Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KATEGORI SAHAM

Salam pembaca blog PemikirKaya!

Ramai yang ingin terlibat dalam dunia pelaburan terutamanya dalam pelaburan saham tidak tahu bahkan tidak mengetahui kategori-kategori saham yang ada dalam pasaran saham.

Baiklah bagi memudahkan anda, berikut saya senaraikan dan huraikan secara ringkas tentang Kategori Saham yang biasanya dinyatakan oleh broker saham secara umumnya untuk mengkategorikan jenis saham yang berbeza-beza.

Saham mewah

Ialah saham syarikat dengan rekod prestasi pendapatan tinggi dan dividen baik yang tidak terjejas. Syarikat ini mempunyai asas yang kukuh, memberi dividen yang baik (5-8%) dan mempunyai perniagaan yang stabil. Sebaliknya saham yang terakhir sekali ialah third liners iaitu syarikat dengan asas yang lemah.

Second liners

Ialah saham yang kedudukannya antara saham mewah dengan third liners.

Saham pertumbuhan

Ialah saham syarikat yang memberikan pertumbuhan yang tinggi. Syarikat ini mengekalkan perolehan untuk terus mengembangkan perniagaan dan oleh itu biasanya memberikan dividen yang rendah. Tetapi syarikat sepatutnya memberi perolehan modal tinggi kerana harga saham mereka naik bersama-sama perniagaan.

Saham kitar

Ialah saham yang bergantung kepada kitaran ekonomi. Sebagai contoh, industri berat dan keluli yang lazimnya berprestasi baik apabila berlaku pengembangan ekonomi, dan merosot apabila keadaan ekonomi teruk. Prestasi syarikat seperti ini bergantung kepada kitaran perniagaan.

Saham pendapatan

Ialah saham yang membayar dividen yang tinggi dan lumayan, misalnya syarikat rokok.

Saham bertahan

Adalah baik untuk pelaburan apabila prospek ekonomi menjadi suram. Ini ialah saham yang paling kurang dipengaruhi oleh kemerosotan ekonomi, umpamanya syarikat perniagaan makanan dan barang pengguna. Ia merupakan saham dengan pendapatan masa hadapan yang dapat bertahan dengan kemerosotan ekonomi.

Itulah beberapa kategori saham yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum anda terjun melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham atau sebelum anda memilih mana-mana kaunter pelaburan anda.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm