Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Soal Jawab Pelaburan Emas

Salam pembaca sekalian.

Apa khabar? Semoga sihat dan cerialah hendaknya…

Dalam post kali ini saya ingin bekongsi dengan pembaca semua tentang soal jawab antara saya

dengan beberapa orang yang bertanya dan ingin tahu berkenaan pelaburan emas.

Ramai yang menghantar email pada saya dan bertanyakan tentang emas ni.

Berikut saya kongsikan soal jawab berikut:

Soalan 1:

Dimanakah saya boleh lihat atau monitor trend @ chart
harga emas semasa (chart naik turun harga emas semasa)

Jawapan Saya :

Untuk pantau harga emas semasa rujuk link berikut :

http://www.kitco.com

Harga emas pada jangka masa panjang akan sentiasa naik. Jadi peluang untuk dapatkan keuntungan tetap ada.

Soalan 2:

Adakah bagus untuk buat pinjaman dan kemudian laburkan dalam emas?

Jawapan Saya :

Untuk melabur gunakan pinjaman adalah tidak digalakkan. Melabur hanya jika ada wang lebihan. Kecuali kita pasti modal kita terjamin dan pulangan dividen lebih tinggi daripada interest pinjaman.


Soalan 3:

Bolehkan keluarkan EPF untuk melabur dalam emas?

Jawapan Saya :

Caruman EPF tak boleh dikeluarkan untuk labur Emas tetapi boleh keluarkan untuk Labur dalam Unit trust (termasuk dana PNB seperti ASN2, ASN3 & ASG)

Soalan 4 :

Saya ada bertanyakan pihak Bank tentang Akaun Emas, mereka maklumkan bahawa pengeluaran emas fizikal boleh dikeluarkan jika beli pada kadar 1kg sahaja. Kurang daripada itu tak boleh dapat emas fizikal.

Apa hukumnya membuka akaun emas seperti ini?

Jawapan Saya :

Harus diingat dalam Islam sesuatu urusan jual beli itu perlulah mematuhi RUKUN Jual Beli yang telah ditetapkan.

Ingat, dalam hukum jual beli Islam, jual beli emas mesti dibuat secara tunai (spot) dan tidak boleh secara kredit / hutang / tertangguh.

Jika perbuatan kita membeli emas sebegitu maka kita telah mengamalkan riba al-fadl, satu lagi jenis riba selain riba pinjaman.

Sungguh pun pihak bank membenarkan pengeluaran emas fizikal, namun terdapat pula syarat minima pengeluaran iaitu sekurang-kurangnya 1 kg.

Jadi bagaimana dengan kedudukan deposit pelaburan emas yang kurang daripada nilai itu?

Pada pandangan saya, secara jelaslah ianya hanya menepati rukun jual beli Islam apabila belian dibuat pada kadar 1kg. tetapi tidak apabila kurang daripada itu. Waallahualam.

Begitulah sedikit sebanyak persoalan yang diajukan pada saya dan saya kira ianya baik dan bermanfaat untuk pembaca sekalian.

Sampai bersua lagi dalam post akan datang!

Makluman :

1. Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi! Dapatkan Teknik Pelaburan
Akaun Emas yang sebenar! Memang lain dari yang lain.. ini baru panduan yang real…!

Dapatkannya disini:

http://goo.gl/ABBjQ

2. Ingin mempelajari teknik mudah hapus hutang?
Dapatkan idea dan teknik hapus hutang yang menjimatkan!

Klik link dibawah jika mahu mendapatkannya!

http://goo.gl/loDaL

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Soal Jawab Pelaburan Emas”

  1. awanashafina says:

    saya betul2 buntu untuk memilih bank mn yg terbaik untuk melakukan pelaburan emas, apakah bank yang terbaik untuk saya pilih dalam pelaburan emas?

    • Thinkerich says:

      Untuk menjawab yang terbaik agak sukar kerana ianya perlu dipertimbangkan berdasarkan keperluan tersendiri.

      Ini kerana setiap akaun emas yang ditawarkan oleh setiap bank mempunyai ciri-ciri kelebihan dan kekurangan masing-masing.

      Untuk lebih mudah rujukan, sila rujuk kajian kes Akaun Pelaburan Emas melalui link berikut :

      http://www.Emas.KewanganPeribadi.com

  2. ADA says:

    salam. pertanyaan saya, adakah pelaburan emas spot ada risiko rugi (modal lesap) seperti main saham. terima kasih.

  3. thinkerich says:

    ADA,

    Pelaburan Emas juga ada risiko. Modal lesap jika harga emas jatuh merundum dan anda jualkannya. Jika tunggu sehingga harga kembali naik, anda akan dpt untung kembali

  4. laila says:

    salam…bleh ke kita melabur dalam pelaburan emas semata-semata untuk mendapat untung pada masa akan datang? adakah keuntungan itu riba? tq

  5. faizal says:

    harga emas tengah naik.sesuai ke saya beli sekarang.kalu x,bila waktuny yg sesuai saya beli?

  6. zuwairi says:

    Untuk Financial Freedom kita mesti ada 4 perkara.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm