Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APAKAH ITU PELABURAN?

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!

Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!

Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!

Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

 

Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami definisi sebenar pelaburan maka adalah lebih mudah untuk anda memahami topik penulisan pelaburan saya selepas ini. Jadi, teruskan bersama saya dalam artikel yang akan datang!

 

Salam kekayaan,

 

 

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “APAKAH ITU PELABURAN?”

  1. ali says:

    nak tanya sikit…

    kita memang dah sering dengar pelaburan memang boleh menjadikan seseorang itu kaya. bagaimana agaknya seorang yang tidak mempunyai banyak duit melabur? bolehkah beliau menjadi seorang yang kaya juga melalui pelaburan tanpa modal? ini soalan ikhlas bukan soalan nak test2.

  2. Thinkerich says:

    Ali,

    Tiada pelaburan tanpa modal..untuk bertumbuh dan membesar sudah tentu memerlukan benih(modal)..

    Lihat tanaman di atas muka bumi ini ..semuanya bermula …Ya..Bermula dengan benih yang kecil sahaja…dalam pengurusan kewangan sebelum melabur anda perlukan modal..jadi bagaimana caranya untuk memulakan modal yang kecil?

    Jawapannya adalah melalui SIMPANAN..! Pelajari CARA terbaik untuk menyimpan bagi membolehkan anda memulakan pelaburan anda melalui buku “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” di http://www.bajetwang.com

    Jika ingin berjaya dalam pelaburan dan apa sahaja …Melaburlah dalam ilmu pengetahuan terlebih dahulu…! tapi ianya juga melibatkan kos :)

  3. hafiz says:

    salam…

    minta pandangan…jika seseorang mempunyai pendapat melalui pelaburan yang dibuat, bagaimanakah cukai pendapatan beliau dikenakan???

  4. Ain says:

    Boleh betanya tak?
    assalam~

    saya ialah pelajar Tingkatan 5 tahun ini. dan saya ingin bertanya. apakah perbezaan maksud Pelaburan dalam konteks Ekonomi dan dalam konteks Perdagangan?

    sila email saya secepat mungkin.

  5. Thinkerich says:

    Hafiz,

    Cukai dikenakan berdasarkan dividen dan keuntungan yang diperolehi pelabur…biasanya dividen yang diterima oleh pelabur adalah ‘selepas cukai’..namun begitu jumlah terkumpul dividen tersebut juga mungkin dikenakan cukai lagi jika selepas ditaksirkan berada dalam pendapatan yang layak dicukai..

  6. Thinkerich says:

    Ain,

    Salam,

    Tiada bezanya, kerana pelaburan adalah usaha untuk mendapatkan keuntungan daripada modal yang dikeluarkan sama ada dalam konteks ekonomi mahu pun perdagangan..keduanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mendapat keuntungan hasil daripada pengembangan modal..

  7. ieda says:

    salam..
    nak tanye, boleh jelaskan skit ttg cara melabur dengan bijak.

    apakah maksud penyimpanan secara konsisten dan berkala?

  8. Thinkerich says:

    ieda,

    Hmm..melabur dengan bijak ? Sudah tentulah apabila anda mendapat keuntungan darpada modal pelaburan anda …

    Penyimpanan secara konsisten dan berkala ialah bilamana anda menetapkan sejumlah wang untuk disimpan dalam tempoh masa tertentu…

    Contohnya, anda simpan RM100 setiap bulan selama 10 tahun..

    Tanpa mengambil kira faedah nilai simpanan anda selepas 10 tahun adalah RM12,000…

  9. nuryn says:

    klau amik dip analisis pelaburan, msa dpn cerah x?? lg pn kos ni jrg dgr ada org amk.

  10. Thinkerich says:

    nuryn,

    Masa depan bukannya bergantung pada apa yang kita belajar kat kolej atau universiti, tetapi bagaimana kita menggunakan ilmu yang ada untuk masa depan kita…

    Jika nuryn minat dan keinginan untuk belajar analisis pelaburan…elok ambil sahaja…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm