Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Adakah Pelaburan Melalui Akaun Emas Menguntungkan?

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya.

Agak lama tak berkongsi info berguna dengan pembaca sekalian.

Baiklah kali ini saya nak share tentang pelaburan melalui akaun emas.

Ramai yang duk tanya saya tentang perkara ni.

“Untung ke Melabur Dalam Akaun Emas Ni?”

“Nak jual ke nak beli, harga emas turun naik ni?”

“Akaun Emas Bank mana yang paling untung?”

Soalan demi soalan saya terima ke kotak email saya.

Saya kira jika saya hanya bagi jawapan kepada mereka yang bertanya, maka ilmu tak akan dapat dikongsi dengan lebih ramai.

Jadi ada baiknya, suka saya kongsikan info berikut kepada anda.

Pada tahun 2010, harga emas = USD1,353.30 USD/Oz

Pada Julai 2011, harga emas = USD1,600.10 USD/Oz

Cuba kita lihat dan nilaikanya sendiri peningkatan kenaikan harga emas di atas.

Berapa banyak kenaikan harga emas dalam tempoh tidak sampai setahun dan potensinya pada masa akan datang.

Jika dihitung dan dicongak berdasarkan rekod harga emas di atas, pulangannya dan kenaikannya sudah mencecah 18%! (dalam masa kurang setahun).

Tapi ingat! Jika kita tak tahu masa dan cara yang betul untuk jana keuntungan melalui emas, silap-silap rugi besar nanti…

Satu lagi jika kita menyimpan emas, risiko kehilangannya juga tinggi. Nak simpan pun agak sukar kalau hilang bagaimana?

Tapi sekarang ni kita ada pilihan yang lebih mudah. Hanya tukar duit yang ada dengan emas.

Caranya dengan buka akaun emas.

Senang tak perlu risau kehilangannya dan pulangannya juga menguntungkan macam menyimpan emas fizikal.

Sebab itulah saya sarankan kepada para pembaca sekalian jika benar-benar ingin menjana kekayaan, anda perlu menukarkan nilai wang anda kepada nilai emas kerana harga atau nilainya akan meningkat dalam jangka masa panjang pada masa hadapan.

Jika anda berterusan menyimpan wang, maka nilai wang anda akan terus jatuh dan jatuh dan terus jatuh dalam jangka masa panjang.

Jadi bertindaklah sekarang dan dapatkan teknik dan strategi TERBAIK dengan mula menukarkan wang ringgit anda kepada nilai emas.

Bagaimana caranya? Boleh rujuk melaui laman berikut…

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Adakah Pelaburan Melalui Akaun Emas Menguntungkan?”

  1. rafidah says:

    Salam,

    Sebaik saya memperolehi dan membaca ebook saudara, saya telahpun membuka akaun emas KFH April yang lalu. Alhamdullilah.

    Soalan saya, mana lebih menguntungkan…sekali buka akaun katakan dengan modal 25k, simpan selagi boleh tanpa jual emas walau harga emas meningkat sehinggalah satu masa kita memerlukan wang…. ATAU bermain dengan jual beli emas mengikut harga pasaran, naik jual n then beli lain time rendah dengan modal 25k itu?

    Mohon pandangan yang arif.

    Terima kasih.

  2. rafidah says:

    Salam,

    Soalan:

    1) Adakah berbaloi saya buat loan untuk melabur dalam akaun emas?

    2) Jika jawapan no.1 berbaloi…loan apakah yang terbaik?

  3. thinkerich says:

    Salam Rafidah,

    Meminjam untuk melabur tidak digalakkan jika sekiranya kita tiada ilmu.

    Bila disebut pelaburan kita perlu tahu apakah objektif dan tujuan sesuatu pelaburan itu dibuat.

    Bukan kerana orang lain melabur kita pun ikut melabur tanpa periksa kedudukan kewangan kita.

  4. rafidah says:

    Salam,

    Terima kasih atas jawapan di atas.

    Cuma saya nak kepastian samada tidak digalakkan melabur emas dengan duit pinjaman bank atas dasar tiada ilmu semata atau kerana hukumnya? Adakah haram membeli emas/akaun pelaburan emas melalui duit pinjaman peribadi daripada bank?

    Saya perlukan kepastian dari segi hukum kerana saya dah buat kajian berdasarkan kedudukan kewangan saya ok untuk sekadar pinjaman 20K.

    Terima kasih.

  5. thinkerich says:

    Rafidah,

    Hukum pinjaman adalah pada jenis pinjaman yang kita buat tersebut samaada menurut syariah atau tidak.

    Jika wang pinjaman itu tak patuh syariah, maka secara jelaslah ianya tak menepati hukum syariah tanpa mengira apa jua kegunaannya selepas itu.

    Jika ingin melabur dalam akaun emas pastikannya memilih akaun emas yang patuh syariah seperti yang telang dijelaskan dalam ebook Akaun Emas.

  6. The Zune concentrates on being a Portable Media Player. Not a web browser. Not a game machine. Maybe in the future it’ll do even better in those areas, but for now it’s a fantastic way to organize and listen to your music and videos, and is without peer in that regard. The iPod’s strengths are its web browsing and apps. If those sound more compelling, perhaps it is your best choice.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm