ke jadi kaya dengan hanya kerja Makan Gaji?

Sebab orang kata, kalau nak kaya mesti berniaga?”

Jawapan saya,sudah tentu boleh jika kita ada ilmu dan strategi kewangan yan betul!

Sebenarnya di luar sana terdapat sebilangan kecil Pekerja Makan Gaji yang hidup Kaya -Raya tanpa diketahui umum.

Bahkan ramai yang beranggapan kerja makan gaji ni hanya sekadar cukup-cukup makan aje!

Yelah bak kata pepatah,

‘Kais Pagi Makan Pagi,

Kais Petang Makan Petang’.

Cukup bulan terima gaji,

belum sempat sebulan,

duit gaji dah habis!

Jadi saya nak bagitau kat sini, adalah tak mustahil pekerja makan gaji boleh jadi kaya jika mereka tahu

‘Rahsia’ bagaimana untuk Bekerja & Menjadi Kaya!

Penerangan untuk ‘Rahsia’ ini terlalu panjang.

Tapi saya cuba kongsikan 5 langkah berikut sebagai panduan asas supaya Kj mudah untuk praktis sekejap lagi.

1) Kawal perbelanjaan sebaik terima gaji. Berhati-hati dengan tabiat berbelanja.

Ramai pekerja menjadi miskin bila mana mula berbelanja melebihi apa yang mereka dapat!

2) Sediakan Bajet Bulanan. Bila kita sediakan bajet, secara tak langsung kita ada matlamat yang teratur kemana duit kita akan dibelanjakan.

Sediakan bajet untuk simpanan, pelaburan masa depan, dan kecemasan selain daripada bayaran bil-bil bulanan yang lain.

3) Jangan lupa bayar diri anda dahulu. Maknanya simpan sebahagian 10% daripada gaji untuk disimpan labur bagi penyediaan Tabung Kekayaan.

4) Jangan bergantung pada satu pendapatan sahaja, sila cari pendaptan kedua bagi tampung kos sara hidup dan membesarkan lagi Tabung Kekayaan.

5) Berhati-hati dengan keputusan yang anda ambil hari ini kerana ianya akan menentukan kedudukan masa depan kewangan anda.

Jika hari ini anda lebih banyak berhutang daripada menyimpan dan melabur, maka anda akan menjadi lebih miskin pada masa depan!

Sekiranya, Kj nak tahu “Bagaimana Pekerja Makan Gaji Boleh Jadi Kaya, Jadi Jutawan!” secara langkah demi langkah,

saya ada sediakan satu panduan yang boleh bantu anda.

Cepat download panduan EKSKLUSIF ini kalau anda serius nak belajar bagaimana untuk jadi …

Pekerja Kaya, Pekerja Jutawan!

KLIK LINK BERIKUT SEKARANG! ==>>> http://goo.gl/f1ZYnw <<<==

Bisnes SUBLET : Jana Duit Tanpa Miliki Hartanah Sendiri!

Sebenarnya  makin ramai yang dah orang terlibat menguruskan bisnes sublet kecil-kecilan ni secara part time je. Tapi hasilnya memang boleh tahan:)

Kebanyakan daripada mereka pada asalnya niat nak cari pengalaman menjadi tuan rumah sementara je sebelum menunggu peluang memiliki hartanah sendiri suatu hari nanti.

Ye lah, nak beli hartanah sekarang ni sekurang-kurangnya perlu sediakan 10% dulu!

Kalau dah cecah RM300k -RM500K mana nak cekau RM30K- RM50K kan?

Jadi salah satu cara nak jadi Tuan Rumah sendiri adalah dengan cara ‘SUBLET”!

Sublet ini dengan kata mudahnya adalah bermaksud kita sewa ruma daripada pemilik rumah dan dengan persetujuan pemilik rumah kita sewakan semula kepada penyewa baru!

Tapi ramai yang kata ni kerja ‘Remeh’.

Memang kerja memang nampak remeh tapi sebenarnya ada satu perkara PENTING yang nak saya beritahu!

Satu STRATEGI yang sangat kritikal dalam kejayaan sublet ialah kita kena ‘scan’ dahulu lokasi hartanah mana yang ‘laku keras’.

Kita harus ingat, bukan semua hartanah yang ‘hot’ dan banyak ‘demand’!

Bisnes sublet ini adalah alternatif yang baik kalau kita masih lagi belum mempunyai modal yang cukup untuk memiliki hartanah sendiri.

Jadi tidak perlu risau untuk belajar jadi tuan rumah atau pelabur hartanah dengan adanya sublet ini.

Bakal graduan ataupun graduan muda pun boleh mulakan kerana modal yang diperlukan adalah minima.

 

Ini 2 Kelebihan Buat Sublet?

Pertama, sementara kita mengumpul modal yang lebih besar.

Kita boleh belajar on the field terus, untuk tahu lokasi ‘target’ kita ni ada potensi untuk disewakan ke tidak.

Jangan main beli hartanah sahaja, nanti nak buat sewa pun tak untung.

Dah la banyak duit kena keluar kalau nak beli sesuatu hartanah.

Kedua, kita dapat ‘direct access’ dengan empunya hartanah yang kita nak sublet tu.

Biasanya, kita cuba dapatkan persetujuan pajakan selama 3-5 tahun.

Jadi kita mempunyai satu tempoh yang panjang untuk kita pujuk empunya jualkan secara terus kepada kita nanti.

 

Bagaimana Nak Cari Hartanah Yang Berpotensi Buat Sublet ?

Ada 2 Cara.

Pertama, cara susah.

Yang ni saya tak nak kongsikan, sebab semua orang tak nak tahu!

Kedua, cara sangat-sangat-sangat mudah!

Ini yang saya nak beritahu, sebab ramai sangat yang nak tahukan?

Boleh kata 50% kerja-kerja ‘research’ telah dibuat dalam satu ebook hartanah yang tengah ‘hot’ di pasaran.

Siap ada list lagi.

Yang menariknya salah satu bonus ebook dia untuk ‘scan’ hartanah berpotensi ni, menjimatkan 50% kos teknik kovensional.

Jadi jika dari awal semua orang tahu kan bagus. Jimat masa dan tenaga.

Saya nak tulis panjang lebar dalam blog ni tak guna juga. Apa kata baca terus dan banyak lagi melalui tulisan beliau dengan >>> KLIK DISINI <<<

Semoga berjaya,

KJ

12 Soalan Yang WAJIB Ditanya Sebelum Berhutang!

Bila berhutang jarang sekali kita tanya soalan pada diri sendiri, “kenapa kita berhutang?” Bunyi macam soalan bodohkan! Dah tentulah orang berhutang sebab nak pakai duit! Betul tak?  Tak kira lah nak buat beli barang keperluan atau pun try nak penuhi kemahuan dan impian tertentu.

 

Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini, adalah berkaitan pengetahuan kita tentang hutang. Bila sebut pasal hutang sudah pasti ianya bukan setakat bayar balik  wang yang dipinjam, bahkan kita juga mesti bayar faedahnya sekali.

 

Pinjam RM50,000 sudah tentu bayaran baliknya bukan jumlah tersebut sahaja, tapi dah jadi RM72,500 jika dikenakan caj faedah tetap 5% bagi tempoh bayaran balik 9 tahun! Nah, lihat! Pinjam RM50,000 tapi terpaksa bayar tambahan sebanyak RM22,500. Jumlahnya faedah bunganya 45% daripada jumlah pinjaman sebenar!

 

Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab bila kita berhutang sudah tentu ianya melibatkan ‘Pokok’ dan ‘Bunga faedahnya’. Makin lama tempoh masa hutang kita maka lebih tinggilah faedahnya ‘berbunga-bunga’.

 

Berhutang tidak semestinya tak baik. Ini kerana hutang hanyalah salah satu alat kewangan yang dicipta untuk kemudahan pengguna. Cumanya sejauh mana pengetahuan kita menggunakannya.

 

Jika sekiranya kita ada ilmu pengurusan hutang yang baik, hutang boleh jadi  ‘kawan’ yang sangat baik untuk bantu kita sebaliknya ianya boleh jadi ‘musuh’ jika sekiranya kita tiada ilmu pengetahuan yang betul tentangnya.

 

 

Satu perkara yang ingin saya beritahu kepada pembaca semua, hutang hanyalah satu alat. Ya, alat yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan kita dan dalam masa sama ianya juga mungkin boleh menjadi ‘Bom Jangka’ jika kita tiada pengetahuan tentangnya.

 

Jadi apa kata mulai sekarang, kita mula dapatkan jawapan bagi 12 soalan yang wajib anda tanya sebelum berhutang.

Dapatkan secara percuma dengan klik pada E-Cover E-book di bawah;

kaver-12-SoalHutang

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu pembaca mendapat sedikit pengetahuan berkaitan hutang dan pinjaman.

Selamat membaca. Semoga Berjaya dunia dan akhirat!

KJ

Sentiasa Tabah Sentiasa Kuat!

Satu perkara yang ramai orang tak sedar adalah dengan melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza!

Ianya boleh dikatakan sebagai kerja GILA…

Sedarlah jika kita lakukan perkara yang sama maka hasilnya tetap sama.

Berapa ramai orang yang nak kaya tetapi tak ada ilmu yang betul. (Jika nak kaya dengan cara yang betul download Ebook Rahsia Menjadi Kaya di www.RahsiaMenjadiKaya.com)

Lalu terjebak dengan skim cepat kaya dan program-program “tersontot”!

Mereka fikir mereka lakukan perkara berbeza tapi tak sedar telah melakukan perkara yang sama dengan terjebak memperjudikan wang ringgit mereka dalam pelaburan haram.

Buktinya lihatlah paparan BH Online edisi Selasa 7 Jun  2016.

tipu pelabur

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun bagi yang dah terkena janganlah sedih dan gundah gulana.

Anggaplah kerugian tersebut sebagai membayar Yuran Kebodohan anda.

Ingatlah berapa kali kita GAGAL (jatuh) itu bukan soalnya tetapi berapa cepat kita BANGKIT… itulah yang lebih penting…” . . .

“GAGAL sebenarnya adalah disaat apabila ANDA tidak mahu BANGKIT” . . .

Jika gagal Tabahlah dan sentiasa kuat untuk Bangkit kembali.!

Semoga tabah dan kuat!

KJ

Hidup Kita Adalah Tentang Tabiat : Yang Menentukan Masa Depan Kita!

Perasankah kita tentang apa yang sering kita lakukan sehari-hari? Mungkin jarang sekali ada antara kita yang ada masa nak fikirkah tentang hal ini kan…

Almaklumlah semua orang sibuk dengan urusan kerja dan bisnes masing-masing setiap hari. Tapi satu hal yang ingin saya kongsikan di sini adalah tentang TABIAT.

Ya, tabiat, kerana hidup yang kita jalani hari ini adalah berpunca daripada tabiat kita. Tentu kita biasa dengar ungkapan seperti “Buang Tabiat…”

Tapi kali ini saya tak mahu cerita pasal buat tabiat sebaliknya nak kongsikan tentang Tabiat Kita Yang Menentukan Masa Depan Kita.

Orang yang berjaya disebabkan mereka punyai tabiat orang yang berjaya.

Manakala orang yang gagal pula mempunyai tabiat orang-orang yang gagal.

Itu sahaja, tapi persoalannya, adakah kita sedar tingkah laku tabiat kita hari ini menjurus kepada kegagalan atau kejayaan? biasa-biasa atau luarbiasa?

Sebelum tu mari kita berkenalan dulu dengan si TABIAT ini :)

Apa tu Tabiat sebenarnya?

Tabiat adalah sesuatu perkara yang selalu kita lakukan sehingga ia menjadi mudah dan ianya dilakukan secara berulang-ulang-ulang.

Merokok selepas makan, merokok ketika ‘lepas hajat’ dalam tandas dan juga kencing berdiri, ini sebagai contoh.

Dua yang pertama menjadi tabiat sebab  dilakukan secara berulang dan yang terakhir ianya mudah dilakukan secara berulang-ulang. Itu namanya tabiat!

Cara untuk ubah tabiat tersebut kita hanya perlu ubah kepada tabiat baharu!

Contohnya, lepas makan kemam gula-gula bukan lagi mencapai sebatang rokok dan nyalakannya!

Masuk ke tandas ‘lepas hajat’ jangan bawa mancis atau pemetik api! bawa rokok je :)

Bila kencing tukar tabiat baharu iaitu duduk! barulah tak terperecik kat lantai dan seluar. (Ni tuk lelaki je tau) Yang Pompuan sah-sah lah kena duduk!

Itu contoh mudah tentang tabiat.

Contoh yang lebih ilmiah (macam kat IPT la pulak bahasanya) suka saya gunakan metafora belajar memandu kereta manual yang ada pedal klac, pedal brek dan pedal minyak.

Cabaran  terbesar memandu kereta manual adalah untuk memikirkan bagaimana mahu menyeragamkan  pedal klac dan  minyak supaya pertukaran gear menjadi lancar, tak tersengok-sengok dibuatnya.

Namun  jika kita selalu berlatih berulang-ulang ianya menjadi semakin mudah dan akhirnya, satu tabiat baharu muncul iaitu kita tak lagi perlu memikirkannya. start enjin tekan pedal klac dan terus pedal minyak kereta terus berjalan dengan lancar.

Jadi apa yang ingin saya kongsikan di sini, jika kita tahu tabiat kita tak bagus dan ingin menukar ke tabiat yang lebih bagus, maka apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan membina tabiat baharu dan lakukannya secara berulang-ulang sehingga ianya menjadi automatik!

Itu sahaja. Mudah Bukan?

Ok, itu sahaja setakat ini. Bye!

KJ

 

 

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm