Salam pembaca blog pemikir kaya.
Bilakah waktu paling sesuai untuk melabur?
Soal seorang teman pada saya.
“Sepanjang masa”, saya menjawab dengan ringkas.
“Apa maksudnya sepanjang masa?”, soalnya kembali.
“Pelaburan itu adalah suatu ‘Perancangan’ untuk mendapat keuntungan hasil daripada modal yang kita keluarkan, oleh itu, kita perlu merancang untuk melabur sepanjang masa” jelas saya!
“Bila merancang untuk pelaburan, kita perlu tahu pelaburan yang kita buat itu untuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang..”
“Pelaburan bukan sekadar memilih bentuk, jenis dan produk pelaburan tertentu tetapi kita mesti dan perlu faham kenapa dan mengapa kita membuat sesuatu pelaburan. ..”
“Sebab itulah kita perlu merancang…” jelas saya dengan panjang lebar.
“Tetapi apakah bentuk pelaburan yang sesuai untuk dilakukan sepanjang masa?” soalnya lagi minta penjelasan.
“Sudah tentulah pelaburan dalam diri sendiri dengan menambah ilmu pengetahuan..”
“Keduanya menjalankan perniagaan..bukannya melabur dalam perniagaan orang lain..”
“Sekiranya kita melabur dalam perniagaan kita sendiri, kita mempunyai kawalan sepenuhnya, berbanding jika kita mengeluarkan modal melabur dalam perniagaan orang lain…”
“Dengan melabur dalam perniagaaan sendiri, kita boleh memilih bentuk operasi perniagaan kita sama ada untuk meminimakan kos operasi dan kerugian atau memaksimakan keuntungan. ”
“Apa yang penting perancangan pelaburan dalam perniagaan yang kita lakukan semuanya ditentukan oleh diri kita sendiri.”
“Jadi jika kita ingin memilih waktu pelaburan yang sesuai pilihlah perniagaan!” ujar saya mengakhiri perbualan.
Kesimpulannya di sini,
Pelaburan bukan sekadar tertumpu kepada sesuatu produk atau instrument pelaburan tetapi apa yang lebih penting adalah ‘Perancangan’…
Jadi waktu paling sesuai untuk melabur adalah ‘sepanjang masa’…
Sebabnya kita perlu sentiasa merancang tidak kira sama ada ekonomi sedang baik atau buruk..
Ketika ekonomi baik ..kita merancang untuk memaksimakan keuntungan dan melindungi nilai aset kita ketika ekonomi turun kelak..(Hukum Pelaburan ada turun naik, ada untung dan rugi)
Manakala ketika ekonomi buruk ..kita merancang untuk mendapatkan keuntungan daripada nilai pasaran yang sedang jatuh..
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








assalammualaikum,,,,,,,
apakah yang dimaksudkan ngan jangka pendek,,,,,jangka sederhana dan jangka panjang??harap boleh huraikan…terima kasih..