Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

MENGAPA FOREX HARAM UNTUK TRADER INDIVIDU

  • Forex merupakan pertukaran mata wang kepada mata wang yang lain
  • Contohnya tukar Ringgit Malaysia kepada US Dolar
  • Semua Majlis Fatwa di dunia iktiraf duit kertas sebagai mata wang, sama seperti emas dan perak
  • Pertukaran mata wang perlu mematuhi syarak
  • Ringgit Malaysia tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi 2 syarat: Spot Transaksi & Harga dan Jumlah yang sama
  • Jika tukar dua mata wang berbeza, US Dolar tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi syarat Spot Transaksi
  • Spot Transaksi – Lani, tidak berlaku sebarang penangguhan

 

Transaksi Forex ada 3 Perkara/Keadaan

  1. Spot Transaksi – Berlaku secara Spot Transaksi (Transaksi Lani)
  2. Currency Futures (Transaksi Hadapan Mata Wang) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia
  3. Currency Options (Transaksi Opsyen) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia

 

Ciri-ciri Transaksi Forex oleh Institusi Kewangan Berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM):

  • Institusi Kewangan Islam dikawal selia mengikut syarak
  • Ada badan syariah yang memastikan transaksi mengikut syarak

 

Ciri-ciri Transaksi Forex Oleh Individu Yang Dikenali Sebagai Online Forex:

  • Bukan daripada Malaysia, daripada luar negara, buka platform untuk transaksi tempatan
  • Kebanyakan online broker tidak betul, hanya 10% je yang betul, 90% sekadarspekulasi dan tiada mata wang yang wujud untuk transaksi tersebut, jika Broker hanya melakukan spekulasi, maka HARAM
  • Periksa adakah transaksi berlaku secara tertangguh, trade hari ini dan dapat mata wang lagi 6-7 hari kemudian, maka HARAM
  • Kemudahan Margin/Leverage, modal USD100, diberi margin dan boleh berniaga USD1000, maka HARAM, Kena ada modal USD1000, baru boleh berniaga USD1000

 

Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:

  1. Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan
  2. Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)
  3. Tiada margin terlibat
  4. Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari

4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu syarat pun tak meet, maka HARAM.

Syarat #2 – #4 tu mungkin individu dan broker boleh patuh, tapi bagaimana dengan #1 – siapa yang akan pantau? Anda boleh jamin broker tersebut ada semua matawang yang dipairkan dalam setiap transaksi yang berlaku?

 

Tiada satu pun badan yang memantau Forex Online seperti mana Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia yang memantau segala transaksi Bank-bank Islam di Malaysia supaya mereka patuh syariah.

 

Syarikat forex kan semuanya berpangkalan di luar negara, maka itu dijadikan alasan supaya tak perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Nota Tambahan Mengapa Bank Boleh Menjalankan Forex oleh Tuan Haji Razli Ramli, Ketua Penasihat, Jabatan Penasihat Perniagaan – Syariah di IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia):

“Forex adalah bermaksud foreign exchange. Apabila kita menyebut tentang Forex, kita sedia maklum bahawa ia adalah transaksi jual beli mata wang. Jual beli mata wang jika kita guna kontrak syariah Al Sarf, ia dibolehkan.

Forex online yang selalunya tidak dibenarkan kepada individu, tetapi ianya dibenarkan kepada Bank-bank Islamik.

Sebab apa?

Sebab matawang adalah merupakan perkara ‘ribawi’. Syarat perkara ribawi, ia mestilah jual beli secara tunai dan pertukaran mata wang berlaku on spot (tidak tertangguh).

Kalau dijalankan secara online, ia akan menyusahkan untuk individu memastikan ianya berlaku on spot. Sebab itulah ia tidak dibenarkan.

Kalau Bank-bank Islamik, mereka mempunyai Nostro dan Vostro akaun yang boleh bayar on spot antara ke dua-dua matawang tersebut walaupun secara online. Sebab itulah ia dibenarkan.”

 

 

Ada lagi satu Kertas Kajian yang dijalankan oleh ISRA (International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance) bertajuk Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah.

Anda boleh muat turun dengan klik pada link di atas.

Dengarlah Nasihat Daripada Mereka Yang Pakar

Cukuplah setakat ini perkongsian daripada pihak kami, diharap anda beroleh manfaat dan sebarkan sebanyak mungkin supaya lebih ramai orang boleh faham hukum halal haram berkenaan forex trading online ini.

Sumber: http://www.majalahlabur.com/halal-haram/garis-panduan-syariah-dalam-perdagangan-forex/

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm