Apa Itu Investment Holding Company (IHC)?

Ada yang bertanya saya, apa itu Investment Holding Company atau ringkasnya IHC?

IHC ni kebiasaannya digunakan oleh pelabur-pelabur hartanah yang dah ‘advance’ tapi saya dapat tahu ramai juga yang begitu ‘excited’ nak buka IHC company ni…

Tapi saya kira IHC bukan untuk semua orang dan 95% pelabur TIDAK SEPATUTNYA membuka IHC tapi mereka buka IHC sebab dapat nasihat yang tidak tepat… ¬†teorinya je nampak cantik…

Berikut saya ‘share’ perkongsian dari Shafie Bustan – salah seorang OTAI hartanah ‘Underground’ yang disegani ramai…apa taknye…dah lebih 15 tahun beliau berkecimpung dalam pelaburan hartanah.

Ini pandangan telus beliau :

IHC …perlu atau tidak ???
=====================
Ada soalan hangat sekarang ini …
Berkaitan dengan IHC ….
Aku ingatkan kenapa lah ….
Topik ihc ni dah lama tenggelam …
Lately nie jer keluar soalan pada aku …
Bertanyakan …
Patut kah ada ihc …..
Aku tengok tengok ….
Patut lah topik ini naik balik …
Rupanya ada group yang tengah promote kaw kaw guna fb ads ….
Ahahaha ….
Persoalan sama ada perlu atau tidak …
Tidak boleh dijawap secara general …
Ianya bergantung pada financial dan capacity masing masing….
Ini antara point point yang korang kena ambil kira …
.
? Perlu tahu apa objective penubuhan ihc tersebut …
Untuk apa ….
Ihc adalah investment company ….
Kalau nak beli sebuah atau dua buah property …
Tak perlu lah nak ada ihc …
Pembelian rumah low cost tidak boleh guna nama company …
Jangan korang register ihc untuk beli rumah rumah low cost lak …
Haahahaha …..
.
? Perlu tahu capacity …
Dari segi modal …
Berapa cash ada untuk nak ada ihc …
Nak buat company 2 ringgit memang senang …
Tapi nak buat company ada paid up capital rm100k …
Ada modal ke tak ….
.
? Perlu sedar commitment sekarang
Nama individu sudah banyak loan atau tidak …
Committment dah berapa tinggi …
Apabila director nak dijadikan sebagai guarantor …
Kurang dari 2 tahun dari penubuhan company …
Kalau director tu high committment …
Tak dapat juga loan tu nanti ….
.
? Margin of Financing
Untuk company … margin of financing tidak lah setinggi invidivu iaitu rumah pertama dan kedua layak 90% ….
Untuk IHC cuma 80% dan ke bawah …
Biasa range MOF untuk IHC adalah antara 70% ke 60% … dan tempoh pinjaman selama 25 tahun saja …
Jika korang belum beli rumah lagi ….
Gunakan saja lah capacity individu dulu …
Tak payah nak terkejar kejar nak ada IHC …
.
? Kos transfer nama individu ke IHC
Ada yang beritau … nak clearkan nama individu disebabkan loan yang tinggi …
Boleh transfer ke nama company ….
Di sini perlu tahu kos yang terlibat …
Perlu sign SNP …
Legal fees nye … loan agreement fees … MOT nya….
Jika company kurang dari 2 tahun …
Macam mana IHC tu nak ada loan sendiri …
Nak guna nama director sebagai guarantor pun tak boleh kerana dah high committment ….
Korang kira lah total legal cost yang terlibat …
Kalau hartanah harga rm200k ….
Rm15k dah tentu untuk cover legal fees …
Pastu kalau margin of financing ihc dapat 70% saja …
Lagi nak kena top up cash untuk fullsettlement loan atas nama individu nanti …
Ahahaha…
.
? Perlu tahu kos kos yang terlibat
Apa kita nak buat … mesti tau kos terlebih dahulu .mm
Diawal penubuhan …
Setup kos untuk IHC …
Perlu bayar rm2500 ke Rm3k …
.
? Perlu tahu kos company secretary
Setiap bulan kena bayar com sec rm70 ke rm80 …
Kalau setahun berapa dah dekat rm1k …
Tu belum kira kos kalau ada panggil annual general meeting … AGM … atau EGM ..extraordinary meeting …
.
? Setiap tahun ada kos accountant dan auditor
Untuk buat financial statement …
Profit and loss …
Balance sheet ..
Perlu lah bayar accountant dan auditor ….
Berapa pulak kos nya …
Dalam rm5k setahun tak lari ….
Bergantung pada transaction tu banyak ke tak ….
.
? Company kena declare income tax
Dan kos kos operasi yang lain juga perlu di ambil kira …
Bayar gaji staff lagi …
Unless korang memang tak nak bayar gaji staff lah …
Ahahaha ….
.
? Overhead kos
Sewa office kalau ada …
Agak agak bila di totalkan …
Berapa setahun korang perlu kan untuk nak tanggung kos IHC tersebut ….
Kurang kurang rm10k atau lebih buang begitu saja lah ….
.
? Tengok balik berapa banyak hartanah korang ada …
Berapa positive cashflow untuk sebuah rumah …
Untuk nak tampung kos adanya IHC tu ….
Tengok balik …. berapa rumah korang dah beli ….
Kalau kurang 5 buah hartanah …
Aku suggest guna nama individu dulu je lah dude ….
Aku boleh jamin …
Kalau korang dengar gebanggg yang indah indah IHC ….
Kalau boleh … waktu tu juga nak ada ihc ….
Tapi dari praktikal nya …
Dari segi implementation nye …
Tidak semudah yang korang sangka ….
Jangan nanti korang menyesal …
Tak pasal pasal ada biawak hidup yang terpaksa korang tanggung ….
Sekian saja buat kali ini ….
Cantik BMW ni kan …

bmw
Agak agak korang …
IHC boleh bayarkan tak …
Ahahahha ….

– Shafie Bustan a.k.a Pie2020

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply

Your email address will not be published.